Bab 3
Sekali lagi Ace memeriksa koordinat yang dihantar oleh pasukan peronda. Mereka turun daripada helicopter menggunakan tali dan menjejakkan kaki di sebuah pulau berhampiran dengan sempadan Thailand. Mereka bergerak dalam formasi sebaris menuju ke titik panas yang diberi oleh pasukan peronda.
Mereka berpecah bagi memeriksa setiap penjuru parameter kawasan yang diberi.
Azril memanjat pokok untuk mendapatkan pandangan atas persekitaran mereka. Tiba-tiba matanya tertangkap kepulan asap daripada unggun api besar kira-kira 500 meter dari tempat mereka berdiri.
"Felcon, sarang buaya dikesan" Azril membaca koordinat kawasan itu melalui kompasnya..
"Sarang buaya?" Felcon geleng kepala. Azril yang seorang ini memang cerdik tetapi kadang-kadang istilah yang dia gunakan tak masuk dek akal.
"Ada unggun api besar." Jawab Azril.
Mereka berdua saling berpandangan kemudian secara senyap mengintip di sebalik pokok dan semak. Sekumpulan gadis dalam lingkungan usia sepuluh hingga dua puluh tahun didudukkan dalam barisan dan tangan mereka diikat ketat.
Sepuluh lelaki dan lima wanita berdiri di sekeliling mereka.
Seorang budak sepuluh tahun diambil. Budak itu dimandikan kemudian dihias bak anak patung. Budak itu diasingkan ke dalam sebuah pondok.
"Felcon to Ace. Felcon to Ace." Felcon memanggil Ace untuk melaporkan apa yang baru dilihatnya.
"Ace receive. Stay in place. Lapor sebarang aktiviti." Arah Ace sebelum mempercepatkan pergerakan mereka.
Felcon mengaktifkan peranti pengesan sementara Azril memerhatikan tempat itu. Kes pemerdagangan manusia yang berprofil tinggi sekilas pandang sudah tahu anak-anak ini akan dijual kepada orang gila pedophilia.
Tiba giliran gadis remaja untuk dimandikan, dia memberontak. Badannya digerakkan walaupun kaki dan tangannya berikat. Tidak mahu dia dilihat tanpa seurat benang oleh jantan-jantan berhati busuk.
Remaja itu ditampar kuat. Bajunya terus dikoyak oleh perempuan yang hendak memandikannya. Tak mengalah dia berguling pula di atas tanah. Tak semena-mena tubuh gadisnya yang sudah matang di usia muda dipijak.
"Big bro to Ace. Berapa lama lagi?" Big bro sudah kepanasan.
"4 minit." Jawab Ace.
Azril sudah tidak sanggup menunggu. Nalurinya mendesak untuk selamatkan gadis remaja itu.
Dia turun dan membuka beg sandangnya. Sebilah pedang samurai dikeluarkan daripada beg itu.
Di tangan kanannya, Kamio yang bermakna penghujung hayat. Bersedia untuk menamatkan riwayat manusia jika perlu.
"Beragaklah der sampai Kamio pun kau nak keluarkan awal. Tunggu Ace dan yang lain kau jangan nak terjah je." Risau pula Felcon melihat pedang itu, tanda Azril benar-benar serius.
"Tapi..." Azril sudah sedia untuk melangkah.
"Kau bukan gerak solo berapa kali aku nak pesan?" Tegas Felcon.
Azril akur.
Tak lama kemudian, Trodaire berlima lengkap. Ace terus membuka stratergi.
Siap mengatur langkah, mereka berpecah untuk mengepung dari lima penjuru.
"Ambush!" Arah Ace.
Pantas mereka menyerang. Beberapa lelaki yang leka dijatuhkan dengan mudah. Yang sedar mereka diserang hendap terus mengambil senjata.
YOU ARE READING
Garis Masa
AksiyonSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...