Untitled Part 11

3.3K 356 3
                                    

Bab 11

Hari terakhir persidangan berlangsung dengan lancar. Majlis penutup persidangan telah disempurnakan oleh pengerusi liga. Azril puas melihat buku notanya terisi dengan lebih banyak ilmu baharu dalam bidang neurologi. Luasnya ilmu Allah... ilmu baharu ini hanyalah sebesar biji sawi sedangkan rahsia alam itu seluas langit dan bumi.

Sedang Azril berkemas, telefon bimbitnya menjerit minta perhatian.

"Weh, flight kau pukul berapa?" Violet terus menyerang.

"Jam 2330 waktu tempatan." Jawab Azril. Malas nak berleter tentang adab berbual. Bagi la ucapan selamat dulu kalau ya pun!

"Flight aku esok. Nanti aku hantar kau pergi airport lepas Maghrib. Okay?" Itu bukan satu permintaan tetapi lebih kepada satu kenyataan yang dia akan hantar Azril tak kira apa juga keadaan.

"Pandai dah guna waktu solat sebagai penanda masa sekarang. Bagus kau ni." Puji Azril. Dia perasan sudah beberapa kali Violet menggunakan waktu solat sebagai penanda masa.

Azril membuka laci. Matanya terpandang ke arah sesuatu yang cukup istimewa padanya. Sesuatu itu dimasukkan dalam beg kertas yang kebetulan ada di dalam bilik. Sehelai kertas diambil dan Azril duduk sambil tangannya yang sedang memegang pen, laju menari di atas kertas.

Usai solat Maghrib, Azril terus menarik bagasinya. Buka sahaja pintu bilik, cak!

Seketul Violet sudah terpacak di hadapan pintu dengan senyuman persis kambing di pagi hari. Azril memandang pelik dari ekor mata. Pintu ditutup dan terus dikunci.

Kunci kereta dilambung kepada Azril.

Perjalanan ke Lapangan Terbang Heathrow dipenuhi dengan celoteh Violet. Haih, sungguhlah spesies alien dia ni. Tiba-tiba hujan rintik-rintik turun.

"Bismillahi Allahumma Soiban Nafi'an." Terus Azril membaca doa hujan.

"Kau baca apa?" Tanya Violet.

"Doa hujan. Maksudnya Dengan nama Tuhanku, Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat." Azril menarik senyum. Teringat umi mengajar dia doa itu sewaktu hujan turun dengan lebat pada zaman kanak-kanaknya. Waktu itu mereka menadah air hujan untuk kegunaan harian. Hanya masak sahaja guna air paip. Mencuci dan mandi memang air tadahan hujan. Nak jimat punya fasal. Waktu awal penggunaan air hujan, Azril demam agak teruk tetapi lama kelamaan dia sudah terbiasa. Sstem imunisasi badannya sudah kebal dengan air hujan.

"Kenapa?"

"Kenapa apa? Kenapa kena minta hujan yang bermanfaat?" Tanya Azril kembali.

Violet mengangguk.

Hujan boleh jadi satu rahmat ataupun bala.

Hujan yang bermanfaat akan membasahi bumi. Air hujan menyejukkan tanah yang gersang. Menyirami tumbuhan yang akan melakukan proses fotosintesis untuk menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen buat kelangsungan hidup.

Tetapi, hujan juga boleh mendatangkan kesulitan.

Banjir yang teruk andai hujan panjang tidak berhenti akan memusnahkan tumbuhan, membunuh haiwan kadang manusia juga menjadi korban.

"Nampak tak awan hitam besar tu?" Azril meujuk kepada awan besar yang berwarna gelap.

"Awan hujan?"

"Kau tahu tak macam mana dia terbentuk?" Azril memancing soalan.

"Tahu, mula..." Azril memotong bicara Violet.

"Shhh, aku terangkan kau semak okay?" Tiba-tiba Azril teringat perbualannya dengan Umi dahulu.

"Kau nak kaji awan pula ke? Ha cepat la." Violet mengiakan sahaja permintaan Azril,

Garis MasaWhere stories live. Discover now