43 | Not Dream

137 11 9
                                    

Maaf atas ke-lambat-an mengupdate. Mulut aku dipenuhi carutan bila tiba-tiba ada 3 chapter hilang pergi beraya juga. Sekian.

.
.
.
.
.
.
.
.

Lagi sekali, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kosong-kosong ya. Ikhlas dari saya dan suami, Byun Baekhyun.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

K bai.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Baek--Hyun"

Aku membuka mata perlahan-lahan dan tangan aku naik untuk membuka alat pernafasan yang berada di hidung aku. Aku memandang sekeliling sebelum pandangan aku jatuh ke sisi.

Ada seorang lelaki merehatkan kepalanya di atas lengan aku.

Aku cuba menggerakkan lelaki tersebut dan dalam masa beberapa saat lelaki itu tersedar. Dalam keadaan yang gelap begini memang menyukarkan aku untuk melihat wajahnya tetapi dari cara dia menggenggam tangan aku, aku kenal lelaki ini siapa.

"Min.."

"Baekhyun.."

Aku menutup mata erat apabila sudah berada di dakapannya. Sepertinya sudah bertahun-tahun aku tidak memeluk tubuh lelaki ini dan akhirnya hari ini aku dapat memeluknya. Terasa dunia ini seperti aku yang punya. Iya, aku bahagia di sampingnya.

"Min, aku rindu kau." Baekhyun semakin mengeratkan pelukan membuatkan aku semakin selesa. Tidak mahu lepaskan pun ada. Walaupun badan aku masih sengal-sengal tetapi aku biarkan sahaja. Baekhyun lagi penting, iya.

"Saya fikir saya tak dapat jumpa awak lagi." Baekhyun terus meleraikan pelukan lalu dia mendongakkan kepala aku untuk memandangnya. Lama dia tenung anak mata aku dan perlahan-lahan bibirnya yang basah itu di dekatkan di bibir aku hanya untuk seketika.

"Kenapa cakap macam tu, hmm?" Ada nada kekecewaan di sebalik percakapan Baekhyun. Aku pula sudah di huni rasa bersalah yang menggunung. Cakap tanpa fikir perasaan orang lain.

"Maaf." Aku menundukkan kembali kepala aku. Baekhyun ketawa kecil sebelum dengan selamnya dia mengangkat tubuh aku supaya ke tepi sedikit untuk memberikan ruangnya duduk di sebelah aku.

"Lepas ini, apa saja kesalahan kau, aku akan maafkan. Aku akan cuba rendahkan ego aku." Aku memandang Baekhyun dengan senyuman nakal.

"Maknanya saya boleh cari lelaki lain?" Tanya aku teruja, sengaja mahu memancing kemarahannya.

"Min, jangan buat hal. Kau aku punya seorang." Aku hanya tersenyum, Baekhyun juga. Dia membaringkan kepala aku di atas lengannya. Tangan aku dengan pantas memeluk tubuhnya erat dan kedudukan kami sekarang ini betul-betul rapat.

"Aku sayang kau."

Baekhyun mencium pipi aku.

"Saya sayang awak juga."

Aku membalas dengan mencium tangannya.

"Aku rindu kau."

Dia bermain dengan rambut aku membuatkan aku ketawa lembut.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now