35 | Baby

136 15 24
                                    

Majlis perkahwinan Eunji..

Itu adalah kali terakhir aku berjumpa dengan Baekhyun.. Di majlis yang penuh dengan kebahagiaan tetapi tidak bagi aku. Selepas sahaja Sehun mengatakan yang dia itu kekasih aku, Baekhyun malah mengucapkan tahniah kepada aku.

Sudahlah, peristiwa buruk itu sudah hampir setahu berlalu.

"Umm.."

Aku menolehkan kepala ke sisi apabila si kecil mula merengek. Aku tersenyum lebar melihat matanya sudah terbuka dari lena yang cukup panjang.

Son Min Hyun.

Itulah nama yang di beri. Minhyuk yang beri nama itu. Katanya dia mahu nama yang iras-iras dia. Mulanya Sehun mahu meletakkan nama Byun di hadapan tetapi aku menolak sekeras-kerasnya.

Sebut tentang Sehun, lelaki itu sekarang sudah dinaikkan pangkat di syarikat appa. Syukurlah, sekarang dia pun sudah punya kekasih. Minhyuk juga, dia pun sudah punya kekasih. Mereka berdua mahu mencarikan Minhyun appa baru tetapi aku tidak mahu. Lagipula Minhyun masih kecil dan Minhyun selalu memanggil Sehun appa. Ya, walaupun sebutannya tidak jelas, tetapi aku tahu, Minhyun pasti menganggap Sehun bapanya kerana dari kecil sehingga sekarang, Sehun gelarkan dirinya appa.

"Minhyun sayang.." Aku cuba menggeleteknya di bahagian perut dan dia tertawa riang. Lihat sahaja bibir dia, seratus peratus mirip Baekhyun dan matanya yang sepet juga sama seperti Baekhyun.

Alangkah bagusnya jika lelaki itu ada di sini..

"O-Omma.."

"Ya, sayang." Aku memandang Minhyun yang sepertinya mahu menangis. Tahulah aku bahawa dia mahukan susu. Aku meninggalkannya dia sekejap di bilik lalu aku turun ke dapur.

"Eh, Hwa Min."

"Ya, omma."

"Tak pergi kerja?"

Ya, beberapa bulan yang lepas, appa ada tawarkan aku untuk membuka perusahaan butik di tengah bandar Jepun. Ketika itu, kandungan aku mencecah 6 bulan. Perut pun sudah buncit. Tanpa menunggu lama aku terus bersetuju kerana lama lagi mahu menunggu Minhyun keluar.

"Macam malaslah omma. Min nak jaga baby." Omma mengeluh lalu menghulurkan aku sebotol susu.

"Ini, omma dah bancuh awal-awal dah. Soal baby, biar omma jaga. Kamu dah lama kan tak pergi butik itu? Tak kesian dengan pekerja kamu?" Aku berfikir sejenak. Memang betul apa yang omma katakan, sudah tiga hari aku cuti tanpa sebab dan mungkin kerja pun bertimbun.

"Uhm, tolong jagakan baby, ya?"

----

"Selamat pagi, Puan Son."

Aku tersenyum manis saat semua pekerja aku sepertinya gembira dengan kehadiran aku hari ini. Aku melangkah masuk ke pejabat dan seperti yang aku jangka, bayak kertas kerja yang berada di atas meja.

"Rose, masuk bilik saya kejap."

Tidak lama kemudian, pintu diketuk dan tahulah aku bahawa perempuan yang aku panggil tadi sudah sampai. Aku segera menyuruhnya masuk dan duduk berhadapan dengan aku.

"Boleh beritahu laporan semasa saya tiada?" Rose mengangguk lalu membuka fail yang di pegangnya.

"Isnin lepas ada tiga buah syarikat dari Korea yang ingin bekerjasama dengan butik ini."

"Antaranya?"

"Fyi' Holdings, Gmp Holdings and Byun's Holding."

Aku mengerutkan dahi saat Rose menyebut Byun's Holding. Bukankah itu syarikat.. Ah, bukan nama Baekhyun sahaja bermula dengan Byun. Banyak lagi..

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now