Bab 7
Persidangan berjalan dengan lancar. Banyak Ilmu baru yang Azril peroleh. Kajian demi kajian dilaksanakan untuk mencari penawar penyakit khusus dalam bidang neurologi.
Daripada Jabir Bin Abdullah R.A, sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: Setiap penyakit ada ubatnya. Maka apabila diperoleh ubat penyakit tersebut, akan sembuhlah ia dengan izin Allah 'Azza wa Jalla.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)
Pen dan buku nota disimpan dalam beg galas. Belum sempat beg disandang, Violet menyapanya,
"Kau guna buku dan pen lagi? Come on, Bukan dekat sekolah lagi."
"Suka hati aku la." Azril malas melayan.
Bila menulis guna pen catat dalam buku, otak akan bergerak dan membaca sekali barulah hebat dan kuat ingatan. Sebab itulah budak zaman dahulu pandai, semua benda kena tulis. Zaman sekarang, tangkap gambar slaid, simpan berzaman nak masuk minggu ulangkaji baru la gelabah ayam nak mencari nota.
"Jom jalan. Dah janji kan semalam?" Violet teruja untuk menghabiskan masa dengan Azril.
"Not in this formal attire V. Lepas Zohor jam 1400 okay?" Azril tidak tahu mengapa Violet yang baru dikenalinya semalam bergitu teruja untuk keluar dengannya. Azril melihat telefon bimbitnya. Notifikasi waktu solat daripada aplikasi Muslim Pro sudah masuk.
"Okay... dekat lobi?" Violet terpegun seketika. Azril menggunakan bacaan 24 jam berbanding bacaan 12 jam seperti kebanyakan orang.
Azril pantas naik ke biliknya. Solat Zohor ditunaikan. Baju-T kelabu dipadankan dengan jeans hitam dan baju sejuk berwarna hitam. Jam dinding menunjukkan tepat jam 1350 Azril pantas mengambil beg sandangnya dan terus menuju tangga untuk turun ke lobi.
"Hai." Violet juga kebetulan berada di tangga.
"Tak guna lif?" Soal Azril. Dah tak tahu sangat nak tanya apa. Soalan itu yang ditanya.
"Fobia. Dulu masa kecil tersangkut dalam lif 6 jam." Jawab Violet.
Azril hanya mengangguk sahaja. Ada juga orang fobia lif.
"Okay, untuk memastikan pengembaraan kita penuh keseronokan, telefon bimbit tidak dibenarkan sama sekali jadi kalau nak telefon ibu bapa, rakan taulan atau isteri mahupun kekasih anda sila lakukan sekarang." Celoteh Violet panjang.
"No news is a good news. No wife no girlfriend. I don't even have any girl number ." Jawab Azril
Pantas Violet menyebut nombor telefonnya.
"Sekarang you dah ada girl jarak friend. That little space between girl and friend kita panggil friendzone. Okay buddy?" Violet tersenyum riang.
"Okay..." Azril kehilangan kata-kata.
Azril turun tangga dengan rentak biasa begitu juga dengan Violet. Tiba-tiba Azril melajukan rentak. Dah terbiasa turun tangga laju. Violet pula tak fasal-fasal terasa dicabar. Dia juga melajukan langkah. Mujur tiada siapa yang lalu di tangga kecemasan itu. Melihat Violet semakin laju, Azril menambah kelajuannya. Beberapa anak tangga dilangkau Azril. Violet terus memegang pemegang tangga dan melompat betul-betul di hadapan Azril yang baru sahaja hendak meneruskan langkah.
"Weh gila, kau patah kaki nanti siapa nak jawab." Marah Azril yang terkejut dengan gaya gadis cina itu.
"Biasa dah buat kerja-kerja macam ni." Violet tergelak melihat reaksi Azril.
"Siapa kalah belanja aiskrim!" Jerit Violet kemudian dia terus berlari laju meninggalkan Azril yang masih tercengang.
Azril tarik sengih panjang. Memang tak la wahai anak muda. Azril terus lari mengejar Violet dan pantas memotongnya. Dari tingkat empat tangga kecemasan itu membawa mereka ke taman di belakang hotel.
YOU ARE READING
Garis Masa
AcciónSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...