34 | Oh Sehun

111 16 52
                                    

"Hwa Min.."

"Ya, omma."

Aku memandang omma yang sedang memotong sayur itu dengan tenang. Dan tidak lama kemudian, omma berhenti dari memotong sayur tersebut dan berjalan ke arah aku.

"Duduk, sekejap." Dari suara omma sahaja, aku dapat agak omma mahu membincangkan hal yang penting, mungkin. Aku duduk berhadapan dengan omma. Omma tersenyum kecil.

"Kesian anak omma.." Aku memandang omma hairan. Omma melihat tepat anak mata aku dan matanya seperti berkaca.

"Anak omma sedih, ya?" Semakin bingung aku dibuatnya dengan perangai omma. Omma membelai rambut aku dengan penuh kasih sayang.

"Kalau Hwa Min nak tahu, tempoh hari isteri barunya Baekhyun ada kirimkan kad majlis perkahwinan dia.. Tapi omma tak sanggup nak beri Hwa Min."

Aku kerutkan dahi tidak percaya. Perempuan sial itu, sengaja mahu membuat hati aku sakit atau apa. Aku mengawal riak daripada mahu menangis di hadapan omma.

"Min tahu lah omma. Omma jangan risau, Min tak kisah pun."

Lagi sekali, aku berbohong.

"Betul ni Hwa Min tak kisah?" Aku mengangguk sambil tersenyum paksa.

"Uhm, besok malam Baekhyun ada buat majlis kecil-kecilan untuk menyambut hari perkahwinan dia. Hwa Min dijemput. Kalau Hwa Min tak pergi pun tak apa omma ta--"

"H-Hwa Min akan pergi."

------

"Princess, cepat sikitlah." Sehun berkata malas. Aku tergelak kecil saat dia memutarkan bola matanya. Seperti yang aku katakan semalam, aku akan ke majlis Baekhyun, bersama Sehun.

"Ya prince, sabarlah." Aku membetulkan pakaian aku terlebih dahulu sebelum keluar dari bilik. Keluar sahaja bilik, aku dihadiahi dengan reaksi terkejut oleh seketul Oh Sehun.

"Min, serius kau pakai baju ini?" Sehun memandang aku tidak percaya. Aku mengangguk yakin. Iya, aku tahu pakaian aku terlalu seksi kerana bahagian bahu dan paha aku terdedah. Warnanya yang merah lagi menambahkan keseksian sesiapa sahaja yang memakainya.

Sejujurnya aku memang betul-betul tidak selesa dengan pakaian aku sekarang ini kerana terlalu ketat. Sengaja aku berpakaian begini kerana dulu Baekhyun pernah kata yang dia tidak suka kalau sembarangan lelaki terokai badan aku dan sekarang aku mahu menunjuknya yang bukan dia sahaja boleh terokai badan aku.

"Kau gila, Min."

"Kenapa?"

"You look so sexy tonight, babe.."

-----

Meriah.

Omma kata majlis ini kecil-kecilan tetapi rupanya majlis ini besar-besaran.

Shit.

"Sehun, jom balik." Aku memaut lengan Sehun mengajaknya balik tetapi Sehun tidak mengendahkan aku.

"Sehun.." Aku menarik-narik lengannya tetapi Sehun tidak berganjak. Aku mengeluh perlahan dan kembali duduk di sebelah Sehun.

"Aku tak nak balik sebelum jumpa Baekhyun." Aku terpaksa akur. Aku bercadang mahu balik sendiri tetapi aku tidak tahu memandu. Mahu tahan teksi? Pada jam begini, memang tak lah ada teksi.

"Itu.." Sehun mengeluarkan jari telujuknya ke arah seseorang dan mata aku hanya mengekori apa yang Sehun tunjukkan.

"Itu kan, Baekhyun?" Aku mengangguk dengan lambat. Baekhyun..Eunji.. Sumpah, dada aku seperti tidak dapat bernafas sekarang ini apabila melihat Baekhyun tersenyum bahagia sambil memegang tangan Eunji erat.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now