Bab 17
Kelihatan manusia sedang memunggah tong ikan naik ke atas kapal milik Rasyid, tekong kapal yang diserang lanun. Telahan mereka, mungkin Rasyid ditahan. Tetapi dari kejauhan kelihatan seperti Rasyid yang mengarahkan kerja-kerja pemunggahan itu. Mereka turun daripada bot laju di sebalik pokok tumbang dan semak samun.
"Bantuan akan sampai sekejap lagi. Kita akan bertindak lepas isyarat daripada helikopter diterima. Apapun yang akan berlaku, please stay alive." Ace memandang seorang demi seorang anak buahya.
Victor dan Romeo pantas menyelam sambil membawa sebuah beg.
Isyarat sudah diterima bermakna pasukan sokongan sudah berada berdekatan dengan mereka. Victor dan Romeo pantas melakukan tugas mereka. Selesai sahaja tugas, mereka terus berenang menjauhi kapal milik Rasyid dan timbul di sebalik bot laju milik Armada Laut DiRaja.
Ace dan Big Bro naik ke atas kapal untuk berjumpa dengan Rasyid. Goofy dan Felcon berada di tangga yang digunakan untuk naik ke atas kapal sebagai langkah berjaga-jaga kalau ada yang mencuba untuk melarikan diri. Terus Ace menunjukkan kad kuasanya kemudian bertanya mengapa tiba-tiba dia mengubah haluan.
Ace mengarahkan semua kru kapal nelayan itu untuk turun daripada kapal. Identiti dan kewarganegaraan mereka perlu disahkan. Tenang Rasyid menyuruh mereka semua turun. Namun ada beberapa orang yang bersembunyi di bahagian kapal yang agak tersorok tanpa pengetahuan Trodaire.
Kata Rasyid, dia mengubah haluan kerana hendak menambah bilangan tong ikan yang memang disimpan di pulau ini. Rasyid siap memberi keizinan untuk memeriksa semua tong ikan yang sudah penuh lagi.
Pandangan mata dan bahasa badan Rasyid menyebabkan Big bro tidak senang. Walaupun nampak seperti natural tetapi dia tahu bahawa Rasyid nampak natural kerana dia sudah terbiasa menipu. Rasyid memberi isyarat mata kepada salah seorang anak buahnya untuk menaikkan sauh.
Satu persatu tong ikan dibuka. Big bro membuka sarung tangannya. Daripada amatam matanya, yang berlonggok hanya disiram sedikit air dan ais itu teksturnya kelihatan kasar. Apabila dipegang, dagingnya terasa kenyal tetapi dagingnya rapuh. Tidak cukup ikan itu, digalinya timbunan ikan kembung itu. Tangannya mencapai plastik.
"Mind if I check?" Tanpa menunggu jawapan Rasyid, Big bro mula mencampak ikan itu ke lantai.
"Kau buat apa ni?" Ace sendiri terkejut dengan tindakan Big bro.
"Pegang dan bau ikan tu, semua ikan ni bukan ikan segar. Semuanya dah direndam dengan formalin." Tegas Big bro.
Formalin merupakan bahan pengawet yang biasa digunakan untuk mengawet mayat ataupun apa sahaja specimen di dalam makmal biologi. Ada segelintir peniaga bahan basah seperti ikan, ayam dan daging yang merendam bahan jualan mereka ke dalam formalin supaya kelihatan segar walaupun sudah lama diletakkan di atas meja jualan. Bahan basah yang direndam dengan formalin mampu bertahan tanpa mengubah bentuk dan rupa kesegaran bahan dalam masa sebulan di dalam suhu bilik 25 darjah celcius. Sedangkan lalat tidak mahu menghurung bahan masakan basah yang telah direndam dengan formalin kerana ia akan mendatangkan mudarat. Baunya juga tidak seperti bau bahan masakan basah yang segar.
Ah manusia, apa dikira kesan buruknya kepada orang lain? Asalkan diri sendiri dapat merasa laba dunia.
"Baik kau berdua jangan bergerak!" Rasyid mengeluarkan sepucuk pistol dan terus dihalakan muncungnya ke arah kepala Ace.
Beberapa orang anak buahnya turut keluar daripada tempat persembunyian mereka dengan parang di tangan.
"Cepat gerak!" Rasyid mengarahkan supaya kapal berlayar.
Big bro membuka plastik mencurigakan yang dipegang tadi. Berpaket-paket serbuk putih yang dipercayai dadah dan pil kuda di didalamnya. Terus diambil dan ditunjukkan kepada Ace.
"Victor, silakan." Ace bercakap melalui alat komunikasi di telinganya.
Butang pemusnah ditekan tanpa teragak-agak.
3... 2... 1... BOOOMMM!!!
Letupan di bahagian enjin kapal menggemparkan semua orang yang berada di situ. Pantas semua yang berada di atas kapal terjun tanpa memikirkan apa-apa lagi. Mereka yang berada di darat panik. Bersama pasukan bantuan, Goofy dan Felcon memberkas semua anak buah Rasyid baik yang berlari di darat mahupun yang terjun ke laut. Ledakan yang terhasil menyebabkan enjin kapal rosak tanpa menjejaskan kestabilan kapal.
"Stop! Freeze!" Arahan daripada speaker helikopter menambahkan lagi gegak gempita mereka.
Rasyid jadi tak keruan. Pistol ditembak secara rambang, langung tidak perduli siapa yang terkena peluru rambangnya. Ace dan Big bro berlindung di sebalik tong ikan.
Pistol dihalakan ke kepalanya. Sekurang-kurangnya kalau dia mati, dia tidak perlu menghadap kesusahan yang bakal menantinya. Halusinasi mula bermain di minda Rasyid. Pil ecstacy yang berada dalam poket seluarnya dikunyah seperti mengunyah nasi.
Big bro tahu bahawa Rasyid tidak boleh mati katak begitu sahaja. Terus dia keluar dalam keadaan berlari daripada tempat berlindung. Dia menendang tinggi pistol yang dipegang oleh Rasyid. Rasyid yang meradang terus mencapai pisau di pinggangnya. Cubaan menikam Big bro dibuat berkali-kali. Ace terus keluar dan menembak Rasyid. Tiga das tembakan tepat pada bahagian sendi lutut dan bahu akhirnya menjatuhkan Rasyid. Keadaan kapal menjadi semakin tidak stabil kerana pergerakan yang agak agresif.
Kuncu-kuncu Rasyid yang meradang apabila melihat Rasyid ditembak terus mengganas. Ada yang mencapai kayu dan parang untuk menyerang Ace dan Big bro di atas kapal. Victor dan Romeo pantas
Big bro bangun. Apabila dia menoleh ke belakang, kelihatan beberapa palang besi yang berada di atas bumbung tempat mengawal kapal hendak jatuh. Dia terus menolak Ace dengan kuat dan palang-palang besi yang agak padu itu menghempap dirinya. Terasa panas likat darah mengalir daripada dalam telinga. Dunianya tiba-tiba berpinar sebelum kabur dan menjadi gelap.
Dia dapat merasakan tubuhnya digoncang kuat tetapi sudah tiada daya badannya untuk bangun.
Umi... Abah... Azril penat sangat... Azril tidur sekejap ya?
Violet, nanti aku balas mesej kau panjang lebar tapi nantilah, bukan sekarang.
Lena... Azril lena diulit mimpi dalam keadaan darah mengalir tanpa henti.
YOU ARE READING
Garis Masa
ActionSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...