Untitled Part 28

1.7K 175 5
                                    

Azril menunggu Hana di tempat letak motorsikal selepas selesai menunaikan solat isyak di surau hospital. Kelihatan Hana jalan melenggang kangkung dengan jaket kulit yang tersidai di bahu bersama topi keledar bermuka penuh di tangan kanannya. Tidak ketinggalan beg sandang Burberry. Sudah serupa gadis litar versi islamik!

"Dah solat isyak belum?" Itu soalan pertama Azril.

Hana mengangguk.

"Aiskrim aku." Azril menuntut hadiah daripada pertandingan yang dianjurkan oleh diri sendiri.

"Malam-malam buta ni kau nak makan aiskrim ke? Dah la dengan angin sejuk ni. Kejap lagi nak hujan ni." Hana bertukar profesyen daripada bidang kedoktoran kepada ahli ramalan kaji cuaca.

"Nak makan benda panas ke?" Tanya Azril.

"Steamboat and grill." Mengingati makanan ala buffet yang dimasak depan mata itu sahaja sudah membuatkan perut Hana lapar.

"Seoul Garden ke Johnny's?"

Hana masih belum habis fikir, sudah dicelah lagi oleh Azril.

"Aku tahu tempat best. Kau ikut je." Azril memakai topi keledarnya.

Hana membuat muka bosan kerana sudah serik dengan perangai Azril yang suka menjawab soalan sendiri. Apapun, dia ikutkan sahaja kemana Azril pergi. Perutnya sudah membuat persembahan opera cina dek kelaparan yang teramat. Manakan tidaknya, daripada pagi hanya sebungkus nasi lemak yang masuk ke dalam perut.

Bukanlah Seoul Garden ataupun Johnny's tetapi kini mereka berada di hadapan Restoren Pak John yang berada di E@curve mall.

"Meja untuk dua orang." Azril memberitahu kepada pelayan yang berada di pintu masuk restoren.

Mereka didudukkan di sebuah meja yang mempunyai dua buah kerusi.

"Kuah sup ke tomyam?" pelayan itu bertanya.

"Kau nak apa?" Tanya Azril.

"Sup."

"Okay, bagi tomyam"

Hana memandang Azril dengan rasa penuh tidak puas hati. Serupa tak payah tanya kalau macam tu!

"Apa pandang-pandang? Tundukkan pandangan la! Gurau je dik, bagi kuah sup nanti ada yang menangis meraung pula."

"Kuah sup. Okay, kita ada air sirap dan air kosong percuma. Nak order air lain ke?" Tanya budak perempuan lepasan SPM itu.

"Ha, nak tambah air, airloveyou." Siap dengan pakej kenyitan mata.

Hana yang meluat dengan perangai Azril terus menendang kuat kaki Azril dengan but Dr. Martin yang dipakainya.

"Abaikan je dia ni. Tak apa air kami tak order." Kata Hana dengan senyuman termanis dalam dunia.

Dibiarkan sahaja Azril mengaduh kesakitan. Siapa suruh membuat percuban untuk menggoda budak bawah umur?

Pelayan itu mengundur diri sambil tersengih-sengih. Hashtag RelationshipGoals sangat! Dia datang kembali dengan kuah sup. Dapur elektrik dihidupkan. Kuah dituang pada mangkuk di bahagian tengah dapur elektrik itu.

"Sakit ke?" Kasihan pula Hana melihat Azril mengusap tulang ketingnya. Dengan muka menahan kesakitan pula tu.

"Aku rasa tibia aku retak. Disebabkan hal itu, kau dipersilakan dengan segala hormatnya pergi ambil kentang putar dengan apa sahaja yang kau nak portion dua orang makan. Oh, juice aku jangan lupa. Sky juice." Azril duduk bersandar dengan tenang dan gembira.

"Oi, buli! Pepahat tu apa? Tak pernah aku dengar." Hana sudah dapat membaca taktik Azril. Menipu sungguh sampai retak tulang bukan kena karate bersungguh pun!

Garis MasaWhere stories live. Discover now