24 | Halmeoni

121 14 8
                                    

Bunyi pancuran air mengejutkan aku dari tidur yang lena. Aku meraba tempat di sebelahku.

Kosong.

"Babygirl.." Tutur aku perlahab. Sejurus selepas itu, bunyi pancuran air tidak kedengaran.

"Baekhyun, awak dah bangun kan? Tolong ambilkan bathrobe saya." Jerit Hwa Min dari bilik air. Aku terpaksa rajinkan diri juga untuk bangun. Aku melangkahkan kaki ke bahagian almari untuk mencari bathrobe tersebut. Suhu penghawa dingin sangat sejuk menyebabkan aku terlihat badan sendiri.

Oh, aku tidak pakai baju.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk mandi sekali. Tuala yang di gantung di tepi almari solek aku capai. Pintu bilik air aku ketuk beberapa kali dan Hwa Min membukanya. Dia hanya mengeluarkan kepalanya sahaja tetapi badannya di sorokkan di belakang pintu.

"Kau tak pakai apa-apa?" Tanya aku selamba. Muka Hwa Min pula sudah menjadi merah tomato.

"C-Cuma pakaian dalam.."

Aku tersenyum sinis dan aku terus menolak pintu itu sehinggakan aku dapat membolosi diri masuk ke dalamnya.

"Buat apa nak malu lagi, Min? Bukannya aku tak pernah lihat." Aku sangkutkan tuala yang aku ambil tadi di tempat penyangkut.

"Mana bathrobe saya?"

Ah, aku lupa nak bawa.

"Share je lah tuala tu."

"Yah! Byun Baekhyun!" Dia menampar lenganku dan terus masukkan diri ke arah tab mandi. Aku hanya mengekori.

"Baekhyun bagilah saya mandi dulu."

Aku menggeleng.

"Apa awak nak?"

"Nak kau."

"Dahlah saya nak keluar."

Belum sempat dia hendak keluar, aku terus menariknya ke dakapanku. Jantungku berdegup laju apabila kulit kami bersentuhan.

"Kau marahkan aku lagi?"

Dia hanya diam.

"Aku fikir apa yang kita buat malam tadi dapat buktikan yang aku betul-betul nak minta maaf dekat kau and I'm really love you, babygirl."

Dia memandang tepat anak mata aku dengan matanya yang berkaca.

"Saya sayang awak. Saya cuma takut kehilangan awak. Tolong Baekhyun, jangan tinggalkan saya lagi."

Aku mengangguk dan bibirnya menjadi sasaran aku pagi ini. Bunyi desahan Hwa Min lagi menambahkan nafsu kelelakian aku.

-

Hwa Min POV

"Omma, boleh tak kalau besok Min nak balik Korea?"

Seperti yang aku agak, senduk yang omma tengah pegang jatuh ke lantai dan matanya automatik membulat.

"Omma, boleh tak?" Rengek aku sambil merangkul tangan omma.

"Bukan tak boleh sayang, cumanya kamu kan baru duduk sini seminggu. Tak kan dah nak balik? Halmeoni yang masih terlantar dekat hospital itu pun kamu masih belum jenguk " Omma bersuara lembut. Tentang halmeoni itu pula, bukannya aku tak nak lawat tapi aku macam malas. Jangan fikir aku kurang ajar pulak, ya. Aku mana rapat dengan halmeoni belah appa. Jadi, aku akan berasa kekok kalau lawat dia.

"Omma macam tak tahu yang Min tak rapat dengan dia." Omma mengusap rambut aku dengan penuh kasih sayang.

"Lepas kamu jenguk halmeoni, omma izinkan kamu balik ke Korea." Aku hanya mengangguk dan terus naik ke atas.

"Ish, lamanya. Macam mana? Omma kau kasi?" Aku menggeleng lemah. Pandangan aku tujukan ke lantai. Rasa bersalah pula dekat Baekhyun. Dia yang beria nak bawak balik aku ke Korea.

"Why you are sad babygirl? Is it not your fault." Suaranya lembut. Aku tidak dapat tahan diri dari memeluknya.

"Omma suruh saya lawat halmeoni dekat hospital dulu baru saya boleh balik ke Korea."

"Oh, baguslah tu. Aku nak tengok juga muka nenek mentua aku." Walaupun aku tidak memandang mukanya sekarang ini, aku tahu yang dia tengah tersenyum. Senyuman dia selalu buatkan aku tersenyum juga.

"Nanti petang kita pergi, ya?" Aku melepaskan pelukan. Baekhyun hanya mengangguk dan diciumnya tangan aku tanpa amaran.

-

"Hwa Min?.."

Aku tersenyum kekok apabila Mina memanggil namaku. Mina ini anak kepada mak cik aku atau lebih tepat kakak saudara aku.

"Buat apa kau di sini?" Tanyanya sinis. Aku memeluk tubuhku tanda rimas dengan soalannya. By the way, aku dengan Mina memang dari kecil tak pernah nak berbaik. Sebab apa? Sebab, dia pernah dengki dengan kecantikan aku sampaikan dia sanggup letakkan kacang di dalam makanan aku. Kacang itu adalah alahan paling teruk aku. Lepas je makan makanan itu, badan aku terus memerah dan aku demam selama 5 hari. Dan sampai sekarang, dia tak nak minta maaf dengan aku.

"Hei, aku tanya ni, buat apa datang sini?" Mina menjeling aku tajam.

"Biasalah, nak cuci pakaian." Jawab lelaki di sebelah aku ini selamba.

"Eh, siapa dia ni Hwa Min?" Tanya Mina dengan matanya tidak lepas memandang Baekhyun dari atas sampai bawah. Ish, elak aku cungkil je mata dia.

"Oh, aku Byun Baekhyun. Teman lelaki merangkap future husband Son Hwa Min." Aku mencuit lengan Baekhyun dengan manja. Saja nak buat Mina jealous. Dari mata dia je aku nampak yang dia menyampah.

"Aku datang ni nak lawat halmeoni."

"Baru nak lawat?" Aku memandang gerangan yang baru bersuara sebentar sahaja tadi. Kakak appa, iaitu mak cik aku dan omma kepada Mina. Aku terus menundukkan hormat dan Baekhyun juga mengikuti aku.

"Sebelum ini saya busy aunty. Sorry." Aku menunduk tanda aku kesal. Tapi itu semua hanya lakonan. Aku betul-betul tak kesal. Lagi-lagi kena jumpa dengan perempuan-perempuan seperti ini.

"Oh, busy buat anak?" Aunty Son menjeling aku dan mengerling Baekhyun di sebelah aku ini.

"Siapa ini? Dah pandai dah bawa lelaki?" Mulut Aunty Son dengan Mina ni sama je pedasnya. Aku hanya mampu senyum dengan terpaksa.

"Min datang bukan nak cari gaduh tapi Min nak lawat halmeoni, petang ni Min dah nak balik Korea dah." Kata aku dengan sabar. Aku dah lah tak ada masa sekarang ini, boleh pula mereka nak lengah-lengahkan lagi masa aku. Tanpa sempat Aunty Son hendak membuka mulut, Baekhyun terus tarik tangan aku masuk ke dalam wad halmeoni.

"Aku tahu aku kurang ajar tapi aku tak tahan tengok kau kena kutuk sampai macam itu sekali dengan diorang." Nafas Baekhyun naik turun. Aku hanya mampu mengangguk kerana aku agak mood Baekhyun bukan dalam keadaan yang baik-baik.

"Cepat tengok halmeoni kau and then kita balik Korea." Aku terus ikut apa yang Baekhyun suruh. Aku labuhkan punggung di sebelah katil milik halmeoni. Aku memerhatikan setiap inci wajah halmeoni.
Wajahnya kusam. Bibirnya sangat pucat seperti mayat hidup. Rambutnya yang dulu hitam lebat sudah mula menjadi putih. Kali terakhir aku tengok halmeoni umur aku 10 tahun dan selepas itu kami sekeluarga tinggal di Korea. Tangan halmeoni yang berkedut itu aku pegang dan aku cium.

Terasa seperti berdosa pula sudah lama tidak jenguk halmeoni.

"Halmeoni..Min minta maaf" Aku cium bertalu-talu tangan si tua itu.

"Min tahu Min kurang ajar sebab dah dekat berbulan tak jenguk halmeoni. Min minta maaf.." Tanpa aku sedar, air mata aku mula menitik.

"Cepat keluar Son Hwa Min. Halmeoni pun tak suka agaknya tengok muka kau." Aku terus berdiri apabila Mina mula bersuara. Dahi halmeoni aku kucup perlahan dan sejurus itu Baekhyun terus memimpin aku keluar.

"Jeongmal mianhae helmeoni.."

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now