16 | Watch

114 13 7
                                    

"Baekhyun.." Langkah aku serta merta terhenti. Suaranya seperti orang yang lepas menangis.

Oh, ya. Kai baru sahaja pergi. Sebagai teman wanitanya, memang patut dia tangisi pemergian Kai.

"Min.." Aku tak tahu dari mana keberanian aku untuk memanggil namanya. Aku mula mengatur langkah untuk mendekatinya.

"Kenapa awak datang sini?" Aku cukup benci suara Hwa Min yang dingin.

"Aku rindukan kau.." Dia tersenyum sinis apabila aku berkata begitu.

"Kau tak percaya dengan apa yang aku cakapkan?" Tanya aku selembut yang mungkin. Dia tersenyum sinis lagi lalu berdiri dari pembaringannya.

"Oh, rindu? Jadi selama ini, mana awak menghilang? Awak tinggalkan saya buat kali ke dua, Baekhyun. Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya bila dapat tahu awak dah tak ada masa kali terakhir kita tidur dekat hospital berdua?"

Dia mengingatkan aku kembali tentang kisah lalu yang buruk itu. Kalau aku tahu, aku sudah membawanya ke London juga. Mungkin pada masa itu, aku masih belum matang jadi aku berfikiran tidak waras untuk meninggalkannya.

"Saya bangun sahaja dari tidur, saya cari awak! Tapi nurse kata nama awak tak berdaftar pun dekat bilik itu. Saya ingat itu semua mimpi, but it's reality. Saya tahu saya bodoh. Saya bodoh tunggu awak selama ni!"

Aku pula yang tersenyum sinis mendengar pengakuannya.

"Tunggu aku? Habis selama ini, bukan kau sibuk bercinta dengan Kai?" Kata aku ini membuatkan Hwa Min terdiam. Mungkin dia terkesima apabila aku menyebut nama Kai.

"Selama saya dengan Kai, saya memang bahagia. Tapi itu tak bermakna saya cinta dia sepenuhnya. Ya, memang saya hipokrit, pentingkan diri sendiri sebab gunakan Kai untuk lupakan awak tapi selama saya dengan Kai saya tak boleh lupakan awak sebab perangai Kai hampir sama dengan awak, senyuman dia, tawa dia, dan kelakar bodoh dia, semuanya sama dengan awak. Sampailah semalam awak baru balik, dia terus minta saya break. Itu memang perancangan awak ke Baekhyun?" Suaranya yang tadinya tinggi mula mengendur.

Baru aku tahu yang dia masih mengingati aku selama ini.

Baru sahaja aku mahu membuka suara, dia terlebih dahulu pergi.

-

Di kampus tadi, banyak kali aku terserampak Hwa Min tapi dia terus mengalihkan pandangannya. Dan yang paling aku tak sangka, kami sekelas. Itu yang paling menggembirakan bagi aku walaupun hakikatnya kami takkan bertegur walau satu kelas sekalipun. Melihatnya dari jauh cukup untuk hilangkan rasa rindu yang sudah bertahun ini.

Satu hari nanti aku akan pastikan yang aku akan dapat dia balik.

Itu janji aku.

Baru sahaja aku mahu melelapkan mata kerana malam semakin lewat, aku ternampak sebuah jam tangan elok di atas meja belajar aku. Itu jam tangan milik Kai. Doktor yang merawat Kai tempoh hari beri pada aku kerana aku sahaja keluarga mangsa yang terdekat ketika itu. Jam itu aku pandang lama. Cantik sangat. Tengok sahaja jam itu, aku tahu ianya mahal. Aku berjalan ke arah meja tersebut untuk mengambil jam tersebut. Buat sekian kalinya, aku pandang jam tersebut lama. Sepertinya hati aku tenang melihat jam ini. Tanpa aku sedar aku senyum sendirian.

'Aku nak kau pakai'

Aku terus sahaja memandang kiri dan kanan aku apabila aku mendengar ada yang bersuara. Mungkin apa yang aku cakap ini tak logik, tapi percayalah..

Itu suara Kai.

-

Langkah aku atur untuk masuk ke dalam kelas. Hari ini kelas start pukul 8 jadi terpaksalah aku bangun awal. Seperti biasa aku akan nampak Hwa Min di dalam kelas tetapi dia seperti tidak menganggap aku wujud di dalam kelas ini. Mulanya aku duduk di belakang dia, tetapi dia pindah tempat duduk di sebelah lelaki kerana mungkin itu sahaja tempat yang kosong.

Tipulah kalau aku tak cemburu.

Mata aku tidak lekang dari melihat Hwa Min sehinggakan lecture menyuruh aku fokus sekalipun aku tidak ambil peduli. Aku cuma terlalu rindukan Hwa Min dan aku aku rasa betul-betul mahu memeluknya sekarang juga.

Sedar tidak sedar, akhirnya sudah 2 jam berlalu, dan kelas pertama aku tamat. Ramai pelajar yang berpusu-pusu keluar tetapi tidak aku.

Kerana apa?

Hwa pun tidak keluar lagi, malah dia tertidur beralaskan lengannya.

Aku berjalan mendekatinya dan tepuk bahunya perlahan.

"Uhm..Baekhyun?"

"Ya, aku." Hwa Min memandang sekeliling lalu matanya bertemu dengan aku sekali lagi.

"Mana yang lain?"

"Oh, kelas dah habis." Dia mengangguk perlahan sebelum mengemas barangnya dengan tenang. Baru sahaja dia hendak berdiri, aku terlebih dahulu menarik tangannya untuk duduk kembali.

"Lepas."

"Aku cuma rasa yang kita perlu berbincang."

"Bincang apa lagi? Saya kena balik bilik saya." Aku melihat jam tangan aku.

"Okay, 10 minit." Aku pandang Hwa Min dengan bersungguh tetapi tidak dia, Hwa Min malah memandang tangan aku.

"Kau pandang apa?"

"J-Jam itu awak dapat dari mana?"

"Oh, ini. Kai yang kasi aku." Matanya terus sahaja membulat seolah-olah tidak percaya.

"Awak tahu, itu saya yang kasi pada dia dan saya tak akan benarkan sama sekali pengkhianat macam awak pakai jam ini!" Hwa Min terus menarik tangan aku lalu membuka jam yang berada di pergelangan tangan aku.

Sebegitu bencinya dia terhadap aku?

"Min.."

"Dengar ya Baekhyun, saya kalau boleh memang dah tak nak bersemuka dengan awak tapi kenapa tuhan sengaja biarkan awak sekelas dengan saya." Dia membebel dengan penuh amarah. Aku jadinya terasa hati dengan setiap perkataan yang keluar dari mulutnya.

"Kau betul-betul bencikan aku?"

"Iya!" Laju sahaja dia menjawab. Mendengarkan jawapan itu keluar dari mulutnya, aku terus membuka zip bag aku dan mencari sesuatu di dalamnya.

"Nah."

"Apa ini?"

"Itu gelang yang kau beri dekat aku 4 tahun lepas. Aku sudah berjanji dengan diri aku yang aku akan pakaikan di tangan kau dan sebelum kita menjadi orang asing, boleh aku tunaikan dulu janji aku?" Hwa Min memandang aku seperti tidak percaya. Aku terus sahaja mengambil tangannya dan menyarungkan gelang tersebut.

"Cantik..Macam kau."

Hwa Min POV

Aku jadinya kaku saat Baekhyun menyarungkan aku gelang tersebut.

Setelah lebih 4 tahun dia masih menyimpan gelang itu?

Wah..

"Cantik..Macam kau." Selepas sahaja Baekhyun utarakan kata manis itu, dia terus sahaja beredar dengan langkah yang laju. Aku jadinya berlari anak untuk mengucapkan terima kasih kepadanya tetapi langkah aku terhenti saat melihat Baekhyun membuang gelang yang berada di tangannya.

Jadi dia betul-betul mahu melupakan aku?

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now