Bab 15
Ohaioghozaimas! Dekat sana sejuk ke panas? Kau kisah tak kalau aku text kau je sebab rasa macam lambat sangat pula guna surat ni haha tapi untuk kiriman kau yang lepas aku dah balas dah itu kira surat yang terakhirlah okay? Tapi kau jangan la harap fast reply pula. Apa-apapun aku harap hari kau berjalan dengan lancar. Kaut sebanyak mana ilmu yang kau boleh dekat sana sebab orang paling kaya dalam dunia ialah orang yang luas ilmunya.– Azril Aqil
Hantar.
"Fuh..." Nafas yang ditahan tanpa sengaja dihembus. Azril menekan simbol kembali pada telefon pintarnya.
Tiga saat kemudian dia membaca kembali apa yang dihantarnya. Bapak skema!
Pilihan 'padam untuk semua' ditekan. Pesanan yang dihantarnya tadi hilang.
Ohaioghozaimas! –Azril Aqil
Mesej baharu dihantar.
Krik krik. Telefon Azril berbunyi tanda notifikasi masuk. Hati Azril berbunga tiba-tiba. Cepatnya balas! Memang rezeki agaknya. Segera dia menyemak notifikasi. Terus layu berguguran bunga yang baru sahaja hendak mekar di hati Azril. Notifikasi daripada permainan video yang dimuat turun rupanya.
"Hei la pagi-pagi dah bagi fake hope!" Nada tinggi Azril menarik perhatian Felcon yang sedang mengikat tali kasut.
"Tu dah kenapa?" Soalnya.
"Kawan baru belajar nak pikat anak dara orang. Alah, macam budak-budak sekolah menengah yang baru nak bercinta, macam tu lah. Bezanya dia ni dah tua bangka tu je." Ace yang kebetulan terdengar persoalan Felcon menjawab.
"Ha, mengata orang!" Azril menjeling. Kau dah kenapa?!
Krik krik.
Sekali lagi notifikasi masuk.
Kau dah kenapa tiba-tiba hantar ws ucap selamat pagi dekat aku? Tak pernah-pernah nak menghantar. Paling-paling pun sebulan sekali dapat khabar berita. Risau pula aku kalau tak dapat surat kau manalah tahu dibaham ikan jerung ke kena campak ke kutub utara ke. Kau tak sihat ke tiba-tiba mesej aku ni? – Violet Lim
Dalam mesejpun boleh terniang-ngiang suara bebelan Violet.
Kalau kau tak ada orang nak sembang, aku ada. – Azril Aqil
Sejak hari itu, hampir setiap hari mereka berbalas pesanan ringkas. Walaupun hanya sebaris dua.
Pintu gudang terkuak sedikit. Ace menarik senyum. Dengar bunyi tapak kakipun sudah tahu gerangan pemiliknya.
"Selamat kembali ke neraka dunia." Ucap Victor.
Ucapan selamat datang oleh Victor itu disambut dengan senyuman oleh Goofy.
"Terima kasih. Ni Umi dengan Abah beriya suruh aku bawa pulut kuning dengan rendang. This much calories sebelum latihan tempur atas kapal..." Goofy mengangkat kotak yang sedang dibawanya agak tinggi sedikit.
Tepat pada perkataan pulut, seluruh anggota Trodaire sudah tegak di hadapan Goofy. Romeo sudah siap dengan sebotol air mineral untuk mencuci tangan lagi!
"Tak apa. Kita makan dulu. Latihan ni memang untuk bakar kalori!" Dengan riang ria mereka melicinkan pulut kuning dan rendang ayam yang memang terbaik dari ladang!
Selesai sesi menjilat jari, Trodaire terus bergerak menuju heli pad. Helikopter Rajawali akan membawa mereka terus ke kapal latihan yang berada di tengah laut. Diam-diam Azril memandang tiap-tiap wajah anggota Trodaire yang gelap terbakar dek panahan matahari laut. Sungguhlah mereka semua termasuk dirinya berada dalam kategori tall, dark and handsome. Sunblock dipakai setiap kali selepas mandi dan sebelum apa-apa aktiviti lasak dilakukan. Bukan untuk kecantikan okay! Tapi untuk mengelakkan sinaran ultraviolet (uv) daripada matahari terus terkena pada kulit. Sinaran uv masa kini bukan sama macam ratusan tahun dahulu, disebabkan lapisan ozon sudah semakin nipis dan ada pula kawasan yang berlubang, tahap radiasi sinaran uv lebih tinggi dan mampu meyebabkan timbulnya banyak penyakit kulit termasuk kanser kulit dan keradangan.
YOU ARE READING
Garis Masa
AcciónSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...