Untitled Part 24

2K 178 6
                                    

Seluar slack coklat khaki dipadankan dengan dengan kemeja hijau tentera dan tali leher satin berwarna coklat khaki. Rambut yang sudah mencecah telinga dan hampir ke bahu itu diikat simpul. Malas hendak ke kedai gunting rambut. Selesai solat subuh, kunci motorsikal yang sudah dilonggokkan sekali bersama telefon dan dompet. Jam tangan dipakai di tangan sebelah kanan. Untuk kali terakhir dia melihat gaya lengkapnya di cermin yang menegak.

Kereta Azril menderum laju meninggalkan kawasan perumahannya. Jujur, dia tidak tahu hendak rasa apa. Sedikit teruja bercampur dengan kebimbangan kerana sudah lama tidak berhadapan dengan situasi hospital.

Sampai sahaja di hospital, Azril terus melapor diri di bilik Professor Imran, ketua jabatan neurologi. Dia sepatutnya diberi taklimat mengenai tugas yang perlu diambil alih daripada Goofy tetapi sejak masuk daripada tadi tidak sedikitpun Prof. Imran menyentuh tentang tugas yang perlu dilakukannya di hospital ini. Prof. Imran membelek kalender yang berada di atas mejanya.

"Azril, kamu nak pergi Syria?" Tanya Prof. Imran. Pertanyaan itu kedengaran seperti arahan di telinga Azril.

"Baik, tuan." Terus sahaja Azril bersetuju seperti disuruh pergi ke kedai beli barang sahaja gaya dia menjawab.

Memang dia tidak menjangka perkara ini yang akan keluar daripada mulut Prof. Imran ketua jabatan neurologi merangkap pengerusi Royal Medical Care (RMCare) sebuah badan NGO yang menghantar sukarelawan perubatan di dalam dan luar negara. RMCare pertubuhan di bawah naungan Royal Medical Centre.

"Tak tanya bila, naik apa, berapa lama atau daerah mana?" Prof. Imran agak terkejut dengan jawapan sepantas itu.

"Kami dalam armada terima arahan tuan, ya atau tak bukan pilihan." Azril menjawab dengan muka selurus pembaris.

"Azril, ni program sukarelawan bukan armada. Kamu ada hak nak kata ya atau tidak tapi terima kasih sangat sebab sudi terima kerja ni. Sebenarnya saya memang dah aim kamu sebab MD dah biasa dengan kecederaan perperangan. Lagi satu cabarannya kamu akan ke sana sehari sebelum puasa dan tinggal selama tiga minggu. Nanti saya suruh admin masukkan nombor kamu dalam kumpulan Whatsapp." Prof. Imran sungguh senang dengan Azril.

"Saya nak mula dari mana ni tuan?" Tanya Azril.

"Disebabkan kamu setuju untuk ke Syria, saya tak boleh nak tempatkan kamu untuk kes di wad yang tak menentu jangkaan masanya jadi saya akan tukar posisi kamu dengan Dr. Lee di bahagian kecemasan pediatrik. Bilik matahari." Prof. Imran segera menghubungi Dr. Lee untuk memberitahunya tentang pertukaran itu.

"Bilik dua orang doktor? Betul tuan?" Azril meminta kepastian kerana sudah lama dia tidak turun ke bahagian kecemasan dan trauma.

"Ha, betul la tu, doktor lagi seorang tu doktor perempuan baru. Dr. Hana namanya. Major sama macam kamu, paediatric neurology tapi saya letak dekat ER juga sebab dia pun volunteer ke Syria. Haritu dia dah pergi untuk buat tinjauan tak lamapun cuma tiga hari je tapi semangat dia bila saya umumkan tentang program Ramadan RMCare memang saya tabik habis. Tak ramai, boleh dibilang dengan jari." Prof. Imran memuji Dr. Hana tinggi melambung.

Azril menarik senyuman manis terlebih gula... Dr. Hana, berjodoh lagi kita!

Azril keluar daripada bilik itu setelah Prof. Imran memberi sedikit lagi taklimat mengenai aktiviti RMCare di Syria secara lebih teperinci. Dia terus menuju ke loker simpanan untuk mengambil kot makmal putihnya tidak dilupa senjata rahsia bila dia perlu merawat kanak-kanak. Senjata rahsia itu dimasukkan de dalam beg sandang hitamnya. Tak akan ada budak yang tak cair dengan senjata itu muhahahaha!

Setelah sekian lama, Azril akhirnya menghubungkan telefon bimbitnya ke jaringan internet. Berpusu-pusu notifikasi masuk.

Azril berjalan menuju ke bilik yang telah ditetapkan oleh Dr. Imran. Dia berselisih dengan Dr. Lee yang baru sahaja menerima informasi pertukarannya. Memang kenalah waktu Azril masuk kerana rehat pertukaran shift kerja selama dua puluh minit masih lagi dalam waktunya. Sempat Dr. Lee memberitahu bahawa Dr. Hana sudah masuk.

Garis MasaWhere stories live. Discover now