6 | Jealous

168 17 0
                                    

Hwa Min POV

Semalam aku baru dapat call dari cikgu disiplin yang mengatakan bahawa 'aku akan digantung sekolah kalau asyik terus cuti tanpa sebab'.

Ergh, annoying. Aku bukan saja-saja tak nak sekolah, aku cuma tak nak terserempak dengan Baekhyun sebab aku masih dalam mood merajuk dengan dia. Cikgu disiplin ni memang langsung tak memahami aku betul.

Haih, hari ini terpaksalah aku bangun awal untuk ke sekolah. Muka aku yang agak pucat dan lesu ini aku cover pakai bedak. Tak adalah pucat mana muka aku, cuma lain dari muka aku yang sebelum ini sahaja.

-

"Hwa Min!" Suara yang amat aku kenali itu aku pandang, Hanna. Dia sedang berlari anak mendapatkan aku kemudian memelukku erat.

"Saya rindu awak tahu tak?"

"Tahu" Aku tersengih.

"Then? Kenapa tak datang? Kalau saya tahu rumah awak, dah lama saya serbu" Aku hanya ketawa kecil melihat Hanna yang sepertinya risau plus teruja apabila nampak aku dekat depan mata dia sekarang ini.

"Saya tak sihatlah"

"Tu saya tahu. Baekhyun ada cakap"

"Huh?"

"Ya. Baekhyun ada cakap yang awak demam. Setiap kali lepas waktu rehat dia akan balik. Dia kata dia nak jenguk dan jaga awak" Aku tergamam. Seingat aku, Baekhyun cuma jaga aku sehari je. Tapi kenapa Hanna kata macam itu. Apa function Baekhyun kata dia nak jaga aku sedangkan aku kat rumah itu seorang diri?

"Kenapa awak terkejut sangat ni?" Hanna ketawa kecil. Aku hanya menggeleng dan terus mengajak Hanna masuk ke dalam kelas.

-

"Habis kelas nanti baru kamu boleh masuk!" Terhinjut bahu aku apabila Mr. Park meninggikan suaranya. Aku terus berdiri dan keluar dari kelas. Aku lagi sanggup kena berdiri luar kelas daripada kena dengar bebelan Mr. Park.

"Hey.." Aku palingkan muka ke tepi apabila terdengar suara yang garau menegur. Siapa lagi kalau bukan, Kai.

"Awak pun kena denda?" Tanyaku. Kai mengangguk lalu melemparkan senyumannya.

"Kau ada hubungan ke dengan Baekhyun?" Baru sahaja aku hendak termenung, Kai terus bersuara.

"Ulang balik. Saya tak dengar"

"Kau ada hubungan ke dengan kawan aku, Byun Baekhyun?" Aku cepat sahaja menggeleng. Kenapa tiba-tiba je mamat ni tanya aku soalan pelik lagi aneh ini.

"Kenapa?"

"Tak ada apa-apa. Cuma semenjak dua menjak ni, dia asyik sebut nama kau je bila mabuk dekat kelab. Semua perempuan yang cuba dekat dengan dia, dia akan anggap itu kau" Mata aku terus terbeliak apabila Kai kata begitu.

"Aku ingat korang couple" Aku hanya mendiamkan diri apabila Kai sebut 'couple'. Aku dengan Baekhyun memang tak ada apa-apa hubungan selain kawan. Kawan baik. That's way masatu dia ajak aku date. Date dekat tempat puaka. Haihh.

"Aku tengok Baekhyun tu dah tak terurus. Setiap kali pergi sekolah, rambut dia akan kusut dan selalu kena denda dengan cikgu sebab tak siap kerja dan tak fokus dalam kelas. Pernah satu hari, dia pengsan sebab kena denda cuci tandas blok senior" Mata aku terbuntang. Baekhyun pengsan lagi? Ada kena mengena ke dengan Jaemin? Banyak soalan yang hendak aku tanyakan pada Kai tapi buat masa sekarang ni, biarlah aku yang cari jawapannya sendiri.

"Awak tahu kenapa dia pengsan?"

"Setiap kali dia kena denda cuci tandas, dia mesti pengsan. Sampai sekarang aku tak tahu kenapa. Setiap kali aku nak teman dia cuci tandas, dia tak kasi" Aku hanya mengangguk mendengar cerita Kai. Kenapa Baekhyun suka sangat berahsia?

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now