22 | Japan 2

94 15 18
                                    

"Kau tahu kan yang kau itu milik aku seorang?"

"Aku cinta kau."

"Son Hwa Min!"

Aku terus mendongakkan kepala aku apabila Minhyuk panggil, dengan tangannya memeluk tubuh. Aku terus sahaja berdiri apabila dia menundingkan jam ke arah aku.

"Flight kita lagi 15 minit and sampai bila Min nak duduk dekat luar dengan roh yang dah terbang dulu ke Jepun?" Tanya Minhyuk dengan nada sindiran. Aku ketawa kecil sebelum Minhyuk memimpin aku seperti anak-anak kecil.

Aku rindu saat ini dengan Baekhyun.

Aku mencari tempat duduk yang telah di tempah Minhyuk dan sejurus itu aku terus duduk. Baru sahaja aku nak lelapkan mata, penumpang di sebelah menegur aku. Aku tersenyum sebelum menjawab tegerunnya.

"Uhm, nama saya Sehun. Nama awak?" Tanyanya dengan peramah.

"Nama saya Hwa Min. Nice to know you, Sehun." Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Tetapi senyumannya mati apabila melihat Minhyuk di sebelah aku sedang sandarkan kepalanya di bahu aku. Ish, Minhyuk ni, kalau nak tidur pun jangan dekat bahu aku boleh tak?

"Itu siapa? Boyfriend?" Aku pantas sahaja menggeleng. Minhyuk yang tak hensem ini dikatakan teman lelaki aku? The hell.

"Ini oppa saya."

"Oh, saya masih ada peluang lah ni nak try?" Aku kerutkan dahi aku tanda tidak faham. Sehun pegang rambutku lalu dikusutkannya.

"Budak kecil macam awak tak perlu tahu apa itu 'try' ya?" Aku berdecit sebelum dia meletakkan earphone di telinga dan terus lelapkan matanyanya.

-

Baekhyun POV

Sudah 2 hari aku lalu di kawasan rumah Hwa Min tetapi apa yang aku nampak masih sama. Tingkap tertutup rapat. Pintu pun terkunci kemas dengan mangga. Jadi, aku mengambil keputusan untuk bertanyakan dengan jiran sebelahnya.

"Hi, ahjumma." Tegurku lembut. Perempuan tua di hadapan aku ini nampak terkejut dengan kehadiranku. Aku hanya tersenyum manis.

"Ya anak muda? Cari siapa?" Aku menggaru belakang tengkuk aku tanda kekok.

"Uhm, cari Hwa Min. Dia ada?"

"Hwa Min? Siapa dia? Dalam rumah ini tak ada nama Hwa Min." Tuturnya dengan perlahan. Aku lupa yang Hwa Min ini sombong jadi mungkin sebab itu dia tidak kenal Hwa Min.

"Uhm, dia bukan duduk satu bumbung dengan ahjumma. Dia duduk sebelah rumah ni saja. Kenal?"

"Oh, maksud kamu keluarga Son?" Aku mengangguk laju.

"Keluarga Son dah lama pindah Jepun." Aku mengeluh perlahan. Susah jugak cakap dengan orang tua ini.

"Itu saya tahu. Maksud saya Hwa Min. Anak perempuan keluarga Son. Dia ada?"

"Oh, dia tak ada. Tadi pagi, baru abang dia bawa dia ke Jepun."

Mata aku membulat.

"Anak muda ni nama apa? Teman lelaki anak perempuan keluarga Son?"

"Ahjumma saya balik dulu." Aku terus sahaja pergi dari kawasan rumah itu. Aku tak tahu hala tuju aku ke mana sekarang ini. Kalaulah aku minta maaf dengan Hwa Min awal-awal, tentu dia takkan larikan diri dari aku sampai ke Jepun.

"Min.."

Baekhyun bodoh!

-

Hwa Min POV

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now