13 | Gone

123 15 2
                                    

Hwa Min POV

"Miss?" Aku menggosok kedua belah mata aku. Buka sahaja mata, ada dua orang yang aku agak mereka adalah jururawat sedang memandang aku.

Sekejap, jururawat?

Aku di mana?

"Saya dekat mana?"

"Hospital."

"Oh ya. Saya temankan kawan saya, Baekhyun." Aku tersengih seperti kerang busuk apabila aku sudah mengingati balik apa yang berlaku. Tapi satu sahaja yang aku pelik. Tempat tidur di sebelah aku kosong. Mana pergi Baekhyun?

"Siapa kawan cik?"

"Baekhyun. Byun Baekhyun. Ada nampak dia tak? Tadi dia dekat sebelah saya." Aku tercari-cari kelibat Baekhyun tapi tiada. Dua orang jururawat itu saling berpandangan.

"Setahu saya tak ada pesakit nama Baekhyun dekat wad ini."

"Tipu!" Aku terus turun dari katil dan mencari Baekhyun di setiap penjuru bilik sambil memekik namanya.

"Bertenang cik." Salah seorang jururawat tadi menahan pergerakan aku yang seperti orang gila.

"Saya nak cari Baekhyun. Lepas! Baekhyun!!"

"Baekhyun!"

"Baekhyun!"

Tiada sahutan. Lagi sekali aku penat.

Aku penat dipermainkan.

Aku duduk di sudut bilik. Jururawat tadi mahu memapah aku duduk di kerusi tetapi aku mengelak. Kadang pandangan tajam juga aku berikan.

"Hwa Min!" Aku terus menolehkan kepala aku apabila ada juga suara yang aku kenal memanggil aku.

"Kai! Baekhyun mana?!" Kai pun sama. Dia mahu memapah aku tetapi aku mengelak. Beberapa kali dia cuba akhirnya dia berjaya. Dia membawa aku duduk di atas sofa lalu mengusap rambut aku perlahan. Dia mengarahkan kedua jururawat tersebut keluar untuk dia bercakap dengan aku.

"Baekhyun ada hal."

"Hal apa?! Dia sakit!" Laju sahaja aku menjawab.

"Ya. Memang dia sakit. Dia ada hal tentang kesihatan dia. Dia kena jumpa pakar."

"Mana dia sekarang?!"

"Buat masa sekarang ini, elok kau tidak perlu tahu. Jom kita balik?"

"Saya kena tahu! Baekhyun mainkan saya lagi kan?!"

"Aku hantar kau balik."

-

Pejam celik pejam celik sudah 4 bulan aku tidak berjumpa dengan lelaki bernama Baekhyun dan sampai sekarang juga aku tidak tahu dia di mana.

"Sayang.." Aku terus tersenyum lebar apabila gerangan yang aku tunggu muncul juga.

Kai.

Dia mencium dahi aku begitu juga pipi aku. Aku selalu bagi amaran keras apabila dia mahu mencium bibir aku kerana perbuatan itu akan mengigatkan aku kepada Baekhyun. Hari ini dekat 2 bulan aku dengan Kai menjadi pasangan kekasih. Aku bahagia bersama dengan Kai walaupun kadang-kadang segala kelakuan dia sama dengan Baekhyun.

"Ingat tak hari ini hari apa?" Tanya aku riang. Kai menggaru kepalanya yang aku agak tidak gatal kerana hari-hari dia memakai syampu Clear and Cleans.

"Hari isnin, kan?" Aku memusingkan bola mata aku. Jangan kata dia tak ingat.

"Selain hari isnin?"

"Oh ya.." Aku menanti jawapan seterusnya dengan tidak sabar.

"Hari ini Mr. Park nak minta homework semalam. Kau dah siap?" Kai memang annoying. Hari ini sudah genap 2 bulan kami bersama. Bulan lepas, Kai yang mengigatkan aku tentang hari seperti ini tapi tak mungkin bulan ini dia pula lupa.

"Uhm, saya dah siap. Kalau begitu, saya masuk kelas dahulu." Kata aku dengan nada kecewa. Aku rasa mahu menumbuk-numbuk sahaja wajah Kai tetapi lebih elok kalau aku merajuk dahulu, kan? Belum sempat aku berjalan Kai sudah rentap tangan aku. Aku segara menolehkan kepala menghadap dia.

"Happy anniversary sayang." Aku terus memukul Kai manja lalu mengalirkan air mata terharu.

"Aku takkan lupa tentang tarikh ini." Aku hanya tersenyum malu.

"Tutup mata." Aku turut sahaja arahan Kai. Aku merasa rambut yang berada di leher aku di selak ke belakang dan ada satu rantai yang sepertinya di gantungkan di leher aku.

"Buka mata." Aku membuka mata aku perlahan-lahan lalu melihat bahagian leher aku. Rantai leher yang berwarna silver elok tergantung di leher aku dengan corak love.

"Suka?" Aku angguk laju lalu memeluknya.

"Setiap bulan asyik awak sahaja yang hadiahkan saya. Kali ini biar saya pula." Kata aku seperti keanak-anakan.

"Nah, it's okey sayang."

"Tak baik tolak rezeki. Nah." Aku menghulurkan sekotak hadiah kecil kepada Kai. Dia mula-mula menolak tetapi aku memaksanya untuk mengambil dan membukanya.

"Min..seriously, mahal ini" Aku hanya ketawa kecil apabila mata Kai membulat dengan besarnya apabila dia membuka kotak hadiah pemberian aku.

Jam. Aku berinya jam.

"Itu sebagai tanda sayang saya dekat awak dan juga tanda terima kasih sebab sudi jadi teman lelaki saya."

"Auw, so sweet. Sejak bila kau pandai bagi ayat yang boleh buat aku terharu ini." Kai mengusutkan rambut aku dengan manja. Aku hanya ketawa dan biarkan sahaja perbuatan Kai yang tak ubah seperti anak-anak kecil.

"Attention please! Keputusan peperiksaan bagi pelajar atas sudah dikeluarkan di ruangan papan kenyataan belakang dewan. Sila rujuk nama masing-masing selepas waktu rehat."

Oh ya aku lupa. Bulan lepas pelajar senior ada menduduki ujian termasuk aku. Kai selalu ada dengan aku untuk ajar aku bab yang aku lemah. Maklumlah, dia pandai, genius pula itu. Jadi dia berharap sangat yang aku boleh lulus ujian kali ini dan tidak perlu ulang balik duduki ujian.

"Kau dah ready?" Aku hanya mengangguk. Aku tahu apa maksud dia. Aku berharap sangat yang aku akan lulus dan boleh pergi ke universiti yang sama dengan Kai.

"Baguslah. Nanti kita tengok sama-sama." Aku menangguk lagi lalu tersenyum.

-

Mata aku meliar mencari nama aku dan..yeahh!

Gred 9!

"Min, kau dapat gred berapa?" Tanya Kai teruja. Tahulah dia dapat gred 10.

"Gred 9." Aku cemberutkan muka menandakan yang aku kecewa. Kai sepertinya risau melihatkan aku. Aku mahu ketawa melihat riak wajahnya tetapi aku tahan. Aku masih kena teruskan lakonan aku.

"It's okaylah. Janji kau lulus. Aku harap kita dapat masuk Universiti yang sama." Ketawa aku ledak apabila nada Kai seperti memujuk.

Sumpah dia comel gila.

Tapi aku masih berharap yang Baekhyun buat semua ini dekat aku.

"Kenapa kau ketawa?"

"Awak comel." Kai tersenyum malu apabila aku memuji dia. Aku hanya memutarkan bola mata aku tanda menyampah. Aku begitu tidak menyangka Kai dulu dengan Kai sekarang sudah lain. Dulunya dia seorang yang dingin kepadaku dan sekarang dia sahaja yang mampu membuatkan aku tersenyum dan juga ketawa. Aku bersyukur kerana kenal Kai. Sekurang-kurangnya, dengan adanya Kai aku boleh lupakan lelaki tak guna itu sedikit demi sedikit.

Terima kasih Kim Jong In.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now