42 | You And Me

133 20 0
                                    

"I love you."

Aku menoleh ke arah gerangan suara itu. Siapa lagi kalau bukan Baekhyun?

"Memang nak suruh saya tunggu dekat cafe ini sampai tahun depan?" Aku memerlinya lalu menjelingnya tajam. Baekhyun hanya tersengih lalu duduk di sebelah aku. Tangannya dengan mudah memeluk bahu aku.

"Saya merajuk."

"Oh."

Aku mendecit kasar. Orang merajuk boleh pula dia kata 'oh' sahaja? Wah, melampau. Baru sahaja aku mahu bangun, Baekhyun sudah menarik tangan aku supaya duduk kembali. Laju sahaja dia mencium pipi aku. Mata aku membulat.

"Baekhyun, malulah."

Aku menggosok pipi aku yang dicium oleh Baekhyun. Dia hanya ketawa halus lalu kembali mencium seluruh muka aku tanpa paksaan.

"Kau malu sebab ini tempat awam, ya? Okay, kalau macam tu jom cari tempat yang tiada orang pun." Melihatkan tiada respon dari aku, Baekhyun terus menarik tangan aku masuk ke dalam kereta. Aku hanya diam, malu.

"Son Hwa Min, I really love you, babygirl."

Baekhyun mencium bibir aku membuatkan aku terkejut tetapi aku tidak menolak. Aku hanya membiarkannya sehinggakan aku sendiri terbuai dengan ciumannya dan aku membalas.

----

"Nanti dah besar aku akan pastikan anak kita handsome macam aku." Baekhyun berkata dengan semangatnya. Aku hanya tergeleng perlahan.

"Awak yakin yang kita akan kahwin, hmm?" Senyuman Baekhyun perlahan-lahan pudar. Aku jadinya kecut perut melihatkan mukanya yang terus masam mencuka.

"Kenapa kau cakap macam tu? Kau tak nak kahwin dengan aku?"

"M-Mana ada!"

"Hmm, aku tak paksa."

"Baekhyun, bukan macam tu. C-Cuma kita kan sekolah lagi.."

"Kau memang tak nak kahwin dengan aku." Baekhyun memusingkan badannya membelakangi aku. Dia mula mengatur langkah untuk pergi dari rooftop ini tetapi pantas sahaja aku menghalang. Aku memusingkan tubuhnya menghadap aku semula dan memegang kedua belah pipinya.

"Awak tahu, kalau boleh saya nak kita kahwin sekarang juga."

Baekhyun tersenyum nakal. Aku terus memeluknya kerana malu. Baekhyun membalas pelukan aku lalu mencium ubun-ubun aku.

"Someone silly here." Aku pantas sahaja memukul dadanya. Baekhyun ketawa perlahan.

"Iya, aku pun sama. Kalau boleh aku nak kahwin dengan kau sekarang juga. Ada anak sama-sama dan aku juga berharap hanya kematian yang dapat pisahkan kita, babygirl."

----

"Akhirnya, apa yang aku mimpikan jadi kenyataan."

Baekhyun tersenyum, memandang ke hadapan. Aku kerutkan dahi.

"Apa yang awak mimpikan?"

"Untuk kahwin dengan kau." Dia memandang aku membuatkan aku cepat-cepat larikan anak mata. Entah kenapa tiba-tiba rasa malu berhadapan dengannya begini. Sudahlah dia kelihatan segak hari ini.

"Terima kasih Min."

"Untuk?"

"Semuanya. Kau memang lain dari kebanyakan perempuan. Kau sanggup tunggu aku sampai sekarang. Aku tahu banyak kali aku dah sakitkan hati kau tapi kau masih terima aku. Aku bersyukur dapat jumpa dengan kau."

Dia menarik aku ke dakapannya dan menyembamkan kepalanya di bahu aku dan dalam beberapa saat, aku dapat merasakan bahu aku basah. Pantas sahaja aku meleraikan pelukan dan aku di hadiahi dengan tangisan kecil Baekhyun.

"Baekhyun, janganlah menangis."

Bahu Baekhyun terinjut. Aku memeluknya lagi dan menggosok-gosok badan belakangnya tetapi makin lebat tangisannya. Aku mencium pipinya berkali-kali dan mengelap air matanya. Aku menarik nafas lega apabila dengan cara itu tadi, Baekhyun kembali seperti biasa.

"Aku terharu."

Hanya perkataan itu yang meniti di bibirnya membuatkan senyuman aku kian melebar. Baekhyun juga turut tersenyum.

"Berapa kali saya mahu cakap yang saya cintakan awak? Dan saya juga dan janji sejauh mana pun saya lari akhirnya saya dan awak akan ditakdirkan bersama juga. I know it's creengy, but I want you to know that I really love you, Byun Baekhyun."

"Nado."

----

"Hwa Min, Baekhyun datang, sayang.."

Kenapa aku dengar suara Puan Oh?

Aku di mana?

"Min, ini aku."

Baekhyun?!

Ya tuhan, kenapa mata aku berat sekali mahu terbuka. Aku cuba mengedip-ngedipkan mata tetapi hampa.

"Min, sedarlah. Kalau aku boleh sedar apalagi kau. Baby perlukan kau, aku juga."

Aku dapat rasakan kehangatan seseorang memegang tangan aku dan dengan sedaya upaya aku cuba membalas kerana aku tahu itu Baekhyun, lelaki yang aku tunggu-tunggu selama ini.

"O-Omma.. Hwa Min dah sedar.. Panggil doktor!"

Dan selepas itu, aku dapat merasakan ada beberapa suntikan yang terkena di badan aku membuatkan mata aku semakin berat hendak di buka dan akhirnya aku terlena di alam aku sendiri.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now