29 | Work

144 15 7
                                    

Hwa Min POV

Aksesori yang aku pakai di muka dan telinga aku tanggalkan. Majlis pengambilan gambar aku dan Baekhyun baru beberapa jam yang lalu habis jadi ini masa yang sangat sesuai untuk kami berdua berehat.

Baekhyun yang sedang terbaring atas katil itu aku pandang dari pantulan cermin. Dia sedang menutup mata jadi ini adalah peluang keemasan bagi aku untuk melihat wajahnya.

"Aku tahu aku handsome."

Aku terus larikan anak mata aku dari memandang Baekhyun. Dia bangun dari pembaringannya dan terus mengampiri aku. Kerusi di tepi aku ditarik olehnya perlahan-lahan dan dilabuhkan punggungnya.

"M-Macam mana awak tahu saya tengok awak?"

"Sebab aku pun tengok kau."

"Oh."

"Oh sahaja?"

"Then?"

"Kiss?"

"Euww, no."

Aku hanya dengar gelak halus dari Baekhyun. Pergerakan aku serta merta berhenti apabila Baekhyun menolong aku membuka satu persatu subang yang elok tergantung di telinga aku. Aku meneliti mukanya yang beberapa inci sahaja dari muka aku.

"Baekhyun.."

"Ya?"

Aku diam beberapa saat selepas Baekhyun menjawab panggilanku. Aku pun tidak tahu apa tujuan aku memanggil namanya.

"Terima kasih."

"Hahaha. Untuk?"

"Everything."

"Kau pun. Terima kasih sebab terima aku. Aku tahu ini semua cheesy, tapi aku nak kau tahu yang I'm really love you, babygirl." Aku ketawa halus mendengar ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Baekhyun.

"Oh ya, bila awak mula kerja?"

"Appa kata lusa aku dah boleh mula masuk office." Mendengarkan sahaja pernyataan itu, mata aku membulat dengan serta merta. Lusa? Bukankah tempoh itu terlalu singkat.

"Awalnya. Tak boleh ke tangguh sekejap?" Baekhyun ketawa halus. Dia mencium hidung aku dan juga dahi aku.

"Kenapa perlu tangguh? Kau rasa kesunyian?" Aku mengangguk.

"Jangan risau. Aku janji aku akan lebihkan masa untuk layan kau."

-

Wajah Baekhyun yang lengkap berpakaian pakaian kerjanya itu aku pandang. Tak sangka Baekhyun sudah dapat kerja dengan wajahnya yang muda seperti itu.

"Dah puas pandang muka aku? Aku sudah nak pergi."

"Ei, awak ini. Tahu saja saya tengok." Baekhyun mengangakat sebelah keningnya dengan muka yang bangga sekali kerana dapat mentafsir hati isterinya ini. Ceh.

"Sudahlah. Cepat pergi. Nanti lambat pula."

"Mana kiss untuk aku?"

"Perlu ke?"

Baekhyun mengangguk dengan matanya yang tertutup. Aku teragak-agak sama ada mahu mencium bibirnya atau pipinya.

"Cepa--"

Aku mencium pipinya laju tetapi Baekhyun ini jenis yang tidak akan berpuas hati selagi tidak dapat apa yang dia mahu jadi dengan sepantas kilat dia menyatukan bibir kami berdua.

"Itu yang aku mahukan." Aku hanya buat-buat tidak dengar kerana aku teramat malu. Aku tidak tahu aku masih boleh bernafas atau tidak kalau aku terpaksa hidup dengan kata-kata manis Baekhyun ini.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now