10 | Stranger

134 15 12
                                    

Baekhyun POV

BUKK!

Aku terus keluar daripada kelas apabila aku berasa tidak sedap hati mendengar sesuatu dari luar tadi.

Ya, memang patut aku tidak sedap hati.

Aku nampak Hwa Min berdiri statik dengan mukanya yang susah aku hendak tafsirkan. Matanya mula berkaca. Satu sahaja soalan yang bermain di kepalaku.

Dia dengar ke perbualan aku?

"Min?" Aku rasa ya sebab dia terus berlalu pergi. Aku ingin mengejar tetapi ada satu kotak kecil yang menarik perhatian aku di atas lantai. Kotak yang sampulnya warna merah hati itu aku buka perlahan-lahan.

To: My prince :)

'I hope with you reading this letter, you know my feelings for you. At the moment, I'm just ashamed to admit that I really like you. Since you kiss me. I know at that point I'm crying like a fool but believe me, because of your kiss that's why I fell in love with you. And you need to know, you're the first person who kiss me. You've stolen my first kiss! You are cruel but I love you. Really. I know my verse looks cliche but it's reality. And I want you to know that I am sincerely love you, Byun Baekhyun.'

From: Your Princess ;)

Kertas yang berbentuk hati itu sudah basah kerana air mata aku. Di belakang kertas tersebut ada sepasang gelang nama aku. Makin laju air mata aku apabila nampak gelang nama Hwa Min juga berada di situ. Di gelang itu ada terselit kertas berwarna kuning lalu aku ambil dan baca.

Saya nak prince saya yang pakaikan :)

-

Hwa Min POV

Aku terlalu bodoh. Sudah dua minggu aku terperap dalam bilik dengan air mata bodoh yang hari-hari aku jatuhkan. Mujur omma sudah balik dari Jepun sebab nak lawat aku. Omma selalu ketuk pintu aku dan suruh aku keluar untuk makan tetapi aku biarkan.

Ya, aku memang aku kurang ajar. Aku tidak sepatutnya campurkan omma dalam hal aku, tapi aku tak boleh.

Aku rasa aku mahu bunuh sahaja mana-mana orang yang berani muncul di hadapan aku.

Termasuk Baekhyun.

"Min, turunlah. Cikgu disiplin dekat sekolah Min ada dekat bawah!" Jeritan omma dari bawah membuatkan mata aku terus terbuntang. Cikgu disiplin memang dah lama hidup ke sampai nak datang rumah aku?

Ish, aku tak sepatutnya libatkan cikgu disiplin juga.

"Nanti Min turun." Suaraku seperti keluar tak keluar. Yelah, aku sudah lama tidak bercakap.

Aku terus mengelap muka aku hanya dengan tisu. Malas rasanya nak basuh muka. Biarlah cikgu botak itu ingat aku ini mayat hidup atau apa. Siapa suruh dia nak datang sini. Aku terus keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

Dari sini sahaja aku boleh nampak cikgu botak itu dengan rambut dia yang selalu bersinar. Sebelah dia pula ada seorang pelajar yang sedang berbual dengan omma.

"Duduk sini, Hwa Min." Panggil omma. Cikgu kepala botak itu pandang aku dan juga lelaki yang berbual dengan omma aku sebentar tadi.

Oh, dia bukan lelaki biasa.

Tetapi dia lelaki luar biasa yang menyebabkan mata aku sembab macam panda dan juga aku terpaksa tahan diri dari lapar selama dua minggu. Tepuk tangan sikit.

"Min.." Sumpah aku benci suara dia. Aku langsung tak pandangnya. Jeling pun tidak sebab mata aku agak sembab jadi mungkin agak kelakar kalau aku hendak main jeling-jeling sekarang ini.

"Hormat tetamu Son Hwa Min."

"Buat apa nak hormat orang yang tak pernah nak hormat kita omma?" Aku berkata agak sinis. Omma hanya menggeleng.

"Bila kamu nak masuk sekolah balik Hwa Min?" Tanya Mr. Cheong apabila keadaan mula senyap.

"Saya nak berhenti. Lagi pun omma saya dah carikan sekolah yang lagi bagus." Aku sempat kerling Baekhyun. Muka dia nampak terkejut dan kecewa.

Baru sekarang ya nak kecewa?

"Apa betul, Puan Son?" Aku menyenggol kaki omma berharap omma akan cakap 'ya' tapi malangnya, omma menggeleng.

"Tak tuan. Saya masih nak anak saya bersekolah di sana." Omma memang cari nahas.

"Kenapa Mr. Cheong datang sini?"

"Saya risau keadaan kamu. Dah lama kamu tak datang sekolah. Lagi-lagi Baekhyun. Dia hari-hari hendak ponteng kelas sebab katanya mahu lawat kamu tetapi pihak sekolah dah beri dia amaran keras supaya tidak ponteng lagi."

Aku tersenyum sinis.

"Oh, iya? Jadi nama dia Baekhyun?"

Baekhyun POV

"Oh, iya? Jadi nama dia Baekhyun?"

Aku merasa hendak tarik nyawa sendiri sahaja sekarang ini. Hwa Min..takkan semudah itu dia lupakan aku dan bencikan aku?

"Awak tak kenal dia Hwa Min? Bukan sebelum ni kamu berdua bercin--"

"Saya tak pernah kenal orang lain selain omma saya." Aku nampak Hwa Min peluk ommanya seperti keanak-anakkan.

Ya tuhan, aku ingin memeluknya juga.

"Min, omma tahu Min ada masalah dengan Baekhyun. Omma nak kamu berdua selesaikan juga, ya?"

"Mana ada omma. Baekhyun ini budak baru ke? Min mana kenal."

Lagi sekali, aku sakit.

Selama ini aku tunggu dia, tapi rupanya dia sudah lupakan aku. Aku bodoh. Aku memang bodoh. Aku sayang dia, aku cinta dia tapi takkan dia tak pernah nampak semua itu? Keikhlasan aku bila aku kata yang aku cinta dia?

Baekhyun memang bodoh.

Tanpa berfkir panjang, aku terus keluar dari rumah itu.

-

"Kenapa nak jumpa?"

"Duduklah dahulu."

"Kenapa kau buat Hwa Min macam itu sekali? Dah dua minggu dia tak datang sekolah." Gadis di hadapan aku ini memang emosinya lebih. Sikit-sikit hendak menengking.

"Aku tahu Hanna. Aku baru balik dari rumah dia tadi." Kata aku lalu menghirup secawan hot chocolate yang baru aku pesan tadi.

"Kau pergi rumah dia? Kau ada jumpa dia?" Aku mengangguk. Hanna membesarkan biji matanya.

"Uhm, dia masih marahkan aku lagi." Kata aku dengan nada kekecewaan.

"Aku terdengar perbualan cikgu tadi yang Mr. Cheong nak datang rumah Hwa Min."

"Ya, dengan aku." Lagi sekali mata Hanna membulat.

"Buat apa kau datang sekali dengan Mr. Cheong?"

"Aku tak tahu. Mungkin dengan cara aku ikut Mr. Cheong aku boleh boloskan diri masuk rumah Hwa Min dan berjumpa dengan dia." Tanpa aku sedar pipi aku sudah dibasahi dengan air mata. Aku segera mengelap apabila Hanna menghulurkan beberapa helai tisu.

"Sabar Baekhyun. By the way, ada apa kau ajak aku jumpa ini?"

"Oh ya, aku hampir terlupa. Aku nak minta tolong pujuk Hwa Min untuk aku. Boleh?"

"Tap--"

"Aku sanggup bayar berapa pun."

"T-Tak Baekhyun. Bukan macam itu, cuma aku tak tahu rumah dia sahaja. Boleh kau kasi alamat dia?"

"Oh, nanti aku sms kau."

"Okay."

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now