33 | Bad News

120 12 29
                                    

"Oppa.."

Aku memeluk tubuh Minhyuk sambil terhinjut-hinjut menangis. Minhyuk pula tidak habis-habis menenangkan aku tetapi itu langsung tidak memberikan kesan. Semakin kuat aku menangis jika ada yang memujuk.

Oh ya, Minhyuk sanggup pulang ke Korea kerana aku beritahu yang aku dan Baekhyun bakal bercerai. Aku agak terharu dengan sikap ambil beratnya itu. Kini, aku sekarang berada di rumah mendiang halmeoni, tak sanggup mahu duduk satu rumah dengan Baekhyun lagi. Cukuplah lelaki itu sudah menampar aku di hadapan perempuan yang paling aku benci. Pasti sekarang Baekhyun sedang memujuk Eunji supaya berhenti menangis.

Iyalah, perempuan kasar seperti aku ini sudah hampir mahu menanggalkan rambutnya.

"Hwa Min dah fikir masak-masak tentang keputusan itu?"

Minhyuk menanya dengan berhati-hati. Aku mengangguk laju. Sepertinya, sudah tiada guna kalau aku bersama dengan Baekhyun lagi. Lelaki itu, lebih sayangkan perempuan lain berbanding isterinya sendiri.

"Baekhyun..setuju dengan keputusan Hwa Min?"

Sejujurnya, Baekhyun belum mengeluarkan apa-apa bantahan atau persetujuan tentang kehendak aku yang terburu-buru ini. Selepas sahaja aku mengatakan yang aku mahu bercerai dengannya, aku terus masuk ke dalam bilik dan mengemas pakaian lalu terus berlalu keluar.

"Min tetap nak cerai."

"Kalau itu keputusan Min, oppa ikut.."

----

"Terima kasih Baek.."

"..atas semuanya.."

Aku mengeluarkan cincin perkahwinan kami yang tersemat di jari manis aku lalu memulangkan kembali kepada Baekhyun. Lelaki di hadapan aku ini atau lebih tepat, bekas suami aku ini melihat aku dengan matanya yang berkaca, sama seperti aku.

Tidak sangka, sehari selepas aku keluar dari rumah Baekhyun, dia terus menghantar surat cerai kepada aku. Dengan berat hati, aku terpaksa menandatangani surat itu. Lagipun, itu keputusan aku sendiri.

Mata aku dan mata Baekhyun saling bertatapan. Tidak sanggup mahu melihatnya lama, aku terus mengatur langkah pergi tetapi langkah aku terus terhenti saat aku mendengar suara perempuan yang aku kenali memanggil nama aku dan mengatakan sesuatu kepada aku.

"Tidak lama lagi kami akan berkahwin!"

Suara Eunji.

Fuck.

-----

Hidup aku masih seperti biasa. Cumanya hanya setiap malam aku akan menangis. Tetapi tidak lama, hanya seminggu selepas aku dan Baekhyun bercerai. Aku kadang gelak sendiri seperti orang gila apabila teringatkan janji-janji manis Baekhyun yang mengatakan 'walau apa pun terjadi, aku akan tetap cinta kau..'

HAHAHA.

Lelaki itu..kenapa aku masih fikirkan dia?

Kini, aku berada di Jepun. Omma dan appa tiada di rumah, Minhyuk pula kerja dan sekarang hanya tinggal Mina. Aku cukup benci duduk satu rumah dengannya. Dia selalu mengejek aku ditinggalkan oleh Baekhyun. Dia juga selalu minta nombor Baekhyun dari aku tetapi aku endahkan sahaja kerana aku sudah membuang nombor lelaki itu. Dasar, tak tahu malu! Kalau boleh, aku tidak mahu langsung dengar nama lelaki itu.

Dan juga, aku kerap mengeluarkan isi dalam perut aku. Tidak tahan lama, aku terus ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Aku banyak kali berdoa yang aku mempunyai sakit dan boleh membawa maut kerana sejujurnya aku tidak sanggup lagi mahu berhadapan dengan dunia yang tidak adil bagi aku ini. Dan apa yang aku harapkan tidak terjadi kerana doktor baru beritahu aku yang aku kini mengandung tiga minggu.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now