3 | Challenge

196 25 0
                                    

"Kamu terlambat 2 minit"

Shit.

2 minit je pun. Takkan nak berkira?

"Saya akan hantar nama ni pada cikgu disiplin" Aku dah mengeluh. Kali ini apa pulak denda yang aku akan kena.

-

Hidup aku datang ke sekolah memang bukan untuk belajar agaknya, tapi untuk cuci tandas atau benda yang berkaitan dengan tandas. Kali ini aku dipaksa untuk cuci bahagian tandas lelaki. Mungkin cikgu botak itu mabuk, sebab itu dia suruh aku cuci tandas pelajar lelaki.

For god's sake, aku ni perempuan lah BODOH!

Aku benci cikgu disiplin.

Sampai bila-bila.

-

Lelaki-lelaki yang tengah usha aku, aku abaikan. Aku benci buat kerja ini. Tandas lelaki bahagian senior ini teramatlah busuk. Sampaikan aku kekurangan oksigen.

"Semalam Baekhyun, hari ni kau pulak?" Aku abaikan sahaja mamat-mamat yang bersuara garau dekat belakang aku sekarang ini. Kalau aku layan makin menjadi-jadi, kan? Baik aku diam.

"Kau nak pengsan macam dia semalam jugak ke?" Kerja mencuci aku automatik berhenti. Aku pandang lelaki di hadapan aku ini. Rambutnya disikat kemas ke tepi membuatkan aku dapat lihat mukanya dengan lebih jelas. Nama di nametagnya aku baca.

'Jaemin'

"Semalam Baekhyun pengsan? Kenapa?" Tanyaku kepada lelaki tadi.

"Kenapa kau nak tahu? Kau suka dia?" Haah ek. Kenapa aku nak tahu? Bagi aku, Baekhyun tu adalah manusia paling annoying dan susah ditafsir. Aku tengok dia tu macam suspicious. Aku terus sambung balik kerja aku. Tak tahan aku lama-lama dekat sini.

"Baekhyun pengsan sebab geng aku pukul dia. Puas?" Lagi sekali kerja mencuci aku terhenti. Aku dah mula tak sedap hati bila aku dengar tapak kakinya menuju ke arahku. Aku tak ada kena mengena dalam hal ni kan? So, better aku lari.

Nasib aku memang selalu malang, baru beberapa tapak aku melangkah, aku tergelincir dan terus terjatuh.

"Aku tak sentuh kau lagi, kau dah sakit?" Jaemin berjalan ke arah aku dengan lebih dekat. Aku mula takut. Dia ni kenapa? Macam psiko pun ada. Aku hanya diam membisu. Jaemin hulurkan tangan dia untuk membantu aku berdiri tetapi aku terus sepak bahagian kemaluan dia sekuat hati aku.

Amik kau.

"Yah! Son Hwa Min!"

-

Baekhyun POV

"Aku tunggu kau dekat tempat biasa" Aku menamatkan panggilan aku dengan Kai. Setiap kali cuti sekolah ataupun stress, aku akan ke sini.

Kelab.

Inilah tempat aku luangkan masa, lepak dan puaskan nafsu aku. Kelab ini kepunyaan saudara aku, jadi dia tak kisah kalau aku yang bawah umur ni datang dan buat maksiat. Gelas yang berisi wain aku teguk dengan rakus sekali. Dah berbotol-botol aku minum. Aku rasa aku nak mabuk malam ni untuk lupakan apa yang jadi dekat sekolah semalam.

Selepas habis sesi memarahi Hwa Min, aku terus pergi ke tandas senior untuk membersihkan apa yang patut. Aku kena denda dengan Mr. Park sebab aku main telefon semasa dia mengajar. Apa? Aku tengah chat dengan girlfriend aku, tu pun nak sibuk ke orang tua?

Eunji, dia lah girlfriend yang aku maksudkan. Mungkin Eunji anggap aku dengan dia serious tapi tak bagi aku. Tak lama lagi aku tinggalkanlah dia.

"Hey, Baekhyun" Aku kenal suara ni. Suara manusia yang bencikan aku, Jaemin.

"Jangan kacau aku"

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now