Bab 10
Selesai solat Isyak, Azril terus menyarung seluar jeans hitam dipadankan t-shirt slim fit putih dan sehelai kemeja kotak bewarna biru tua dan merah. Jam besi Rolex dipakai pada tangan kanan. Gaya santai dan slumber. Buka sahaja pintu, Violet yang memakai baju turtle neck bercorak Mikey Mouse dengan jeans koyak lutut sudah menunggu.
Azril ketawa berdekah.
"Asal? Muka aku lawak ke?" Rasanya Violet hanya mengenakan solekan minima. Terus dia membuka kamera bahagian hadapan. Cantik je!
"Mickey Mouse gigit seluar kau sampai rabak ke?" Azril berkata setelah tawanya reda.
"Kau fikir lawak ke... hambar weh..." Muka Violet berubah toya.
"Okay, sorry-sorry. Ni kau nak makan kat mana?" Azril mengubah topik.
"Kita pergi makan jauh sikit dari sini. Jangan risau tempat ni confirm halal dan sedap." Terus Violet berubah mood.
"Naik apa?"
Violet menunjukkan kunci kereta di tangannya. Terus Azril sambar dan simpan di dalam kocek.
"Bagi la balik! Kau ada international licence ke nak pandu kereta?" Violet cuba mengambil kembali kuncinya tetapi tidak dapat diselamatkan.
"Come on, ni Azril la bukan takat international licence, universe licence pun aku ada nak pandu ke mana? Pluto?" Azril terus menuju ke tangga.
Violet menarik nafas panjang cuba menahan sabar. Memang nak cari gaduh je kerja dia ni. Tapi Violet tahu satu perkara yang mungkin orang lain tidak perasan. Azril memang tak pandai nak bercakap elok-elok. Tetapi sebenarnya dia kisah tentang orang lain.
"Guna lif tak boleh ke?!" Azril dah turun dulu baru pintu lif terbuka. Terus Violet masuk dan turun ke aras UG.
Apabila pintu lif terbuka, Azril sudah tersengih di hadapan Violet.
"Kau terjun ke? Cepatnya sampai." Violet bernada separa serius. Laju sungguh!
"Physics time! Kalau lif bergerak 22 meter per saat, berapakah masa yang diambil oleh Azril Aqil untuk sampai lebih laju daripada lif. Diberi..." Belum sempat soalan habis, violet terlebih dahulu mencelah.
"I don't care and I hate physics. Bagi balik kunci, kau bukan tahu mana nak pergi pun." Telinganya ditutup tanda protes.
"Bukan kau kata kau fobia lif ke?"
"Tak fobia pun. Semalam aku tipu je. Ramai sangat malas nak tunggu. Amalan gaya hidup sihat, apa salahnya. Lagipun lift u untuk orang yang lebih memerlukan. Macam orang tua, ibu mengandung, OKU. Ni wira gagah perkasa la sibuk buat penuh lif." Kalau tak diselit ceramah, bukan Violet namanya.
"Pandai dah menipu sekarang ni. Siapa ajar? Tak baik tau menipu jiwa polos macam aku ni." Sobs! Azril buat drama.
"Menyampah aku!"
"Bagi tahu kat mana nanti aku waze aja la." Jawab Azril mudah.
"Weh, aku tahu jalan kut lagi cepat." Violet masih geram kerana Azril sesuka hati mengambil kunci.
Kunci dilambung kembali kepada Violet.
"Kau ni tak boleh ke bagi elok-elok? Semua benda nak dicampak." Violet menyambut kunci itu.
"Because you are a good catch-errr." Azril tersengih.
"Kau baru buat pickup line ke? Eeewww!" Violet pura-pura hendak muntah.
Mereka menuju ke sebuah kereta hitam. Violet masuk ke tempat pemandu di sebelah kiri. Azril membuka pintu tempat duduk belakang. Terus tali pinggang ditarik. Violet memandang ke belakang.
YOU ARE READING
Garis Masa
AcciónSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...