Untitled Part 23

3.1K 284 16
                                    

Sebulan sudah berlalu. Azril fokus kepada terapi dan pemulihan. Kini dia sudah tidak perlu bergantung
kepada tongkat lagi. Dia berada di Pengkalan Armada Laut DiRaja untuk melakukan ujian tahap kecergasan yang akan menentukan status
kerjayanya di dalam armada. Setakat ini, dia sudah lepas ujian berlari dan berenang. Seterusnya adalah ujian yang mendatangkan sedikit kebimbangan kepadanya iaitu ujian
menyelam dengan sut selam tempur.

Azril terjun seperti biasa tanpa teragak-agak. Mulanya tiada apa. Dia berasa agak lega. Tetapi, apabila
dia menyelam lebih dalam, telinganya berdesing dan mula terasa sakit yang menyucuk. Dia kembali timbul sambil memegang telinga. Bibir diketap untuk menahan sakit. Air kolam itu ditepuk dengan penuh geram dan tidak percaya kerana dia yakin yang dia telah pulih sepenuhnya.Azril tidak puas hati. Mungkin tadi cara selamannya salah kerana dia sudah lama tidak menyelam. Sekali lagi
dia cuba menyelam. Apabila sampai ke kedalaman enam meter daripada aras laut, telinganya yang masih berdesing kini terasa menyucuk yang teramat pedih.

"Arghhh!!!" Azril melepaskan amarahnya di dalam air. Kepedihan di telinganya tidak sesakit di hati.
Nafas ditarik perlahan, sekali lagi Azril cuba menyelam tetapi dihalang oleh pegawai yang menjaganya. Dia bersandar pada dinding. Mata dipejam rapat, cuba menghadam realiti. Kemudian barulah dia
tersedar bahawa Tuhan sedang mengujinya kerana dia terlalu yakin dengan usahanya untuk sembuh sedangkan Allah yang mengurniakan syifa' atau kesembuhan kepada
umat manusia.

Pegawai yang menjaganya terus memanggil bantuan kecemasan. Azril diberi ubat tahan sakit dan disuruh untuk berehat.

Petang itu, Azril dipanggil masuk ke pejabat unit penempatan anggota.

"Selamat sejahtera, tuan!" Azril menabik pegawai yang berada di dalam bilik berpendingin hawa itu.

"Selamat sejahtera, Big Bro." Pegawai itu membalas tabik kemudian Azril dipersilakan duduk.

"Menurut data ujian, awak tak boleh menyelam dengan sut tempur. I'm sorry to say, awak akan di-RTU.

Lebih daripada semua pegawai di sini, awak sendiri tahu lasaknya kerja Trodaire. Kalau awak tak boleh menyelam, maknanya awak juga tak boleh tahan tekanan udara waktu terjun dari helikopter. Awak doktor tentera yang hebat, ia merisikokan nyawa awak. Dengan mengekalkan awak dalam Trodaire, bukan keputusan yang baik." Pegawai itu menyuarakan keputusan yang dibuatnya.

"RTU, Return To Unit. Saya nak pulang ke mana kalau sejak hari pertama dekat sini saya terus masuk ujian unit khas?" tanya Azril dalam nada mendatar. Dia sudah
hilang rasa.

"Balik ke hospital. RMC perlukan awak lebih daripada Armada buat masa ni. Goofy akan diserap sepenuhnya dalam Trodaire. Awak akan bekerja di hospital tapi dalam situasi tertentu awak akan dipanggil
semula."

Azril mengangguk akur dengan keputusan pegawai yang memiliki jawatan jauh lebih tinggi daripadanya.

Kaki menuju ke gudang Trodaire tetapi langkahnya terhenti separuh jalan. Azril merenung tapak tangannya yang kosong, sama seperti hatinya ketika mendengar
status dirinya yang baru sahaja digugurkan daripada Trodaire yang sudah menjadi sebahagian daripada
hidupnya.

Menarik nafas dalam, Azril terus ke kereta dan keluar dari pengkalan.

GUDANG Trodaire senyap dan sunyi. Mereka melakukan latihan angkat berat tanpa banyak bicara seperti selalu.

Ace sendiri telah mendengar keputusan pihak atasan mengenai status Azril dalam unit Trodaire. Secara jujur, dia tidak mahu melepaskan Azril pergi kerana Azril
seorang anggota yang berkebolehan tinggi. Tetapi, apakan daya, keputusan bukanlah di tangannya.

"Hola, señor!" Azril masuk dengan penuh dramatik bersama enam buah kotak pizza bersaiz regular.Semua mata memandang ke arahnya. Azril memilih untuk bergembira pada hari terakhirnya sebagai anggota
rasmi unit Trodaire, jadi mereka juga akan meraikannya mengikut cara Azril.

Garis MasaWhere stories live. Discover now