Untitled Part 20

2.7K 270 6
                                    


Bab 20

Goofy memunculkan diri dengan wajah yang beriak terkejut.

"Big bro..." Perasaan Goofy bercampur baur.

"Aku... nak... balik." Suara Azril perlahan dan tersekat.

"Dua bulan kau terlantar terus nak balik? Medical checkup comes first. Bila kau dah betul-betul sampai recovery stage kau balik okay?" Pujuk Goofy.

Dua bulan terlantar? Maksudnya segala percutian dengan Umi dan Abah itu bukan realiti? Tuhan, apakah makna semua ini?

"Umi Abah mana?" Soal Azril.

Soalan itu menyebabkan Goofy menelan liur. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan itu.

Daripada riak muka Goofy dia sudah tahu bahawa ada sesuatu yang sudah berlaku. Malas hendak menunggu, digagahkan segala kudrat yang ada. Azril mencabut jarum IV dan segala wayar yang ada di tubuh dan jarinya. Selimut dilempar jatuh ke lantai. Azril memaksa dirinya bangun tetapi telinganya berdengung dan berdesing tanda tubuhnya tidak seimbang. Goofy sempat menangkap Azril daripada jatuh.

Mengenangkan sikap Azril yang degil dan tidak akan mengalah sebelum mendapat apa yang dihajati, Goofy menarik nafas dalam. Azril didudukkan di atas kerusi roda. Menggunakan pas id doktornya, mudah sahaja dia membawa Azril keluar daripada kawasan hospital.

Segera Goofy menelefon Ace.

"Ace, kau ada kat mana?" Dia bertanya.

Azril memejamkan matanya. Entah mengapa kuat rasa hatinya mengatakan bahawa sesuatu yang buruk telah terjadi.

"Aku datang bawa Big bro. Give me ten minutes, I'll be there. Iya, baru sedar dalam setengah jam lepas."

Goofy menekan pedal minyak laju. Dia menuju ke masjid yang dinyatakan oleh Ace.

Langit redup. Cuaca ini sama seperti cuaca dalam mimpi Azril di Pulau Pangkor. Goofy mengeluarkan kerusi roda. Victor yang duduk di perkarangan masjid sejak tadi datang untuk membantu.

"Be strong. You need it." Victor menepuk perlahan belakang Azril.

Azril ditolak sehingga ke pintu ruang solat utama. Ace, Romeo dan Felcon sudah sedia menanti. Azril dipapah sehingga ke saf depan sekali.

"Dah berapa lama?" Soal Azril kepada sesiapa sahaja yang sudi menjawab.

"Subuh tadi dapat berita kemalangan terus diuruskan sekarang zohor tinggal solat dan kebumikan." Jawab Felcon.

'Patutlah Umi beriya suruh hantar mereka pulang. Rupanya sungguh Umi dan Abah nak balik ke tempat asalnya mereka. Di sisi Tuhan.' Desis hati Azril.

"Wuduk."

Ace faham permintaan Azril. Sungguh dia bimbang. Azril bernada datar. Terlalu tenang. Romeo membantu Azril meratakan air wuduknya. Felcon sudah menyiapkan tempat duduk untuk Azril mengimamkan solat jenazah Umi dan Abah.

Tenang sahaja setiap bacaannya. Langsung tidak tersangkut atau tersekat tidak seperti sewaktu dia bercakap biasa tadi.

Selesai solat jenazah, Azril mengambil kesempatan itu untuk mengucup kedua ibu bapanya buat kali terakhir. Air muka Umi dan Abah persis sewaktu dia mengimamkan solat isyak dalam mimpinya. Sejuk, tenang dan bercahaya.

Umi, Abah... Azril hantar Umi dan Abah balik ya? Berehatlah dengan aman dekat sana. Umi dan Abah balik sana selamanya tinggalkan Azril seorang dekat sini. Tapi taka pa, nanti kita akan bersatu juga kan?

Dua tubuh yang sudah tidak berdetak jantungnya, tidak mengalir walaupun setitis darah di pembuluhnya, yang sudah ditarik nyawanya. Sungguhlah, janji Tuhan itu benar. Tiada siapa yang dapat menghalang kematian apabila sampai waktunya.

Garis MasaWhere stories live. Discover now