Azril terus memantau perkembangan Cindy. Sungguh laju proses pemulihan Cindy yang kini ditempatkan di wad vip.
"Hello Cindy. My name is Dr. Bunny. How do you feel today?" Tanya Azril dengan nada ceria setelah Cindy membuka mata beberapa minit yang lalu.
Tiada respon tetapi mata Cindy berkelip.
"Selamat pagi Cindy, apa khabar?"
Tetap tiada balasan.
"Ni zao, ni hao ma?" Azril cuba bertanya dalam bahasa Mandarin pula.
Selamat pagi, apa khabar?
"Wo hen hao, xie xie." Cindy bercakap perlahan tetapi masih tersenyum.
Saya baik, terima kasih.
Nampaknya Cindy lebih selesa berbahasa Mandarin. Memang biasa perkara ini berlaku. Untuk orang yang boleh bertutur pelbagai bahasa, biasanya mereka akan lebih cenderung menggunakan bahasa yang paling mereka mahir. Dia perlu lakukan beberapa sesi soal jawab. Nampaknya tiada pilihan lain. Azril keluar sebentar dan nombor Hana didail. Nasib baik la anak Cina-British ni ada.
"Assalamualaikum, kau tengah buat apa?"
"Waalaikumussalam, baru habis pusing wad."
"Naik jap bilik VIP 3A. Cindy ni dia boleh jawab soalan bila tanya dalam bahasa Mandarin je."
"Kau cakap Mandarin ke dengan dia?" Tanya Hana. Manalah tahu Azril boleh bercakap dalam bahasa Mandarin ada juga teman berbual dalam bahasa ayahanda. Maklumlah Babah yang cina, Mama British.
"Takat ni zao, ni hao ma? Aku tahu la."
"Lah, tu je yang kau tahu?"
"Ada lagi satu tapi tak sebut."
"Apa?"
"Wo ai ni!" ah, konfesi cinta!
Saya sayang awak.
"Oi!" Hana terjerit. Azril menarik telefon jauh daripada telinga. Boleh pekak tahu tak kena jerit macam tu.
"Cepatlah datang, aku tak ada masa nak dibazirkan." Kata Azril sebelum memutuskan panggilan.
Tidak lama kemudian Hana datang mengetuk pintu. Telinga arnab tidak ketinggalan. Sudah jadi kebiasaan pula memakai telinga arnab ini.
"Ni Zao!" Ceria suara Hana bila masuk.
Azril menyerahkan rekod kesihatan Cindy kepada Hana.
Menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantara, Hana bertanya soalan mudah seperti nama dan umur. Cindy boleh menjawab soalan itu dengan mudah kemudian ditanya nama ibu bapanya. Juga boleh dijawab oleh Cindy. Tetapi, apabila disoal mengenai kejadian malam itu, Cindy menjadi keliru. Tiada sepatah perkataan pun keluar daripada mulutnya. Hana menyuruh Cindy menekan pen dengan tangannya tidak cedera. Cindy dapat melalukannya dengan baik. Selesai sesi itu, Cindy disuruh berehat.
Data yang telah dikumpul diserahkan kepada Azril.
"Hilang ingatan jangka pendek. Dia tak ingat apa jadi malam tu. Motor skill tangan dia yang tak berbalut tu elok je." Hana membuat laporan pendek.
"Okay, xie xie!" fail rekod perubatan diambil.
"Tu je?"
"Macamni la manusia zaman sekarang, minta tolong sikit dah nak harapkan balasan." Azril mengluarkan nota lekat daripada dalam koceknya beserta dengan pen. Dia menulis sesuatu dan terus dilekat pada dahi Hana.
Sudah serupa hantu cina klasik daaa...
'Kupon kegembiraan. Telefon jika mahu tebus.' Siap bertandatangan lagi.
Azril membukakan pintu untuk Hana dan menyuruhnya keluar. Hana menarik muncung. Dasar pembuli!
Azril kembali serius. Dia duduk berbincang mengenai keadaan Cindy. Keputusan MRI scan sudah digantung. Azril memulakan pembentangan kes Cindy untuk didengari oleh ibunya. Cindy mengalami kehilangan memori jangka pendek. Hal itu tidaklah berapa membimbangkan kerana perkara itu memang biasa terjadi keada mangsa trauma dan tidak akan menjejaskan ingatan Cindy yang lain. Hal ini mungkin terjadi kerana semasa berlaku hentakan pada kepala Cindy, oksigen tidak sampai ke bahagian otak hadapannya yang memproses ingatan jangka pendek.
"Saya cadangkan untuk Cindy berehat selama sebulan sebelum mulakan sesi rehab dan terapi. Kalau Datin nak, selepas sesi rehab dan terapi, Cindy boleh ikuti sesi pemulihan cara kerja dimana Cindy akan dibiasakan untuk membuat aktiviti harian dalam keadaannya." Terang Azril panjang lebar.
"Terima kasih banyak doktor." Si ibu gembira mendengar perkhabaran bahawa anaknya baik-baik sahaja.
Datin Goh mengeluarkan sampul putih daripada beg tangan berwarna putih pereka fesyen edisi terhad keluaran Hilde Palladino.
"Suami I baca newspaper semalam. Nampar artikel you dengan Dr.Hana terus dia suruh sampaikan sampul surat ni. After all, kita semua manusia kan?" Kata Datin Goh sambil meletakkan sampul surat itu di hadapan Azril.
Datin Goh meminta diri.
Azril membuka sampul surat itu. Sekeping cek berpalang yang bernilai RM 10 ribu di atas nama Royal Medical Care berada di dalam sampul itu. Sungguh baik jiwa Dato' dan Datin Goh.
Azril membawa cek itu kepada bendahari Royal Medical Care yang juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah hospital. Katanya sejak semalam banyak derma dan sumbangan yang masuk. Untuk projek #RamadanSyria setakat ini derma terkumpul sebanyak RM600 ribu secara kasarnya.
Selepas ditepek dengan kupon kebahagiaan, Azril sudah tidak nampak batang hidung Hana. Alah adalah dia dekat mana-mana tu. Royal Medical Centre ni bukannya besar mana. Besar lagi pengkalan armada.
Bercakap tentang armada, rasanya sudah lama Trodaire tidak dihubungi.Kumpulan whatsapp juga sunyi sepi.
Azril melihat Ace sedang 'online', terus dia menelefon Ace.
"Assalamualaikum bos, Chalet Bayu ada kerja kosong tak? Tak lama bos, dua hari satu malam je. Esok saya naik feri pertama ke Pangkor bos." Terus Azril menyerang.
"Waalaikumussalam, apa tak cukup makan kerja dekat hospital tu?"
"Tak tahu nak pergi mana. Dapat cuti tiga hari sebelum ke Syria. Takkan aku nak mati kering main game kat rumah."
"Baguslah dah berubah, kalau tak keu bila cuti je hadap game. Tak payah nak kacau kerja pekerja aku. Kau datang je, mesti ada punya bilik kosong untuk kau."
"Kau orang semua ada kerja ke?" Tanya Azril.
"Kerja tu tak pernah tak ada. Elok juga la kau nak datang sekarang belum musim cuti lagi chalet tu nampak kosong je. Ada la lima ke enam orang yang menempah bilik dalam seminggu tu." Sudah adat berniaga, pasti ada pasang dan surutnya.
Apabila waktu bekerja mereka tamat, Azril menghubungi Hana. Manalah tahu betul merajuk. Rupanya Hana ada dua jadual pembedahan hari ini. Malam itu mereka tidak keluar makan kerana Azril hendak berkemas. Biasalah lelaki, saat terakhir macam ni baru nak dikaut segala-galanya.
Azril mengikuti Hana pulang. Seperti biasa, Azril akan membuat pusingan U sebaik sahaja Hana masuk ke dalam kawasan apartment.
YOU ARE READING
Garis Masa
ActionSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...