Bab 4
Selesai menulis laporan yang super panjang, mereka baring di atas lantai dalam formasi bintang pecah lima kepala bertemu kepala menghadap syiling tinggi gudang.
"Big bro, aku tak sampai hati nak cakap tapi kena cakap juga." Ace menarik nafas panjang.
"Apa?" Datar suara Azril.
"Sebenarnya... umi dengan abah dah tiga hari dekat sini."
"Oh. Terima kasih."
Romeo tergelak kecil dengan jawapan Azril. Tiba-tiba terima kasih. Respond yang kurang tepat!
"Untuk apa? Aku yang patut ucap terima kasih sebab mereka layan aku macam anak sendiri. Sungguh weh, kau beruntung sumber doa tanpa hijab kau masih ada." Victor menarik senyuman. Rindu pada kedua ibu bapanya yang sudah menghadap Ilahi 15 tahun dahulu.
"Vic, bukan aku... kami. Aku, Victor, Ace dengan Romeo sangat teruja bila Abah setuju nak ke sini bawa Umi. Goofy juga." Felcon membuat sedikit pembetulan.
"Terima kasih sebab kau orang berusaha gigih bawa Abah Umi jumpa anak dia, dalam kesibukan kau orang sanggup pula layan mereka dah aku on call tiba-tiba dan bila cuti langsung tak ingat apa main video game je hahaha. Tapi serius, kenapa?" Panjang patah kata Azril hari ini.
"Sebab kami rindu." Jawab Romeo.
Sejak mereka ditubuhkan lagi, ibu bapa Azril tiba-tiba mendapat lima orang anak lelaki tambahan. Ace, Victor, Romeo, Felcon dan Goofy. Dilayan baik seperti melayan orang tua sendiri.
Antara mereka semua hanya Azril yang masih mempunyai ibu bapa. Mungkin di mata dunia mereka si gagah perkasa, tetapi mereka juga anak-anak yang rindu akan belaian kasih orang tua tak kiralah berapa usia mereka kerana jiwa kanak-kanak yang polos masih lagi hidup dalam jiwa mereka.
"Conference kau tu berapa lama?" Tanya Felcon.
"Seminggu. Jumaat ni sampai Sabtu depan." Jawab Azril.
"Jumaat ni... Weh hari khamis kan? Bukan ke kau beli tiket flight sehari awal? Sebab tu la semalam kau cuti." Romeo mengingatkan.
"Ooo... jadi aku kena pergi la ni? Bye anak-anak muda sekalian." Azril bangun menggeliat kemudian berjalan slumber ke arah loker. Beg sandang hitamnya yang terisi segala barangan peribadi dan identiti diri dikaut bersama kotak coklat yang berada di atasnya.
"Tolong kata kau dah kemas barang." Felcon menyimpan sedikit harapan, kalau dia yang berada dalam situasi Azril mahu dia pengsan.
"Nanti pos bagasi aku." Azril meminta tolong.
"Aku tak tahu la dia ni buat lawak apa. Ingat pos hari ini, esok sampai ke macam mana?" Ace menggeleng kepala. Paling cepat mungkin 5 hari barulah sampai bagasi itu.
"Flight pukul berapa?" Tanya Victor.
"Jam 0235."
Ace melihat jam. Kemudian dia mengangguk. Azril faham. Maknanya dia akan sempat sampai jika tiada aral melintang. Sekarang sudah masuk waktu Asar.
"Sempat ni balik rumah kejap kemas barang. Kau sauk je apa yang ada. Tengah musim bunga sekarang jadi taklah sejuk sangat." Romeo memberi cadangan.
Mereka solat Asar berjemaah kemudian barulah Azril pulang ke rumahnya.
Bagasi hitam dibuka. Mengemas pakaian tidaklah terlalu sukar kerana Azril sejenis manusia yang teratur. Baju dan seluar diasingkan mengikut jenis jadi mudahlah dia mengemas barang yang perlu dibawa. Tiga pasang kot dan seluar juga dibawa sebagai pakaian formal sewaktu majlis.
Azril terpandang kotak yang dikaut bersama secara tidak sengaja. Teringat pula dia tentang surat berstem United Kingdom itu lantas dibawa bersama. Serius dia tertanya-tanya apa yang ada dalam surat yang beralamatkan Akademi Tentera itu. Bukan sekeping dua. Ada lima belas surat kesemuanya. Surat itu dimasukkan ke dalam beg sandang hitam yang sentiasa dibawa ke mana sahaja. Kosong lagi rumah ini. Rasanya dalam sebulan boleh dibilang dengan sebelah tangan berapa banyak kali dia pulang ke rumah. Tidak mengapalah, kumpul aset untuk masa hadapan.
Perjalanan ke KLIA yang mengambil masa tiga jam 40 minit itu menjadi dua jam 30 minit. Jalan lapang ditambah dengan kuasa enjin keretanya memendekkan jumlah masa perjalanan. Azril terus menarik bagasinya untuk menguruskan segala urusan sebelum penerbangan.
Tiba-tiba seorang pakcik dalam lingkungan usia 60-an yang berada dalam radius capaian tangannya menunjukkan tanda-tanda hendak rebah. Berat badan pakcik itu ditampung sepenuhnya oleh Azril yang sempat menyambut pakcik itu sebelum dia jatuh. Jam dikerling sekilas. Memang tak sempatlah hendak kejar kapal terbang. Jeritan panik seorang budak menyebabkan keluarga pakcik itu berpaling. Isterinya memakai serba putih begitu juga pakcik yang berada dalam dakapannya ini. Mungkin mereka hendak mengerjakan umrah. Maka berkerumunlah segala ahli kerabat keluarga yang seperti satu bas ramainya hendak melihat keadaan pakcik itu. Isteri pakcik itu terus duduk memegang bahu pakcik dan mahu menggoncangnya.
"Makcik, jangan!" Halang Azril bimbang makcik itu terlebih emosi dan akan menyukarkan kerjanya. Anak lelaki makcik itu terus memegang ibunya. Azril melakukan diagnosis pantas. Muka pakcik itu agak herot di sebelah kiri.
"Pakcik, pakcik angkat dua-dua tangan pakcik." Pinta Azril lembut.
Sebelah tangannya seperti tidak boleh diangkat. Mulut pakcik itu pula seperti hendak berkata sesuatu tetapi pertuturannya kurang jelas.
"Kakak yang pegang telefon Hello Kitty tu telefon 999 sekarang and semua please jauh sikit tak bernafas pakcik ni." Azril mengarah lagi.
Secara ringkasnya Azril menjalankan prosedur kecemasan jika pesakit disyaki menghidap strok. F. A. S. T ; Face, Arm, Speech, Tell. Setiap detik yang berlalu saat seseorang diserang strok sangat berharga. Masih Azril ingat ayat pensyarahnya dahulu. Jika orang diserang strok rawatan kecemasan perlu diberi seawal 3 jam pertama untuk peluang pemulihan yang lebih cerah.
"Ha? Tak tahu!" Kakak telefon Hello Kitty itu menekan nombor kecemasan dan terus menghulurkan telefon kepada Azril.
"Talian kecemasan 999, boleh kami bantu?" Operator telefon bersuara garau menjawab dengan penuh professional.
Azril memberi nama dan nombor telefon.
"Ada pakcik diserang strok lokasi KLIA dekat depan Famous Amous." Azril memberi segala butiran kejadian dengan teliti.
Tidak lama kemudian, pasukan perubatan yang bertugas di KLIA muncul dan terus membawa pakcik itu ke hospital untuk menerima lawatan lanjut. Anak pakcik itu mencari kelibat Azril namun tidak dapat dikesan kedudukannya. Azril sudah meninggalkan tempat itu sebelum sempat si anak mengucap terima kasih.
Diam-diam pemuda itu berdoa. "Ya Allah, berkatilah kehidupan orang yang membantu ayah, mudahkanlah urusan hidupnya."
Sudah diagak, Azril tidak dibenarkan masuk ke pintu pelepasan kerana dia lewat. Penerbangan seterusnya esok pagi pada jam 0950 dan dijangka tiba pada jam 1635. Azril menerangkan situasi kecemasan yang berlaku tadi namun pegawai yang menjaga pintu itu seperti tidak fokus dengan apa yang cuba disampaikan oleh Azril. Majlis pembukaan Persidangan Liga Neurologi Sedunia yang akan dihadiri oleh Azril itu akan berlangsung pada pukul lapan malam. Kalau diikutkan memanglah sempat tetapi Azril tidak mahu tergesa-gesa seperti tadi. Sungguh bukan caranya untuk tergesa-gesa.
Malas hendak berdrama, Azril terus ke kaunter tiket untuk mengubah waktu penerbangannya. Selesai urusan, Azril terus ke kerusi menunggu dan tidur di situ.
YOU ARE READING
Garis Masa
AksiSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...