Bab 5
Azril mengambil tempat duduknya yang terletak di sebelah cermin tingkap pesawat. Doa menaiki kenderaan dibaca dan dia terus membuka nota ringkas berkenaan penyakit Ataxia yang akan dijadikan tajuk utama persidangan.
Seorang wanita dalam lingkungan usia pertengahan 20-an berambut violet ombre dengan gaya seperti Avril Lavigne sewaktu era 'Complicated' duduk di sebelahnya. Rambut lurusnya dibiar tidak berikat. Kewujudan Azril langsung tidak dihiraukan. Dia pantas mengeluarkan tablet dan membaca artikel.
Daripada gayanya, Azril dapat merasakan dia seorang introvert. Jadi tidak mungkin berlaku perbualan antara mereka. Baguslah, Azril bukan sejenis yang pandai bersembang dengan orang yang baru dikenalinya.
"Coffee or tea?" Tanya pramugari yang lalu bersama troli makanan.
Azril berpaling pada masa yang sama wanita di sebelahnya berpaling. Tidak semena-mena muka Azril 'ditampar' dengan rambut wanita itu. Pramugari itu tersengih kasihan melihat Azril. Azril terus memandang sekeliling. Manalah tahu dia sedang berada dalam set penggambaran iklan syampu.
"Coffee please." Jawab wanita itu.
"And you sir?"
"Coffee."
Dua cawan kopi diberi bersama gula dan krimmer.
Azril terus meminum kopi yang tidak dicampur gula atau krimmer. Wanita di sebelahnya yang menahan pahit melihat Azril.
"Tak pahit ke?" Pertanyaan itu keluar juga.
Azril memandang tepi.
"That is the point." Jawab Azril. Kepahitan kopi tak diletak sebarang pemanis. Itulah yang menjadi kegilaannya sejak sekolah lagi.
"By the way, saya V. Violet Lim." Wanita itu memperkenalkan dirinya.
"Azril Aqil. Boleh panggil Azril." Nama Violet Lim itu seperti pernah dia dengar tetapi tak ingat pula dimana. Terasa dekat sangat nama itu dengan memorinya tetapi tidak dapat dipastikan dengan jelas.
Azril memutuskan untuk meneruskan sahaja perbualan itu.
"Chinese?" Tanya Azril.
"Chinese-English. Mummy orang England, Daddy Malaysian Chinese." Jawab Violet.
"Ni balik kampung lah ni?" Banyak pula pertanyaan Azril. Perkiraan Azril salah, minah ini seorang ekstrovert!
"Lebih kuranglah... dah dua tahun tak pergi sana. Ni pun pergi sebab ada urusan kerja." Jawab Violet.
Perkataan 'pergi' itu menarik perhatian Azril. Tak sempat dia bertanya, Violet terlebih dahulu bercerita.
"Aku membesar dekat sini tapi masuk je sekolah menengah, Daddy hantar pergi UK belajar dekat sana sampai grad duduk asrama. UK is never home. Aku ingat lagi first day sarapan dekat sana, roti dengan telur hancur. Aku nak Nasi Lemak weh lapar! Balik Malaysia ni kira macam balik rumah kau tahu."
"Ooo... macam tu." Pergh, hancur sudah imej gothic. Main aku-kau je pula tu!
"Kau asal mana?" Tanya Violet.
"Aku asal UK, Ulu Klang, Selangor Darul Ehsan. Tak tipu je aku asal KL" Azril tersengih dengan lawak hambar sendiri.
"Pun boleh!" Violet tersenyum.
"Tak sejuk ke kopi kau?" Tanya Azril memandangkan dari tadi Violet masih tidak meminum kopinya yang telah dicampur gula.
"That's the point."
Kopi yang sama, cara menikmatinya berbeza. Seperti manusia, asalnya sama tetapi perwatakan berbeza.
Pengumuman masuk waktu solat fardu Zohor dibuat oleh pramugari. Azril terus mengeluarkan penyembur air yang berada dalam beg sandangnya. Air disembur dan diratakan mengikut tertib mengambil wudhu'. Solat ditunaikan kerana apabila kaki sudah menjejak tanah nanti, kota London telahpun masuk waktu maghrib jadi Azril bersegeralah solat manalah tahu sesuatu terjadi, takkan nak menyesal dekat kubur nanti?
YOU ARE READING
Garis Masa
ActionSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...