Bab 14
Entah kenapa malam itu Azril susah untuk melelapkan mata. Azril membuka loker tempat simpanan barangnya. Beg sandang hitam dicapai. Pen dan kertas dibawa bersama.
Azril memulakan larian perlahan sehingga kakinya berhenti sendiri. Kini dia berada betul-betul di depan laut. Bertemankan cahaya bulan yang dibantu dengan cahaya lampu jalan, Azril duduk di atas pasir pantai dan mula menulis surat balasan untuk Violet yang jauh di negara matahari terbit. Laju pena menari di atas kertas yang asalnya putih kini bercampur ukiran tulisan daripada dakwat hitam. Surat sepanjang dua muka surat itu dilipat kemas. Azril kemudian kembali merenung langit.
Kutuliskan kenangan tentang
cara kumenemukan dirimu
tentang apa yang membuat kumudah
berikan hatiku padamu
Nyanyian latar daripada bait lirik lagu Surat Cinta Untuk Starla nyanyian Virgoun diiringi dengan petikan gitar membuatkan Azril tertoleh. Ace duduk di sebelah anggota Trodaire paling muda itu.
"Ace... emmm... tak apalah." Azril kembali mengunci mulut.
"Kau suka perempuan tu tapi kau rasa ada banyak benda yang akan jadi penghalang. Pertama, dia bukan eh silap, belum Islam. Kedua, kau tak boleh layan dia macam orang biasa sebab tuntutan kerja. Betul? Of course, ada banyak lagi sebab tapi main point dia dua benda ni kan?" Ace seolah-olah membaca skrip hati Azril.
"Macam mana kau tahu?" Azril agak terkejut. Ace ni ada pakai ilmu apa-apakah sampai boleh baca isi hati orang?
Ace tarik sengih. Dah agak! Sesekali bayu laut menyapa mereka lembut. Kata orang tua, alah bias tegal biasa, hangat bayu laut sudah menjadi sahabat mereka.
"Pensyarah math aku dekat matrik dulu pernah cakap, apa yang ada dalam hati akan tergambar dekat wajah. Lagipun aku kenal kau bukan sehari dua." Ace memberi tumbukan manja pada bahu kiri Azril.
"Kau tahu la aku kan, bercinta dua hari break. Kawan perempuan tak ada yang rapat semua takat kenalan tak pun senior. Dengan Violet ni aku rasa lain weh, macam cepat je selesa dengan dia. Kau bayangkan aku dekat London tu tak pernah-pernah aku jalan dengan perempuan, dia bawa aku jalan-jalan tengok kampung dia. Cara dia layan orang, cara dia berkomunikasi, adab dia, dia pandai layan orang tua lepastu ..." Azril terdiam.
"Sah angau! Panjang lebar kau terangkan fasal dia." Ace melihat Azril dengan pandangan seorang abang.
"Tapi tu lah... Aku pun nak merasa juga bercinta macam orang lain." Azril tunduk. Pepasir dikuis dengan pen yang dipegang sejak tadi.
Ace dengan tenang memberi buah fikirannya. Bro talk di pagi hari macam esok hari cuti. Tak apalah, ingat perempuan je ke ada sesi curahan hati?
Manusia fitrahnya suka berkasih sayang. Atas tiket fitrah itu ramai yang bercinta tanpa satu-satunya ikatan yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan yang halal untuk dikahwini. Ikatan pernikahan. Sedangkan hal itu menjadi fitnah kepada diri sendiri bahkan kadang fitnah itu terpalit juga pada keluarga dan agama.
Perkahwinan datang dengan pakej komitmen dan tanggungjawab. Secara kasarnya memang benar setiap pasangan ada tanggungjawab masing-masing tetapi suami merupakan ketua keluarga, nakhoda yang mengemudi bahtera hidup berumah tangga.
Bukan semua lelaki yang bercinta tanpa ikatan yang sah bersedia untuk bernikah. Kebanyakan lelaki akan berkahwin bila mereka rasa mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Kontra dengan angan-angan segelintir gadis muda yang bernikah cukup atas dasar cinta semata-mata seolah-olah cinta yang mereka bina akan kekal bertaut sampai ke jinjang pelamin sehingga ada yang sanggup menyerahkan mahkota kehormatan diri kerana terlalu yakin dia akan berkahwin juga dengan teman lelakinya itu.
Serius, manusia boleh jatuh cinta gila-gila hari ini tetapi esok hilang langsung rasa itu kerana hati manusia itu sifatnya berbolak-balik. Sedangkan mereka yang sudah bernikah wujud potensi untuk bercerai, apa yang buatkan pasangan yang bercinta tanpa ikatan rasa terlalu yakin bahawa mereka akan berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya? Tidak salah untuk biar imaginasi tinggi melangit, tetapi pastikan kaki dipasak kukuh pada bumi realiti.
Nak bercinta macam orang lain. Nak bercinta boleh, tapi pastikan caranya bersih. Pastikan diri mampu untuk pikul komitmen dan tanggungjawab. Jangan bercinta sebab orang lain bercinta. Jangan kahwin sebab orang lain sudah mendirikan rumah tangga siap beranak pinak sedangkan diri sendiri, teman istimewapun tiada. Itu bukan matlamat asal perkahwinan.
Semua orang ada jam biologi sendiri yang tak pernah cepat ataupun lambat. Jam itu bergerak mengikut aturan takdir Ilahi. Garis masa yang cantik dan penuh dengan hikmah. Tetapi, yang menjadi masalah sebenar adalah apabila kita sibuk membandingkan jam biologi kita dengan jam orang lain. Mungkin waktu mereka mendapat jodoh lebih cepat daripada kita tetapi kita tak nampak waktu kita bersama keluarga, waktu rezeki hadir dalam pelbagai bentuk hanya sebab kita terlalu sibuk membuat perbandingan yang tidak perlu.
Ace berjeda seketika. Rasanya macam tak kena pula dengan masalah Azril. Iyalah budak ni masalah dia lebih spesifik.
"Tapi, untuk kes kau ni, kau tak yakin kau mampu betul?" Ace membuat rujukan kembali kes hati Azril.
Azril hanya mampu mengangguk.
"Kalau kau sendiri rasa kau tak yakin boleh guide dia, macamnilah, kalau kau rasa kau nak tunggu sampai kau betul-betul yakin kau mampu, jangan sedih kalau nanti dia melepas dekat tangan orang. Pilihan lain yang kau ada, berterus terang dengan dia. Jumpa walinya."
"Violet cina-british weh, aku melayu asli mix pun tak ada. Masalah terbesar bagi aku sekarang ni perbezaan tu." Keluh Azril.
"If you love something then fight for it. If you can't fight for it, let it go. If it meant for you then it will come back."
"Macam mana nak fight kalau aku tak tahu dekat mana nak mula? Aku tak pandai weh bab-bab macam ni. Serius, macam mana kau orang boleh yakin nak kahwin? Tak sedih ke kena tinggal wife lama-lama?"
"Kau fokus dekat diri kau, cuba untuk jadi lebih baik, alah, sampai masa Allah akan gerakkan juga hati kau. Fasal hal rumah tangga tu kau akan rasa juga nanti inshaAllah. Kau cuba la step up the game sikit, hantar la moring text ke apa ke ini surat adeh..."
"Aku bukan tak nak cuma aku takut terbagi dia harapan. Aku pun tak tahu dia suka aku ke tak." Keluh Azril. Bukan sekali dua dia bercadang hendak menghantar pesanan ringkat kepada Violet tetapi asyik dipadam dan akhirnya langsung tidak dihantar. Violet juga tidak pernah menghubunginya selain dengan surat semata-mata.
Ace sendiri garu kepala dengan kelurusan Azril. Bagus budak ni fikir hati dan perasaan orang lain. Kalau macam ni selamanyalah kau duduk dalam friend zone!
Azril baring menghadap laut. Matanya dipejam rapat. Gambar polaroid Violet terbayang di ruangan matanya.
"Ace, main jap satu lagu. Esok aku belanja roti canai." Boleh pula Azril membuat permintaan lagu.
Ace mengambil gitarnya. Cuba mencari lagu yang kena dengan mood. Uh, sumpah blank!
"Weh, tak tahu nak main apa." Ace jujur.
"Tidur jelah diam-diam." Azril menepuk pasir di sebelahnya mengajak Ace tidur rasanya dah lama tak tidur atas pasir.
Ace mengambil posisi di sebelah Azril.
"Memang payah nak tinggal wife dekat rumah, sebab kerja kita tak ada jaminan bila keluar pintu rumah akan balik semula. Tapi, anggap je lah itu jihad kita untuk keluarga dan negara." Perlahan sahaja suara Ace. Mungkin terkenang isteri dan anak-anaknya yang berada di Pulau Pangkor.
Azril faham rasa itu. Tiba-tiba teringat kedua-dua orang tuanya yang sentiasa menantikan kepulangannya.
YOU ARE READING
Garis Masa
Hành độngSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...