1 | New Life

436 21 0
                                    

Hwa Min POV

Oh, shit.

Rumah agam yang dihadapan mata aku ini aku pandang sekilas.

Like seriously?

Omma suruh aku tinggal dekat rumah ni? Seorang diri? Aku ulang..

Seorang.

Diri.

Maksudnya, aku harus hidup seorang diri. Tanpa keluarga. Seo-- . Okay aku tak perlu ulang lagi. Sudahlah aku ini perempuan. Lainlah Minhyuk si abang tidak normal aku itu. Dia lelaki.

"Min tak nak tinggal dekat sini omma." Kata aku dingin. Aku dah biasa cakap dengan omma macam ni, so aku rasa omma pun dah tak kisah. Nak tegur pun tak ada guna. Aku dah besar, 19 tahun. Umur macam aku ni mestilah jenis yang keras kepala and tak nak dengar cakap kan?

Itulah perangai aku.

"You must. Omma dengan appa nak balik Jepun, lawat nenek kamu. Omma tak nak kamu ikut sebab kamu masih belajar. Omma tak nak kamu tinggal dekat rumah lama sebab rumah kita itu tak ada jiran. Omma takut tiba-tiba ada pencuri, kamu nak minta tolong siapa? Dekat sini ramai jiran, kamu bolehlah minta tolong kalau ada emergency." Aku langsung tak amik kisah apa yang omma bebelkan. Aku hanya angguk. Okaylah tu kan? Nampak macam aku kasi respon sikit. Kalau tak, kecik hati omma. Sedegil-degil aku pun, aku masih hormat orang tua okay.

"You're not listen what I'm talking about, right?" Aku tersengih sambil menggaru belakang tengkuk yang tidak gatal. Omma ni, tau-tau je apa yang aku buat.

"Nak omma bebel lagi atau Min setuju nak tinggal dekaf sini?" Shit. Omma baru ugut aku. Ini memang shit. For god's sake, aku terpaksa tinggal dekat sini. Daripada kena bebel dengan omma lagi, baik aku setuju dengan pilihan nombor dua. Tak pasal-pasal telinga aku boleh bernanah.

"Fine, Min tinggal sini." Aku sempat menjeling omma bila omma dah mula peluk aku. Sukalah itu plan dia untuk ugut aku berjaya.

Kurang asam.

"Baju Min semua omma dah masukkan dalam almari. Barang dapur pun omma dah beli semalam dengan appa. Kelengkapan rumah semua dah settle. Everything perfect!" Terang omma. Aku hanya mengangguk sambil berpeluk tubuh.

"What about my school? I think jauh dari sini." Tanya aku. Omma menepuk dahinya. Lupalah itu.

"Omma lupa nak bagitau, omma dah transfer kamu ke sekolah lain."

What The Actual Fuck.

Aku benci sekolah baru.

Termasuk pelajar-pelajarnya.

"Okay sweetie, I have to go" Belum sempat aku nak bantah keputusan omma yang terburu-buru itu, omma dah pergi. Pergi tinggalkan aku seorang diri meratapi nasib yang tak berapa nak baik.

Ah, I hate everything.

Kereta omma sudah hilang dari pandangan aku. Aku mengeluh perlahan. Langkah aku lajukan untuk masuk ke dalam rumah kerana cuaca sekarang sejuk sampaikan aku terpaksa pakai baju 3 lapis. Aku memang tak tahan sejuk. Aku senang kena demam. Masuk je dalam rumah, mata aku liar mencari bilik. First of all, aku memang tak suka bilik yang besar. So, aku terpaksa guna bilik di tingkat paling atas sebab tu antara bilik paling kecil selain bilik stor dan bilik tetamu.

Aku menghempaskan tubuhku ke atas katil. Aku masih rasa geram dengan omma. Suka hati dia nak pindahkan aku ke sekolah lain. Fikir dia sapa?

Oh okay dia omma aku.

Dia yang lahirkan aku.

Tapi, itu tak bermakna yang dia boleh buat suka hati. Aku pun ada hati, ada perasaan. And, dia tak tahu macam mana perasaan aku bila dah ditukar ke sekolah lain. Aku masih sayangkan sekolah lama. Aku masih sayangkan mak cik kantin yang selalu belanja aku makan sebab aku selalu rehat lambat. Tu pun asyik kena denda dengan cikgu disiplin. Aku boleh dikatakan tergolong di kalangan pelajar yang nakal. Hoho. Dekat buku disiplin pelajar mesti nama 'Son Hwa Min' paling popular. Kat sekolah tu pun ada ramai yang tak suka aku sebab...

Aku terlalu sombong.

Aku jarang senyum.

Aku boleh dikatakan 'famous' dikalangan lelaki disebabkan rupa aku bukan otak aku.

Dan yang paling penting, aku tak pernah buat homework. Especially subjek Addmath :)

Aku ni duduk kelas paling belakang. Biasalah kan, kelas belakang-belakang ni jarang ada homework. Kalau ada pun memang harom pelajar nak buat. That's way aku relaks jee. Tapi bila ada homework, cikgu akan memanfaatkan peluang ini untuk mendenda pelajar-pelajar yang tak siap terutamanya aku. Takguna kan cikgu-cikgu kat sekolah aku? Dan mungkin mereka pun akan merasakan benda yang sama, takguna dapat pelajar macam aku.

-

Hari pertama aku menjejakkan kaki di sekolah yang ternama ini, Kyunggi High School. Dan secara tidak rasminya, aku dah pun digelar pelajar sekolah ini. Aku masuk sini bukannya sebab kelulusan tetapi atas duit. Omma nakkan keselesaan untuk aku, jadi dia sekolahkan aku di sini. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk sini. Hala tuju aku yang pertama ialah bilik pengetua. Pelajar baru mestilah kena lapor diri dulu kan. Dalam 20 minit jugaklah aku kena lapor diri, termasuk sekali kena baca peraturan dan undang-undang sekolah ini. Aku ni jenis yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri, so better aku cuma selak-selak je helaian demi helaian.

"Okeyy" Kataku selepas habis membaca buku itu. HAHAHAHA aku tak baca pun.

"Baiklah kalau macam tu, saya akan suruh cikgu disiplin hantar kamu ke kelas kamu"

Erghh.

Please.

Aku benci cikgu disiplin!! Dalam masa sehari, cikgu disiplin kat sekolah ni dah boleh jadi musuh aku. Tunggu je lah besok.

-

"Baiklah ni kelas kamu" Cikgu disiplin tadi berhentikan langkahnya dan menujukkan aku kelas yang bakal aku duduki nanti. Dahi aku berkerut.

"5A1?" Soalku tidak pasti. Kalau diikutkan, keputusan dan sikap aku tak adalah elok mana. Macam mana aku boleh dapat kelas first? Ni tak lain tak bukan mesti kerja omma. Kalau ye pun janganlah masukkan aku dekat kelas paling depan. Aku dahlah bodoh.

Aku dah mula tak senang duduk. Eh bukan duduk, aku masih lagi berdiri luar kelas dengan musuh ketat aku, cikgu disiplin.

"Kenapa dengan kelas ni? Kamu tak suka? Saya rasa tempat ni dah cukup selesa kerana Puan Son cuma nakkan kamu selesa belajar" Puan Son? Oh, omma aku. Heshh, omma ni memang cari nahas dengan aku. Aku hanya mengangguk lalu tersenyum kekok.

Eh jap. Aku..senyum? Dengan cikgu disiplin? Wah, boleh tak aku nak tulis dekat book of record.

"Jom masuk" Aku hanya mendengar apa disuruh cikgu botak ini. Sampai sekarang nama dia pun aku tak tau sebab dia tak pakai tanda nama. Harap je cikgu disiplin, tanda nama pun tak pakai. Hampeh. Masuk lubang tandas lah kot. Tak pun bini dia buat cucuk lubang tandas.

"Baiklah kelas, hari ini kamu semua didatangi pelajar baharu. Sila kenalkan diri kamu" Aku terus tampilkan diri ke hadapan sedikit lalu menunduk hormat.

"Son Hwa Min imnida. Sebelum ni saya duduk Gangnam, dan baru semalam saya datang ke Seoul" Aku kenalkan diriku dengan kekok sekali. Mana tak kekok. Aku dahlah jarang bercakap dengan orang yang aku tak kenal. Ramai yang dah mula tepuk tangan bila aku habis kenalkan diri. Tapi itu belum tentu akan membuatkan aku tersenyum. Aku masih lagi dengan muka selamba badak aku.

"Baiklah, kamu boleh duduk sebelah.. Hanna" Manusia yang dipanggil Hanna tadi terus mengangkat tangannya laju. Aku terus sahaja pergi ke tempat duduk sebelah dia. Aku duduk di barisan dua belakang sekali.

"Hi" Aku memandang Hanna dengan muka blur. Dia bertegur dengan aku ke tadi?

"Hey, saya Hanna" Dia terus menghulurkan tangannya untuk berjabat denganku mungkin. Aku hanya diam membisu. Tak tau reaksi apa yang patut aku berikan. Semasa di sekolah lama aku, pelajar di sana memang sudah kenal dengan sikap aku yang tak pernah layan teguran atau pelawaan orang. Jadi, mereka tak kecil hati sebab mereka sudah biasa.

Tapi, di sekolah baru ini, patut ke aku layan mereka seperti orang biasa?

Mungkin tak kot.

Lebih baik jadi diri sendiri, bukan? Jadi aku mengambil keputusan untuk terus pandang ke papan putih sedangkan Hanna seperti kecewa kerana aku tak menyambut tangannya.

Maaf.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now