19 | Need You

121 13 9
                                    

'Anggap saja Baekhyun itu saya.'

'Jangan sia-siakan dia.'

'Maafkan segala kesalahan dia.'

'Trust him.'

'I love you.'

"Kai!" Aku menggengam erat cadar katil. Dahi yang dibasahi peluh itu aku lap menggunakan tapak angan. Wajah Kai di dalam mimpi tadi masih terbayang-bayang di benak fikiran.

"Saya rindu awak." Tanpa aku sedar, air mata aku sudah jatuh ke pipi. Aku benar-benar rindukan lelaki itu. Aku rindu lawak bodoh dia. Aku rindu segala tentang dia. Dia yang tak pernah sakitkan hati aku, dia yang mampu buatkan aku tergelak 24 jam, dia yang sentiasa ada di sisi aku untuk memberi dorongan.

Ya tuhan, aku rindu dia.

-

Sekarang aku berada di taman. Tempat pertama kali aku berjumpa dengan Baekhyun. Ketika itu aku sedang bergaduh dengannya. Aku fikir aku akan bencinya tetapi tidak, dia berjaya mencuri hati aku buat kali yang kedua. Dan sekarang dia dah hancurkan hati aku buat kali entah ke berapa.

Aktiviti aku ke sini tak lain tak bukan adalah untuk tidur. Kelas aku sudah habis awal hari ini. Aku malas nak balik bilik so aku nak lepak sekejap dekat bawah pokok ini. Baru sahaja aku nak pejam mata;

"Tak baik tidur dekat bawah pokok tau." Aku memandang gerangan yang berani-beraninya kacau tidur aku. Disebabkan cahaya matahari yang terlampau silau, aku terpaksa kecilkan mata aku. Akhirnya, aku nampak siapa yang berada di hadapan aku sekarang ini.

"Jaemin?"

-

"Awak order je anything. Don't worry, saya bayar." Senyuman manis terbit di bibirnya. Aku pula masih lagi dengan muka takut-takut aku. Mananya aku tak takut, dia ini lah mamat psycho semasa di sekolah tinggi dahulu. Dan dia juga yang sering pukul Baekhyun.

"Awak masih takut dengan saya Hwa Min? Trust me, saya dah berubah dan tiada apa lagi yang awak perlu takutkan." Melihat senyumannya yang lebar sehingga menampakkan lesung pipit itu benar-benar mengingatkan aku kepada Baekhyun. Apa lelaki itu buat sekarang?

"Hwa Min, janganlah diam saja. Okey look, apa yang saya boleh buat untuk awak percayakan saya." Tangannya mula menggengam tangan aku yang berada di atas meja. Disebabkan tidak selesa dengan keadaan begini, aku terus sahaja tarik tangan aku. Aku memperbetulkan anak tekak sebelum bersuara.

"S-Saya percaya awak."

Dengan sekali lafaz, Jaemin terus menepuk-nepuk tangannya seperti anak-anak kecil. Kenapa apa yang dia buat perlu sama dengan Baekhyun? Dia tak tahu ke yang aku rindukan Baekhyun. Arh!

"Kenapa menangis ini?" Tanpa aku sedar, ada air yang mula menitik di pipiku. Aku cepat sahaja menyeka.

"Boleh teman saya pergi taman?" Kini, tangan aku pula yang menggengam erat tangannya. Aku dapat merasakan jari-jarinya yang kecil itu. Ianya sama seperti Baekhyun. Arh! Kenapa mesti lelaki itu juga?

"Boleh."

-

Tombol pintu perlahan-lahan aku pulas. Puas seharian aku berjalan dengan Jaemin di taman tadi. Jaemin banyak kali menanya kenapa aku sedih, tapi takkanlah aku nak cakap yang Baekhyun curang dekat aku. Aish, memalukan. Baekhyun itu bukan sesiapa lagi bagi aku. Jadi, aku terpaksa buat cerita yang kucing aku baru mati semalam. Dan apa yang aku tak sangka, semudah ABC dia percaya kata aku.

Aku labuhkan punggung di atas sofa. Aku berniat nak tidur di luar sahaja malam ini, malas nak berjalan masuk bilik punya pasal.

"Min.." Sentiasa sahaja ada manusia yang menganggu aku untuk tidur. Aku menolehkan kepala ke arah suara tersebut.

Baekhyun?

Aku terus pusingkan kepala aku ke posisi yang asal. Aku mendengar tapak kaki Baekhyun berjalan ke arah aku. Aku hanya biarkan. Malas rasanya nak lihat muka pengkhianat.

"Min, kau marah aku?" Baekhyun memang suka tanya soalan yang bodoh lagi bangang. Sofa yang aku duduki mula tenggelam. Aku yakin Baekhyun duduk di sini. Dan tanpa segan silu, dia terus angkat aku cara bridal style. Apa kau fikir sweet?

"Lepas Baek."

"Aku rindu panggilan itu." Aku hanya menjelingnya tajam. Dia tak fikir aku lagi rindukan panggilan 'babygirl' nya itu.

"Baekhyun turunkan saya. Saya penatlah nak layan awak." Sejujurnya aku tak mahu dilepaskan tapi ini semua disebabkan ego aku yang tinggi menggunung.

"Aku takkan lepaskan kau malam ini." Baekhyun terus lekapkan bibirnya ke bibir aku. Jantung aku terus laju berdegup saat Baekhyun mendalamkan lagi ciuman.

Baekhyun tersenyum dalam ciuman apabila aku membalas ciumannya. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku boleh membalas ciumannya dengan begitu mudah. Dia menggigit bibir bawah aku menyebabkan aku mengaduh sakit tapi itu tidak bermakna dia akan berhenti. Dia makin mendalamkan ciuman dengan memasukkan lidahnya dan meneroka ruang yang ada di dalam mulut aku.

Aku terus meleraikan ciuman apabila nafas aku tidak stabil begitu juga dengan Baekhyun. Dia tersenyum senget dengan wajah gatalnya itu.

"Kenapa kau lepaskan? Aku suka. Aku rindu kau." Apabila wajahnya mula mendekati aku, aku cepat-cepat menghadap ke tempat lain.

"Baik awak turunkan saya."

"Kalau aku tak nak?"

"Saya cium aw--" Aku terus menekup mulut aku apabila aku tersalah cakap. Baekhyun pula masih dengan 'smirk' nya.

"Kalau macam itu, aku sanggup dukung kau sampai ajal pisahkan kita."

"Euww, cliche."

"Itu bagi kau, tapi tak bagi aku." Muka dia kembali serious.

"Dahlah Baekhyun. Kalau Eunha nampak macam mana?" Aku menegangkan wajah aku supaya Baekhyun rasa bersalah tetapi tidak.

"Kalau kau takut Eunha nampak kita begini, aku bawak kau masuk bilik, ya?" Belum sempat aku hendak berkata, dia terlebih dahulu mencium dahi, pipi, hidung dan tak lupa juga aset paling berharga, bibir.

Baekhyun meletakkan aku dengan berhati-hati di atas katil. Aku mula melepaskan nafas lega apabila Baekhyun dah keluar. Tapi tak lama kemudian dia masuk kembali.

"Kenapa masuk lagi? Baliklah."

"Aku tadi keluar kejap cakap dengan kawan kau jangan kacau 'project' kita malam ini." Sekali lagi dia buat muka gatalnya yang memang mintak di garu itu. Aku dah mula cuak bila dia perlahan-lahan naik ke katil aku.

"Apa maksud awak dengan 'project'?"

"Aku serius, aku rindu kau." Dia mula duduk di riba aku. Tangan aku gatal untuk bermain dengan rambutnya yang lebat itu tetapi aku tahan saja.

"Kalau rindu saya, kenapa langsung tak contact, call, teks saya?"

"Itu seb--"

"Oh, saya tahu. Awak kan dah ada Naeun."

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now