Untitled Part 26

1.7K 187 4
                                    

Mereka berdua berhenti di tempat letak motorsikal yang berada di hadapan pintu unit kecemasan dan trauma. Sepanjang perjalanan mereka ke sini, kedengaran banyak siren ambulan dan bomba. Hana dan Azril masuk ke bahagian trauma. Keadaan di dalam unit trauma agak kelam kabut. Hana dan Azril berlari untuk mendapatkan kot makmal mereka yang kebetulan hanya disimpan di bilik matahari yang sama aras dengan unit kecemasan dan trauma.

Mereka terus pergi ke kaunter pengurusan. Di situ sudah tersusun borang catatan sejarah perubatan beserta nombor katil. Borang itu diasingkan kepada tiga tahap kecederaan. Berat, sederhana dan ringan. Hana dan Azril menunjukkan kad id mereka kepada ketua jururawat ataupun dipanggil sister yang duduk di kaunter pengurusan memandangkan mereka bukanlah doktor bahagian kecemasan dan trauma.

"MD. Azril scrub in tunggu dekat ST 5. Kita dah siapkan beberapa kumpulan untuk jadi pembantu pembedahan." Kata sister yang bertugas malam itu. Rasa bersyukur sangat kerana akhirnya bukan doktor tahun pertama atau tahun kedua yang muncul kerana mereka masih belum boleh melakukan pembedahan. ST merujuk kepada surgery theatre ; dewan pembedahan. Semua MD yang ada di hospital ini tidak kira daripada jabatan mana memang boleh melakukan pembedahan tanpa ragu-ragu.

Tidak berlengah, Azril terus pergi ke tempat yang dinyatakan oleh sister itu.

"Kita tak cukup doktor dekat ST sebab kes ni ramai yang cedera berat. Dr. Hana boleh jalankan pembedahan ke?" Sister itu bertanya.

Hana mengeluarkan kad id antarabangsanya yang menunjukkan dia layak melakukan pembedahan di mana sahaja di dunia ini asalkan mendapat kebenaran.

"Scrub in masuk ST 6."

Hana terus pergi ke bahagian dewan pembedahan. Hospital ini mempunyai sepuluh dewan pembedahan secara keseluruhannya. Empat untuk pembedahan berprofil tinggi yang mengunakan mesin yang canggih. Lima lagi untuk pembedahan berskala biasa dan satu yang berbaki adalah bilik pembedahan untuk bayi berusia kurang satu tahun.

Azril ditaklimatkan berkenaan dengan keadaan pesakit.

Hasil imbasan X-Ray mendapati bahawa tujuh tulang rusuk mangsa kemalangan itu telah patah dengan tulang rusuk ketiga dan keempat sebelah kanan yang paling teruk. Serpihan tulang tertusuk pada paru-paru sebelah kanan mengakibatkan pendarahan dalaman. Tulang rusuk keenam patah dan bertindih menyebabkan isipadu ruang untuk paru-paru mengembang menjadi semakin kecil.

Kanak-kanak berusia sepuluh tahun itu sudah diberi ubat bius.

"Scalpel." Azril meminta pisau pembedahan. Bahagian antara rusuk kedua dan kelima ditoreh panjang.

"Suction." Sejenis alat untuk menyedut lebihan cecair yang bertakung di bahagian itu diserahkan kepada Azril.

Azril mengeluarkan satu per satu serpihan tulang yang tertusuk pada paru-paru budak itu sambil pembantu pembedahannya menyedut darah dan cecair yang bertakung.

"Squeeze the fluid." Budak itu sudah kehilangan banyak darah. Cecair badannya perlu diganti jadi Azril menyuruh jururawat memicit beg berisi cecair intravernous supaya kadar pengaliran cecair masuk lebih laju.

Azril menjahit bahagian yang terkoyak kerana tusukan tulang rusuk.

"Cut." Benang jahitan pembedahan itu digunting.

Benang pembedahan yang digunakan pada zaman moden ini ialah hasil buah fikiran seorang sarjana Islam yang terkenal di timur dan barat dalam bidang perubatan. Ibnu Sina atau lebih dikenali dengan nama Avicenna di barat telah mengevolusikan bidang pembedahan moden dengan sumbangannya yang banyak dalam bidang farmasi.

Tulang rusuk ketiga dan keempat ditebuk sedikit dan dipasang sejenis plat besi. Tulang rusuk keenam yang bertindih ditolak supaya tidah bertindih lagi.

Garis MasaWhere stories live. Discover now