Untitled Part 6

3.9K 348 3
                                    

Bab 6

The Landmark London, London ibu kota England.

Bilik bernombor 147 dibuka luas. Azril terus membawa bagasi masuk dan terjun ke atas katil. Muka digomol pada bantal persis kucing Parsi yang nakal. Jam dinding menunjukkan jam 1905. Azril menggeliat sehingga dia terjatuh daripada katil yang agak tinggi itu. Ini namanya cari fasal sendiri!

Pantas dia bersiap. Kemeja putih dipadankan dengan tali leher berbelang biru tua, hitam dan putih. Tuxedo berwarna biru laut yang sepasang dengan seluar disarung kemas di atas vest warna yang sama. Jam tangan Fossil melengkapkan gaya.

Azril terus turun ke dewan yang telah sedia dihias untuk persidangan itu. Ini merupakan tahun kedua dia diiktiraf sebagai ahli liga neurologi dunia. Persidangan sebelum ini dibuat di China. Kad jemputan diserahkan kepada urus setia majlis. Azril masuk mengambil tempat duduk. Sebaris dengannya ialah pakar dalam bidang neurologi daripada India, Finland, Mexico dan dua orang daripada Fillipina.

Azril hanya melemparkan senyuman. Dia masih baru dalam liga ini agak sukar untuk dia memulakan sebarang perbualan terlebih dahulu.

Tidak lama kemudian majlis dimulakan. Presiden memberi ucapan alu-aluan dan memberikan kata-kata semangat. Dalam ucapan panjangnya, ada diselit tentang penerimaan dua orang ahli baharu bagi menggantikan seorang doktor bersara dan seorang lagi yang mati mengejut. Katanya mati akibat tekanan tetapi ada juga khabar angin mengatakan doktor itu mati dibunuh akibat menipu dalam pertaruhan.

Tiba-tiba perut Azril memulas. Aduhai kenapa waktu-waktu macam ni juga dia nak buat hal? Azril terus bangun daripada tempat duduknya setelah meminta diri dengan sopan. Air mineral dalam botol dibawa bersama. Almaklumlah, tandas di sini ketandusan air! Dia terus pergi ke tandas yang berhampiran. Selesai membuat 'pelaburan', dia ke singki untuk mencuci tangan.

"Mass shooting again?" Azril terdengar perbualan antara dua orang kulit putih yang berusia lewat 40-an.

"Yea, but this time it happens at rural area so nobody actually care." Pekat loghat British dalam nada suaranya.

"They must be some kind of gang."

"From what I heard, they are Jolly Roger."

Dua perkataan itu menyebabkan telinga Azril tegak.

Jolly Roger Organization. Lanun yang bermaharajalela di lautan, pemburu yang membunuh di daratan. Menjual maklumat pertahanan pelbagai negara sehingga tercetus perang. Memeta dasar laut untuk kegunaan si zalim. Kewujudan mereka merupakan ancaman besar kepada kedaulatan sesebuah negara di dunia. Penjenayah antarabangsa yang paling dikehendaki di dunia.

Azril kembali ke tempat duduknya tepat pada masa makan malam. Hidangan makan disediakan secara buffet. Ada bahagian makanan halal khas untuk orang Islam yang populasi dalam liga ini boleh dihitung dengan jari dan ada juga bahagian sayur-sayuran khas untuk golongan vegan.

Sedang Azril memilih ayam, dari arah bertentangan ada yang mengambil daging bakar yang baru sahaja disepitnya. Boleh katakan serentak mereka menyepit daging itu.

"Sorry." Tangan satu lagi melepaskan penyepitnya.

Azril mengangkat kepala.

"Hey V, kau buat apa dekat sini?" Azril agak terkejut. Sekejap, kalau Violet ada di sini mungkin dia salah seorang ahli baru Liga Neurologi. Tapi apa dia buat dekat buffet makanan halal yang besarnya cuma sekangkang kera ini?

"Ambil makanan obviously... You buat apa kat sini?"

"Ambil makanan free. I mean apa kau buat dekat buffet ni? Kanapa tak pergi dekat sana kan lagi banyak pilihan." Jawab Azril secara spontan kemudian disambung pula dengan pertanyaan sebenarnya. Satu keajaiban ini kerana si Azril Aqil yang berat mulut sedang melontarkan patah perkataan ekstra dari biasa.

Garis MasaWhere stories live. Discover now