26 | Will

117 14 5
                                    

"Min..aku minta maaf"

Hwa Min memandang aku dengan sisa air matanya yang tinggal. Betapa berdosanya aku lihat tangannya memegang luka yang aku buat sebentar tadi. Hwa Min menundukkan mukanya ke bawah. Aku terus sahaja labuhkan punggung di sebelahnya dan memeluknya.

"Min, aku betul-betul minta maaf."

"Baek, sakit.." Adunya dengan pilu. Aku melepaskan pelukan dan mengangkat wajahnya supaya memandang aku.

"Jangan menangis. Aku sakit tengok kau menangis babygirl." Aku memandang tepat anak matanya. Rambutnya yang menutupi muka aku selakkan ke belakang dengan penuh rasa kasih sayang.

"Apa awak fikir mudah saya nak maafkan orang yang dah lukai saya?" Tanyanya dengan sedu sedan. Aku terus dihuni rasa bersalah yang amat.

"Min aku janji aku takkan buat lagi " Hwa Min menggeleng.

"Keluar Baekhyun. Bagi saya masa untuk seorang diri." Aku menolak sekeras-kerasnya arahan Hwa Min. Aku sudah berjanji yang aku akan ubati luka dia dan sekarang aku mahu tepati. Aku buka kotak first aid tadi dan keluarkan barang yang aku perlukan.

Aku sapu ubat antiseptik di tempat luka Hwa Min. Dia mengeluh kesakitan tapi aku asyik suruhnya tahan. Setelah siap, aku tampalkan dengan plaster di bahagian lukanya. Dan, siap.

"Thanks..Sekarang awak boleh keluar." Dia masih lagi tidak memandang aku. Aku tersenyum kecil sebelum mengangkat mukanya lagi untuk memandang wajah aku.

"Aku tahu babygirl aku ini pemaaf, tapi cuma ego dia saja yang jadi tembok penghalang. Dan aku tahu juga yang babygirl aku ini seorang yang lembut hatinya." Aku mencium dahi Hwa Min lama. Walaupun tangisan dia masih kedengaran, aku tahu yang dia tersenyum dalam tangis.

-

Telefon Hwa Min yang tidak berhenti bunyi itu cepat-cepat aku angkat kerana tidak mahu mengejutkan Hwa Min. Dia masih tidur dengan lena jadi aku tak nak ada sesiapa pun yang kacau.

"Ya hyung, ada apa?" Jawabku dengan kantuk yang masih ada.

"Ini suara Baekhyun, kan? Hwa Min mana? Hyung ada benda nak cakap dengan dia"

"Min tengah tidur. Hyung cakap je lah sekarang. Besok pagi Baek sampaikan."

"Cepat datang sini sekarang! Hal..halmeoni dah tak ada.."

Mataku membulat. Talian aku matikan dan badan Hwa Min aku goncang perlahan untuk mengejutkannya.

"Min, bangun. Aku ada benda nak cakap."

"Uhn, tunggulah siang."

"Min, ini pasal halmeoni kau. Tadi Minhyuk hyung call, dia cakap yang halmeoni dah tak ada."

"Apa?!"

-

Hwa Min POV

Mendiang halmeoni di bawa balik ke tempat asalnya iaitu, Korea. Halmeoni ke Jepun pun sebab pihak hospital Seoul yang menyuruhnya untuk dapatkan rawatan dari doktor pakar.

Selepas acara penghormatan terakhir halmeoni, kami semua berkumpul di rumah halmeoni yang lama. Lama rasanya aku tidak jejakkan kaki ke sini semenjak halmeoni di bawa ke Jepun. Rumah ini tiada siapa jaga jadi ia agak berhabuk.

Peguam halmeoni yang sibuk bersembang dengan appa itu aku pandang selepas itu appa pula mengarahkan kami sekeluarga duduk di meja utama iaitu di ruang tamu.

"Baiklah, biar saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Choi Hangguk, peguam kepada mendiang Puan Son Mirae. Saya akan membacakan wasiat yang ditinggalkan oleh mendiang Puan Son hari ini. Sebelum itu, adakah semua keluarga Puan Son sudah berkumpul?" Tanya peguam itu. Aku hanya menunduk. Malas mahu mengambil kisah. Aku mahu jumpa Baekhyun sekarang ini. Dia kini berada di luar kerana orang luar tidak boleh masuk campur tentang perbicaraan wasiat ini.

"Semua dah ada. Baik Encik Choi cepatkan lagi pembacaan wasiat itu." Laju sahaja Aunty Son jawab. Tahulah dia tak sabar nak dapat harta halmeoni.

"Baiklah, seperti yang sedia maklum, mendiang telah menulis surat wasiat ini 3 tahun yang lepas sebelum mendiang di sahkan menghidapi sakit jantung tahap kritikal.."

"Dan seperti yang anda semua sedia maklum juga, mendiang mempunyai banyak aset yang bernilai jutaan ringgit di Seoul. Syarikat jualan produk kecantikan di Jepun akan diuruskan oleh Encik Son Hyun Jung.."

Aku membulatkan mataku. Wah, tak sangka halmeoni akan serahkan syarikat itu dekat appa.

"Syarikat yang berada di Seoul pula akan di jaga oleh anak kepada Encik Son Hyun Jung.."

Tolonglah sebut nama Minhyuk oppa.

"Son Hwa Min.."

Pandangan aku terus teralih kepada peguam itu. Biar betul apa yang dia baca ini. Aku kan masih belajar.

"Tak! Ini mungkin salah faham. Takkan budak mentah ini yang kena uruskan syarikat tersebut?!" Bahu aku terhinjut ke atas kerana Aunty Son menghentak meja.

"Maaf puan, jangan masuk campur sehingga saya belum habis cakap.."

"Baik, berbalik kepada perbicaraan saya, 50% dari wang mendiang Puan Son akan diberikan kepada Encik Hyung Jung dan isteri. 15% kepada Son Minhyuk dan 20% kepada Son Hwa Min. 10% kepada Son Hi Jae dan akhir sekali, 5% akan diberikan kepada Son Mina."

"Eh sekejap! Kenapa saya cuma dapat sebegitu sikitnya sedangkan saya yang jaga mendiang dua puluh empat jam sehari?!" Bantah Aunty lagi. Aku ketawa kecil. Rupanya dia menjaga halmeoni sebab mahukan harta halmeoni. Heh, dasar materialistik!

"Maafkan saya Puan, ini amaran terakhir. Jangan menyampuk ketika saya bercakap."

"Dan pesanan yang terakhir dari mendiang, dia mahukan anak perempuan Encik dan Puan Son menyerahkan syarikat itu kepada suami apabila tiba masanya.."

"Baiklah, perbicaraan tamat. Ada apa yang mahu di tanya boleh bertanya sekarang?"

"Saya!" Omma mengangkat tangannya.

"Ya, Puan?"

"Anak saya belum berkahwin lagi, macam mana dia nak serahkan syarikat itu?"

"Oh, tentang itu. Puan harus kahwinkan anak Puan secepat mungkin kerana wasiat ini adalah peninggalan terakhir dari seseorang yang sudah tiada. Jadi, lagi cepat proses penyerahan, lagi bagus. Mendiang pasti akan tenang."

Kata peguam itu lagi. Aku sudah tidak tentu arah. Dengan siapa aku mahu berkahwin? Aduhh.

"Saya nak bantah." Aduh, sudah macam parti politik pula Aunty ini.

"Tiada bantahan diterima Puan. Kalau tak ada apa-apa lagi saya akan balik."

"Omma, Min tak nak kahwin lagi." Rengek aku tetapi di abaikan omma

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now