"Acute subdural hematoma." Azril menunjukkan kawasan yang terdapat darah beku pada bahagian antara lapisan tebal yang menutupi otak atau dipanggil dura mater dengan otak mangsa kemalangan yang telah diidentifikasikan sebagai Cindy Goh. Darah beku itu perlu dialihkan segera untuk mengelakkan berlakunya masalah berkaitan neurologi yang lain.
"Prosedur yang kita akan jalankan ialah burr hole surgery. Pernah buat tak?" Azril bertanya kepada Hana.
"Pernah Mr. Azril. Dekat kanak-kanak dan orang dewasa." Punyalah tak tahu hendak menggunakan penghormatan apa, dibantainya gelaran 'Mister' di hadapan nama Azril walhal gelaran itu hanya untuk pakar bedah yang berpengalaman luas di negara ini.
"Belum guna Mr. lagi masih MD. Apapun, baguslah pernah buat. Sekarang ni pergi pantau Cindy saya nak jumpa waris dia untuk buat penerangan." Fuh, habis professional Azril menjawab. Mentang-mentanglah Prof. Imran datang memantau.
Hana mengangguk kemudian terus pergi ke wad icu yang menempatkan pesakit itu.
Azril membuka pintu yang bersambung dengan bilik perbincangan. Setelah selesai membuat persiapan, Hana meminta staff di dalam bilik itu untuk memanggil Dato' dan Datin Goh yang sudah menunggu dengan penuh debaran di luar.
"Selamat pagi Dato' dan Datin Goh, silakan duduk." Azril mempersilakan mereka.
"Selamat pagi doktor, macam mana dengan Cindy?" Soalan utama terus ditanya oleh Dato' Goh.
"Kaki kanannya patah dan tulang tangan kirinya retak, tapi apa yang lebih parah sekarang ni kalau tengok dekat otak bahagian kiri macam ada selaput betul? Itu darah beku. Kita kena buang darah beku tu kalau tak Cindy berpotensi diserang masalah berkaitan neurologi yang lain. Untuk buang darah beku ni kita akan gunakan prosedur burr hole surgery dimana kita akan buat beberapa lubang di bahagian tengkorak kepala yang terlibat dan kita akan bersihkan semua darah beku kemudian jahit kembali." Azril membuat penerangan yang jelas.
"Apa risikonya doktor?" Si bapa mula risau.
"Walaupun dah buang darah beku tapi kebarangkalian untuk berlaku serangan jantung atau strok masih ada tetapi jarang sangat berlaku." Azril memberi kepastian.
"Kalau saya nak hantar Cindy ke hospital pakar, doktor boleh buat surat rujukan?" Naluri ibu, pasti mahu yang terbaik untuk anaknya.
"Cindy perlu dibedah dengan kadar segera puan, lagipun untuk kes Cindy ni lebih baik diserahkan kepada doktor neurologi kanak-kanak." Azril mengeluarkan kad id doktor antarabangsa miliknya yang mempunyai logo Liga Neurologi Paediatrik.
"Saya dan doktor pembantu yang akan jalankan pembedahan dua-dua merupakan ahli untuk pertubuhan ini jadi Dato' dan Datin cuma perlu percaya sahaja dengan kemampuan kami." Azril memberi kata-kata untuk meyakinkan ibu Cindy.
"Dalam usia semuda ini?" Dato' Goh kagum.
Azril mengangguk.
Tiba-tiba pintu diketuk kasar dan Hana muncul dengan termengah-mengah.
"Kita kena bedah Cindy sekarang juga. Isipadu oksigen dalam otaknya semakin berkurang kalau jatuh lagi dia mungkin akan koma."
Kemudian Hana mula menerangkan situasi yang berlaku dalam bahasa Mandrin kepada Dato' dan Datin Goh. Beriya-iya dia memberi penerangan mengenai keadaan sebenar Cindy dan menggesa mereka membuat keputusan segera.
Hana berjalan ke meja Azril. Dia mengeluarkan borang kebenaran melakukan pembedahan dari dalam fail. Borang itu dipusingkan beserta dengan pen. Dato' Goh terus menurunkan tanda tangannya.
"Doktor, saya percayakan awak." Kata Datin Goh.
Hana dan Azril memberi satu anggukan penuh keyakinan dan mereka berlari mendapatkan Cindy.
YOU ARE READING
Garis Masa
ActionSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...