Mengemas untuk misi kemanusiaan tidaklah sesukar memilih suit untuk dipakai sewaktu menghadiri persidangan. Azril mengambil pakaian sekadar yang perlu. Sebuah beg galas tentera terisi penuh dalam masa setengah jam. Beg pakaian untuk ke Pulau Pangkor juga disediakan. Beg sandang dan beg percutian itu dibawa masuk ke dalam kereta.
Perjalanan ke Lumut ditemani dengan suram malam. Dia memandu dengan cermat di lorong tengah Lebuhraya Utara-Selatan. Apabila papan tanda susur keluar ke Bidor kelihatan, Azril terus menukar lorong kiri.
Lagu The Light Behind Your Eyes nyanyian kumpulan My Chemical Romance daripada senarai pilihan lagunya bermain di corong radio.
Sometimes we must grow stronger and
You can't be stronger in the dark
When I'm here, no longer
You must be stronger andIf I could be with you tonight
I would sing you to sleep
Never let them take the light behind your eyes
I failed and lost this fight
Never fade in the dark
Just remember you will always burn as brightTerkadang, kita perlu belajar untuk menjadi kuat. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri sendiri. Tekanan yang membawa kegelapan depresi dan kebimbangan melampau tidak akan menjadikan kita lebih kuat. Entahlah, apabila lagu ini bermain, Azril seolah-oleh mendengar nasihat daripada Umi dan Abah yang menyuruhnya menjadi lebih kuat walaupun mereka sudah tiada. Jangan biarkan sesiapa termasuk diri sendiri mengambil cahaya kehidupan yang bersinar di mata mereka yang masih hidup kerana apabila cahaya itu terpadam, manusia akan menjadi tidak ubah seperti mayat hidup. Terkulai layu tanpa semangat.
Azril terus menekan pedal minyak. Laju keretanya meluncur membelah kegelapan malam.
Waktu kali pertama dia melapor diri di pengkalan, Azril melalui jalan Lebuhraya Guthrie - Kuala Selangor - Sabak Bernam – Manjung. Tetapi dek kerana satu peristiwa, terus dia mengelak jalan itu. Serupa sangat situasi malam ini dengan malam kejadian itu berlaku. Langit mendung dan agak gelap. Azril memandu sendirian seperti biasa. Dia memandu 80km/jam di lorong paling kiri. Malas hendak menekan minyak lebih. Biasalah, jalan kampung, kadang ada orang, kadang berseorangan. Sampai ke sebuah simpang empat, Azril matanya sempat menangkap susuk tubuh seorang wanita bersama dua orang anak kecil berdekatan dengan sebuah kereta yang kelihatan seperi baru sahaja mengalami kemalangan.
"Ish, apa tu?" Aduh, tertegurlah pula.
Azril terus positif. Mungkin si ibu mengantuk dan terbabas di tepi jalan lalu berlaku kemalangan. Sebaik sahaja Azril melepasi mereka, tiba-tiba kereta menjadi berat. Bau busuk seperti bangkai menyapa hidungnya.
Cobaan...
Azril memasang radio dengan harapan kuranglah sedikit rasa sunyi.
"Cerita misteri minggu ini, wanita di tepi simpang." Tak guna punya segmen radio! Azril terus mematikan radio.
Dugaan...
Merinding bulu roma pada tengkuk Azril. Terasa sejuk sahaja telinganya. Azril terus membaca ayat-ayat pendinding. Lagi dibaca lagi kuat bau bangkai itu. Aduh, sekarang juga kau nak main-main.
Azril mengabaikan GPS yang dipasangnya.
Dia mencari kedai makan yang ramai orang. Azril duduk di situ. Secawan kopi tanpa gula dipesan. Bersebelahan dengan kedai makan itu ada sebuah surau. Kopi yang dipesan oleh Azril tiba.
"Isteri abang tak turun sekali ke?" Aduh, terlebih ramah pula budak air ni. Budak air itu cam kereta Azril kerana tidak pernah lagi orang kampung di sini membawa kereta GTR.
Azril memandang budak air itu kemudian dia berbisik. "Abang drive seorang dik."
Budak itu telan liur dan berlalu pergi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Garis Masa
AcciónSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...