Bab 12
Penerbangan panjang pulang ke tanah air menyebabkan Azril kepenatan. Sungguh dia tak larat untuk pulang terus ke pengkalan.
Pedal minyak ditekan. Mindanya terus memeta perjalanan. Sekali jalan jadi apa salahnya.
Rumah di Damansara yang Azril belikan untuk kedua ibu bapanya menjadi tujuan perjalanan. Azril akan duduk bersama mereka setiap kali dia mendapat panggilan daripada Royal Medical Centre, RMC. Aturan tahunan yang agak gila dibuat oleh majlis tertinggi untuk doktor tentera berkelas elit sepertinya. Semester pertama bersama Trodaire. Semester kedua berkhidmat di RMC hospital separa tentera yang berkelas dunia.
Azril singgah ke RMC terlebih dahulu.
Gula-gula getah perisa peppermint dibeli sekotak.
Kaki terus melangkah masuk ke cafeteria.
Langkah kanan! Orang yang dicari baru sahaja meletakkan mi kari yang menjadi kegilaan staf di sini.
"What's up bro?" Azril menarik kerusi.
"Big bro?! Kenapa kau muncul dekat sini?" Muka terkejut beruk Goofy menyebabkan Azril mahu ketawa berdekah.
"Rindu kau la." Jawab Azril.
"Menyampah aku. Kau rindu mi ni kan sebenarnya?" Jejaka India yang kacak dan tinggi lampai itu menjeling Azril.
Bukan baru sehari dua dia mengenali Big Bro. Sejak zaman Akademi Tentera lagi. Seorang Azril Aqil ini menjadi teman denda lari sepuluh pusingan padang kawad pada hari pertama sehingga ke hari ini menjadi sahabatnya.
Azril tersengih. Memang betul pun. Siapa sahaja yang mampu menolak mi kari lemak berkrim ayam ekstra pedas makcik kafe?
"Tiga bulan lagi kau makan la mi ni sampai kuning muka. Seriuslah takkan kau datang nak bual kosong je? Ada kes ke?" Goofy bertanya lagi.
Azril menghulurkan sekotak gula-gula getah. Entah kenapa, Goofy sangat ketagih dengan gula-gula kunyah yang tak boleh ditelan itu.
"Serius ni... Kau nak apa?" Goofy terasa bagai dirasuah pula.
"Mana ada apa, Okay la gerak lu. See you when I see you." Azril terus berlalu.
Kotak gula-gula getah itu dibuka.
Sekeping kertas menutup lapisan pertama.
"Terima kasih." Tulisan Azril.
Tahulah Goofy makna hadiah ini. Azril berterima kasih kerana Goofy selalu mengemaskini keadaan ibu bapa Azril. Boleh dikatakan setiap hari pasti sekurang-kurangnya ada satu gambar mereka yang dihantar kepada Azril.
Uniknya Azril, perkara yang tak tersebut dek mulut pasti akan terluah melalui penulisan.
Goofy dan Azril bertukar posisi setiap 6 bulan. Bila Goofy di hospital, Azril akan berada di pengkalan dan begitu juga sebaliknya apabila sampai 6 bulan seterusnya. Hanya untuk beberapa kes sahaja mereka berdua berada dalam pasukan yang sama. Itupun terlalu jarang.
Kepulangan Azril tidak dikhabarkan kepada sesiapa. Azril masuk ke perumahan di Damansara rumah kedua orang tua Azril berhampiran dengan Rumah Kasih Syukur.
"Assalamualaikum, saya datang nak meminang!" Laung Azril kuat. Pintu pagar kecil dibuka selaknya.
"Waalaikumussalam, salah rumah! Tu ha jiran depan anak dara tiga orang. Rumah ni ada anak teruna seorang je tu pun baliknya jarang sabar je la ye kalau jadi isterinya. Serupa hidup bujang." Jawab Abah setelah pintu dibuka.
"Hehe perli nampak bah." Azril bersalaman dengan Abah.
"Umi mana?" Tanya Azril.
"Ada dekat RKS merajuk dengan Abah sebab pagi tadi Abah kata Umi makin berisi sebab Umi habiskan kek batik yang abah beli dekat pasar."
YOU ARE READING
Garis Masa
ActionSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...