Dua orang doktor memunculkan diri setelah mengetuk pintu. Tugas hari ini sudah tamat tetapi mereka masih perlu berada dalam mood 'standby' takut jika berlaku sebarang kecemasan. Azril bangun daripada kerusi dan membuat regangan. Sudah lama dia tidak duduk selama itu. Sakit pinggang dibuatnya.
"Makan mana?" Tanya Hana setelah mereka keluar daripada bilik matahari.
"Kau ajak makan pastu tanya aku nak makan kat mana."
"Aku tak familiar sangat dengat tempat kat sini, Tak habis jelajah lagi." Hana backup diri sendiri. Tak mahu kalah!
"Kau nak makan apa?" Tanya Azril.
Tak sempat Hana menjawab...
"Pasta? Okay aku tahu tempat best." Azril menjawab sendiri.
"Baik tak payah tanya." Naik geram pula Hana dengan si Azril ini.
"Tahu Sunway Nexis? Tanya Azril lagi.
Hana menggeleng kepala. Kan dah cakap orang tak sempat nak menjelajah lagi! Tak faham bahasa ke apa budak ni?
"Kau bawa kereta kan?" Soal Azril.
"Tak ada kepentingan nak bawa kereta lagi dekat sini jadi kereta aku ada dekat rumah abang aku dekat Penang. Aku naik motor je. Lagipun, apartment aku dekat." Soalan empat patah Azril dijawab berpatah-patah perkataan oleh Hana. Sesetengah benda memang tak berubah.
"Tunggu dekat pagar D lah macam tu. Kerja kadang balik lewat malam selamba badak naik motor. Kau tu perempuan. Bahaya tahu tak?" Azril dah terikut membebel.
"Selamba badak? Hmmm..." Hana membayang badak air yang sedang berendam. Agak selamba juga la perangai badak tu.
Melihat Azril sudah berlalu pergi, Hana juga terus ke tempat simpanan barang untuk mengambil jaket dan topi keledarnya.
Azril menunggu Hana di atas motorsikal berkuasa tinggi Yamaha R1 berwarna perak. Mana pulalah dia ni pergi. Azril baru hendak menelefon Hana bila sebuah Ducati 848 Evo berhenti betul-betul di sebelah motorsikal Azril.
Penunggang motorsikal itu membuka cermin topi keledar bermuka penuhnya.
"Kau gerak dulu aku ikut belakang."
Azril memandang Hana tidak berkelip.
"Apa? Kau ingat aku ride scooter pink ke? Tolong sikit."
"Tak la, aku tertanya-tanya kalau kau pakai full faced helmet, macam mana bawal kau boleh elok je pagi tadi?"
"Aku tumpang iron dekat bilik doktor on call." Jawab Hana. Itu pun nak tanya ke?
"Gila gigih kau ni. Follow aku, kalau tak makan asap la." Azril menggeleng kepalanya.
"Kau jangan nak pandang sebelah mata Ducati aku." Hana menurunkan cermin topi keledarnya.
Dua motorsikal berkuasa tinggi menderum laju meninggalkan kawasan hospital.
Mereka meletakkan motorsikal bersebelahan. Azril menanggalkan topi keledarnya. Hana juga berbuat yang serupa. Shawl arab yang dililit menutupi kepala dan lehernya dikemaskan.
"Tak tercekik ke kau belit leher macam tu? Pakai bawal belit leher pakai shawl belit leher tak faham aku." Azril menggeleng kepala.
"Setakat ni tak pernah biru lagi muka aku pakai macam ni. Ala aku rasa macam ni paling kemas, senang dan trendy." Hana menjawab.
"Iyalah, jom pasta." Azril bejalan dahulu.
Mereka masuk ke dalam pusat membeli belah itu. Hana hanya mengikuti langkah Azril.
YOU ARE READING
Garis Masa
AkcjaSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...