Untitled Part 8

3.7K 346 4
                                    

Bab 8

Azril mengikuti langkah Violet. Perjalanan mereka senyap tanpa sebarang komunikasi tetapi bukan senyap yang janggal tetapi senyap yang selesa.

Sampai dihadapan pagar masjid, Violet baru tersedar pakaiannya tidak berapa sopan untuk masuk ke perkarangan masjid. Bajunya berlengan pendek. Seluar jeans yang dipakainya pula agak ketat.

"Kau masuk la, aku tunggu sini."

"Duduk la dekat kerusi tu." Azril menunjuk ke arah kerusi yang berada di perkarangan masjid.

Violet hanya menggeleng.

Azril menanggalkan jaket yang dipakainya dan diserahkan kepada Violet.

"Tarik scarf leher kau tu naik atas. Dah settle masalah. Duduk sana karang kau kena culik aku juga yang kena jawab." Azril meninggalkan Violet yang sedang tersengih dengan tindakan Azril. Huwaaa, prihatin juga dia.

Azril masuk ke dalam masjid untuk solat berjemaah bersama Muslim yang lain. Selesai sahaja imam masjid melafazkan doa, Azril terus pergi ke tempat Violet menunggu.

Entah mengapa, sejuk hati Azril melihat Violet menutupi rambutnya persis bertudung cara Islam bukan sekadar meletakkan selendang di atas kepala seperti yang dia ingatkan. Violet sedang membaca sesuatu dengan sungguh khusyuk. Kemudian dia berbual-bual sebentar dengan seorang wanita bertudung labuh sebelum wanita itu meminta diri.

Air the lemon ais dalam tin yang sejuk disuakan ke pipi Violet.

"Baca apa?"

"Ada budak dari Islamic Centre datang bagi kad. Lepastu Ustazah Ni'mah datang tegur tadi. Sembang sekejap fasal aktiviti budak-budak ni. Tengoklah comel je budak-budak lukis gambar United For Humanity." Ayat Violet tak pernah tak panjang. Violet memegang tin yang Azril lekat di pipinya.

"Weh, ni aku punya la." Pantas Azril menarik balik air tin itu sengaja ingin mengusik Violet.

"Suka buat orang macam ni?! Dah jom!" Violet terus bangun acah merajuk.

"V!" Panggil Azril.

Violet berpusing.

Azril terus melambung satu lagi air teh lemon ais yang disembunyikannya. Violet menyambut dengan jayanya. Tersenyum lebar dia dibuatnya.

Azril tidak tahu mana hala tuju mereka. Kakinya hanya melangkah dimana Violet mengarah.

"Kau kenal ke Ustazah tadi?" Tanya Azril.

"Siapa tak kenal Ustazah Ni'mah?"

"Aku." Jawab Azril sepatah.

Ustazah Ni'mah merupakan salah seorang ahli aktif dalam organisasi masyarakat Islam di sini. Banyak program amal yang dianjurkan olehnya untuk komuniti Islam dan bukan Islam di sekitar kawasan ini. Dua minggu lagi, program United For Humanity akan dianjurkan.

"Selalu ke kau jumpa dia?"

"Tak la selalu tapi kenal la. Lepas grad dah tak kerap datang sini. Tu pun sebab Nana Starla yang kenalkan. Kira boleh la kalau nak bersembang tak lah berapa janggal. Lagipun rumah dia dengan rumah aku tak la jauh mana." Jawab Violet.

"Kau campak ke siapa pun tak akan janggal. Banyak mulut!" Azril mengata depan-depan.

"Mulut aku ada satu je lah!" Violet memberi renungan maut yang tajam. Tapi tak lama selepas itu dia tergelak. Sudah memang dari kecil, anak cina campur British ini dipanggil Joyah!

Violet berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah yang sudah agak tua daripada gaya binaan Inggeris lama tetapi masih lagi dijaga dengan baik. Violet terus masuk tanpa menghiraukan Azril yang penuh tanda tanya di wajahnya.

Garis MasaWhere stories live. Discover now