Bab 16
Apabila subuh menjelang, kapal-kapal tersebut mula berlayar seperti biasa. Felcon dan Romeo meronda di sekitar pulau dan kawasan sekitarnya dengan menaiki bot laju. Goofy memantau radar yang menunjukkan kedudukan alat pengesan. Dia berada di atas sebatang pokok yang tinggi untuk mendapatkan isyarat daripada pemancar yang lebih jelas.
Ace, Big Bro dan Victor berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan terutama yang ramai orang lelakinya turun ke laut. Pasukan bantuan sudah melaporkan posisi mereka.
"Arrrggghhh! Tolong!!! Tolonggg!!!" Jeritan kuat kedengaran. Terus kaki mereka laju berlari ke arah jeritan itu.
Sepertinya jeritan itu datang daripada rumah ketua kampung. Tepat jangkaan mereka apabila sampai sahaja di hadapan rumah ketua kampung kedengaran jelas suara Lydia dan ibu mertuanya menjerit meminta tolong.
Berhadapan dengan Big Bro, seorang lelaki yang sedang meletakkan pisau di leher Lydia. Ibu Joseph sudah diikat dan mulutnya ditampal dengan pita pelekat.
Ace mara setapak.
Lelaki itu terus mendekatkan pisau pada leher Lydia jika tersilap langkah, pasti terputus urat lehernya. Lelaki itu bercakap lantang dalam bahasa tempatan yang langsung tidak difahani oleh Ace dan Big Bro tetapi Victor memahami maksudnya.
"Ace." Victor menunjukkan jari kelingkingnya.
Faham dengan isyarat itu. Ace berundur.
Jeritan lelaki itu tadi rupanya untuk memanggil kumpulannya. Ada lebih kurang lapan orang lelaki dalam lingkungan usia dua puluhan
"Ingat lanun betul rupanya samseng kampung!" Victor mendecit. Dia perasan wajah-wajah mereka semalam yang duduk di atas motorsikal sambil menghisap rokok. Terus dia melangkah setapak demi setapak menghampiri kumpulan itu. Tindakan yang terlampau berani kerana mangsa tebusan mungkin akan tercedera.
Dalam bahasa tempatan yang agak pekat, Victor menyapa mereka.
"Hei budak, mentang-mentang aku dah lama tak balik, kau buat samseng ya?" Suaranya garang memetir.
Kehairanan wajah-wajah mereka yang berada di situ. Siapakah pula gerangan lelaki berambut panjang yang berani menggertak mereka. Tanpa banyak bicara kelapan-lapan mereka menyerbu ke arah Victor.
Victor pantas mengikat rambutnya. Apabila terpandang wajah Victor mereka baru tersedar siapa dia namun sudah tidak sempat untuk mereka berpatah baik, seorang demi seorang disebat dan dibantai oleh Victor. Mereka yang sudah terduduk dan tersungkur terus diikat oleh Big Bro. Memang tak ada yang terlepaslah jawabnya!
Seseorang cuba untuk memukul curi Victor tetapi pantas Big Bro merempuhnya. Terus dipijak kepala lutut orang itu. Kalau diletak sedikit sahaja lagi tekanan, pasti teralih tempurung lututnya. Merayu-rayulah dia dengan bahasa Melayu entah apa-apa. Diulang perkataan ibu berkali-kali. Ha masa buat jahat tak ingat emak pula dah nak kena sembelih baru nak ingat orang tua?
Victor, ketua budak kampung acah gangster sewaktu zaman baru nak naik. Dia ingat setiap wajah yang pernah menyertai kumpulannya. Mereka tidaklah membuat onar tetapi erring juga bergaduh dek merebut anak dara orang! Tapi itu cerita dulu, sekarang dia sudah tidak terlibat lagi dengan gangster kampung ini tetapi tidak sangka pula masih ada yang tidak berotak sekarang apa? Berebut bini orang pula?
Ace mengambil kesempatan itu untuk mnyelamatkan Lydia kerana lelaki yang memegangnya lebih tertumpu kepada serangan yang dilakukan mereka. Tendangan tepat ke pergelangan tangan kanan lelaki itu menyebabkan pisau yang dipegangnya terjatuh. Cepat-cepat pisau itu ditendang jauh. Kaki lelaki yang memegang tebusan itu disapu kuat sehingga menyebabkan pegangannya terlepas daripada Lydia. Perempuan itu terus terjelepuk jatuh. Kakinya selembik agar-agar tidak mampu untuk melangkah walaupun setapak kerana terlalu takut dan terkejut. Ace mengunci pergerakan lelaki itu setelah menumbangkannya. Lututnya ditekan pada belakang badan lelaki itu kuat sehingga terdengar jelas jeritan sakit.
YOU ARE READING
Garis Masa
Hành độngSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...