Untitled Part 21

2.9K 260 3
                                    

Bab 21

Pintu tangga menuju ke bumbung Royal Medical Centre dibuka oleh Victor. Mereka semua terus naik sehingga ke bumbung.

Victor dan Goofy membentang tikar dan sejadah yang diangkut bersama tadi.

"Ambil wuduk." Felcon meletakkan botol mineral 500mL di hadapan Azril yang sudah didudukkan oleh Romeo.

"Big bro kau dah boleh tukar sign name jadi baby bucuk. Baru harini la terasa yang kau ni paling bongsu sekali. Manja tak berampun!" Romeo membukakan botol air mineral untuk Azril.

"Dilayan malas budak tu. Biar dia buat sendiri. Big Bro kau bukan tak boleh nak lawan, kau malas nak lawan. Jadi imam kami harini aku rindu pula nak dengar kau mengaji." Ace bersuara.

Azril mengangkat kepala. Menjadi imam kepada rakan sepasukan yang amat dihormati itu merupakan satu penghormatan yang besar bagi Azril. Sepanjang berada dalam unit Trodaire, boleh dihitung dengan sebelah tangan berapa kali Azril mendapat penghormatan itu.

Felcon membantu Azril mengambil wuduk dengan menggunakan air daripada botol mineral itu. Sungguh cermat penggunaan air yang digunakan untuk mengambil wuduk. Dengan penuh berhati-hati Azril meratakan air ke seluruh anggota wajib ketika mengambil wuduk. Selagi tidak terasa sudah rata air yang disapu di bahagian anggota wuduk, Azril tidak mengangkat tangannya kerana apabila tangan sudah terlepas daripada anggota wuduk, dia perlu menggunakan air baru untuk meratakan semula air ke anggota wuduk, Hal ini kerana air daripada tangan yang terlepas itu sudah menjadi air musta'mal, air bersih tetapi tidak suci untuk mengambil wuduk.

Air di dalam botol itu masih berbaki satu per empat botol. Sungguh, pengalaman mereka sewaktu dihantar ke negara-negara tandus seperti Somalia mengajar mereka untuk menghargai setiap titis air.

Azan subuh berkumandang. Ace mempersilakan Azril untuk menjadi imam subuh mereka.

"Nak kerusi ke?" Tanya Victor manalah tahu Azril masih belum selesa untuk solat secara berdiri.

"Tak perlu." Ace menggeleng kepala. Dia sudah bercakap dengan ahli fisioterapi yang menjaga Azril. Secara klinikalnya, Azril sudah boleh berdiri bahkan kalau dia mahu dia sudah boleh untuk berguling, berlari dan menari tapi itulah, Azril bukan tidak boleh tetapi tidak mahu.

Ace mencangkung supaya mata mereka bertentang.

"Aku nak kau solat dengan hati. Fahamkan setiap bacaan dalam solat bukan sekadar asal buat. Cari balik dirikau. Kenal balik Tuhan yang mendatangkan bala dan mempunyai seluruh penyelesaiannya. Cari khusyuk yang hilang." Ace berbisik. Anak matanya langsung tidak melepaskan anak mata Azril. Dia tahu ini bukan renungan seorang Azril Aqil yang dia kenal bahkan jauh menyimpang. Ini renungan mata orang yang hilang semangat.

Azril mengambil tempat di bahagian hadapan. Ace, Felcon dan Romeo berada di saf belakang Azril. Victor dan Goofy berada di belakang memerhati rakan sepasukan menunaikan tanggungjawab sebagai muslim.

Romeo melaungkan iqamah sambil yang lain menjawab iqamah secara perlahan.

Azril mengangkat takbir tidak lantang cukup sampai ke pendengaran ketiga-tiga seniornya. Doa iftitah dibaca.

Allah Maha Besar sebesar-besarnya.

Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.

Dan maha suci Allah siang dan malam.

Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.

Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya .

Garis MasaWhere stories live. Discover now