37 | Secret

148 15 17
                                    

Baekhyun POV

Wajah Hwa Min yang pucat itu aku pandang sayu. Kini, dia sekarang berada di rumah aku. Tadi, aku sempat panggil doktor peribadi aku untuk lihat keadaanya yang seperti mayat hidup ini tetapi aku berasa lega apabila doktor mengatakan yang Hwa Min demam sahaja. Dari petang tadi sehinggakan hari hendak lewat malam, Hwa Min masih lagi belum sedar. Ada sisi aku mengatakan yang aku bersyukur dia belum sedar kerana aku dapat memerhatikan wajahnya yang hampir setahun aku tidak lihat ini dan ada sisi aku juga yang mengatakan aku mahu dia segera bangun kerana aku risau.

"Minhyun.." Aku mengerutkan dahi saat Hwa Min tidak henti-henti menyebut nama yang aku pasti lelaki. Tapi siapa? Kalau hendak di ikutkan, nama kekasih dia Sehun, bukannya Minhyun. Sebelum Hwa Min pengsan juga, dia ada sebut nama lelaki itu dan dia terus melelapkan matanya. Tidak menunggu lama, aku terus mengoncangkan tubuh Hwa Min dengan berhati-hati dan dengan perlahan-lahan matanya terkebil-kebil terbuka.

"B-Baekhyun?"

"Iya, aku."

Hwa Min cuba menggerakkan badannya tetapi keadaannya seperti lemah sekarang kerana dia mengerang kesakitan sambil memicit kepalanya.

"Masih sakit, ya?"

"Awak buat apa dekat sini?"

"Ini rumah aku." Matanya membesar dan dia sekali lagi cuba untuk bangun tetapi malangnya dia mengadu kesakitan lagi sekali.

"Rumah awak? Sial." Aku tergelak kecil saat dia memperlahankan suaranya ketika mencarut.

"Kau rehat dulu, ya?"

"Tak, saya tak nak." Dia merengek. Aku tersenyum kecil. Ya tuhan, rindunya.

"Habis kau nak apa? Nak aku?" Dia terus sahaja menjeling aku tajam. Aku duduk di sebelahnya lalu mengambil tangannya dan menciumnya. Hwa Min membulatkan matanya dan laju sahaja dia menarik tangannya kembali. Dia mengelap tangan yang aku cium tadi menggunakan selimut yang membaluti di dirinya sekarang ini.

"Apa awak ni? Kalau isteri awak nampak macam mana." Hwa Min menampar bahu aku dan terus baring membelakangi aku dengan tangannya yang masih memicit-micit kepalanya. Tanpa menunggu lama, aku terus baring bersebelahan dengannya dan menolongnya mengurut kepalanya sendiri.

"Baekhyun, kalau awak nak ambil kesempatan, lebih baik saya balik." Baru sahaja Hwa Min mahu mencapai beg tangannya, aku segera menggenggam erat tangan itu.

"Di sini tiada Eunji, hanya kita berdua. Aku betul-betul rindukan kau." Aku memeluk pingannya dan dengan pantas dia menepis tangan aku dan malang sekali Hwa Min menepis tempat di mana tangan aku mempunyai kesan lebam. Aku mengadu sakit kerana tangan aku sepertinya terus berdenyut dan itu hanya mengundang ketawa sinis bagi Hwa Min.

"Sejak bila awak pandai berlakon, Baekhyun. Sudahlah, saya tak akan layan." Katanya separuh mengejek. Aku turun dari katil dan pergi ke arah meja solek di mana menempatkan krim tahan sakit. Aku mengambil krim tersebut dan sapu di bahagian tangan aku yang lebam dan meniup-niupnya.

"B-Baek, awak okay?" Aku memandang Hwa Min yang sedang tersandar di kepala katil. Wajahnya seperti risau.

"Iya, aku okay."

"Tapi, tangan awak macam l-lebam? Kuat sangat saya pukul?" Aku pantas menggeleng. Hwa Min cuba berjalan ke arah aku dengan beribu kerutan di dahi akibat menahan sakit di kepalanya. Melihatnya seperti mahu tumbang, aku segera pergi ke arahnya dan mendakap tubuhnya dari jatuh.

"Kau masih perlukan rehat."

----

"Tangan awak itu kenapa?"

Tanya Hwa Min secara mengejut. Aku tidak tahu mahu membalas apa kerana dia pasti terkejut bila dapat tahu kesan lebam ini datangnya dari mana.

Eunji.. Lebam ini angkara Eunji. Perempuan itu sangat licik. Jika aku tidak turuti arahan dia, dia pasti akan suruh orang upahannya memukul aku. Tentang penceraian itu, Eunji yang uruskan segalanya. Bukannya aku tidak pernah melawan. Banyak kali. Tetapi itulah, setiap kali aku melawan, makin teruk aku akan kena.

"Oh, terlanggar meja." Bohong aku. Hwa Min kerutkan dahinya lalu tangannya mengambil tangan aku yang mempunyai kesan lebam. Dia mengurut lembut.

"Awak tipu, kan?" Aku terdiam. Macam mana..dia boleh tahu? Aku memperbetulkan anak tekak dan cuba mengawal riak. Hwa Min masih lagi membelek tangan aku.

"Ya, saya tahu awak tipu." Dia meletakkan tangan aku di ribanya lalu dia memandang aku.

"M-Mana ada."

"Saya kenal awak bukan sehari dua. Ya, saya tahu status awak sekarang, bekas suami saya. Saya akan balas niat baik awak sebab tolong saya masa saya pengsan tadi. Jadi ceritalah, mana tahu saya boleh tolong." Dia memandang aku dengan muka sucinya. Sudah hampir setahun kami berpisah, aku bersyukur kerana dia masih kesahkan aku.

"Okay, kalau awak tak nak cerita tak apa." Suaranya mengendur. Tangan aku yang berada di ribanya, di alihkan.

"Bukan macam tu, Min. I-Itu hal rumah tangga aku, aku tak nak kau masuk campur." Hwa Min menganggukkan kepalanya berkali. Rasa bersalah pula aku cakap begitu kepadanya. Tapi memang betul, aku tak nak dia tahu Eunji itu bagaimana. Kalau Eunji tahu aku masih berhubung dengan Hwa Min, tidak mustahil dia akan hantar orang untuk bunuh Hwa Min pula.

"Oh, saya faham. Saya ni orang luar, buat apa nak tahu tentang rumah tangga orang, kan?"

"Janganlah terasa. Ini memang hal peribadi aku."

"Mana ada saya terasa. Saya tak kesah langsung."

Hwa Min langsung berdiri sambil memegang kepalanya dan sepertinya dia mahu berjalan keluar dari bilik. Aku cepat sahaja menahan badannya.

"Nak pergi mana?"

"Saya balik dulu."

"Aku hantar, ya?"

"Tak, tak perlu. Saya dah telefon pemandu saya. Terima kasih tumpangkan saya. Tentang hal syarikat pula, awak minta pekerja awak telefon sahaja pembantu saya di Jepun. Saya rasa saya tak larat nak uruskan." Katanya lalu melepaskan pegangan aku. Dia berjalan dengan perlahan sekali turun ke bawah. Aku hanya membontoti. Mahu sahaja aku memapahnya tetapi Hwa Min pasti tidak mahu. Sampai sahaja di hadapan pintu, aku meraih tangannya.

"Ini bukan kali terakhir kita berjumpa, kan?"

"Mungkin, ya."

Datar sahaja suaranya. Aku fikir selepas kami bertemu ini, keadaan akan menjadi lebih baik, rupanya tidak.

Sepertinya semakin keruh..

Dan saat Hwa Min masuk ke dalam perut kereta, aku baru teringat sesuatu. Minhyun..

Siapa lelaki itu?

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now