39 | Admit It

137 17 31
                                    

Aku mengurut pelipis. Kepala aku semakin berdenyut dan aku asyik rasa mahu memuntahkan isi di dalam perut aku. Aku bukan mengandung ya. Aku mengambil remote penghawa dingin untuk menurunkan suhu.

"Puan Son, ada orang nak jumpa." Terkejut aku dibutnya tiba-tiba pembantu rumah membuka pintu tanpa mengetukanya. Aku mengerutkan dahi.

"Siapa pula?" Pembantu rumah tersebut hanya menggeleng. Aku memperbetulkan posisi aku yang sedang berbaring ini.

"Tanya dia apa nama dia."

"Byun Baekhyun." Aku terus sahaja memandang gerangan yang bersuara tersebut. Hampir luruh jantung aku melihat Baekhyun yang berdiri dengan tangannya di masukkan ke dalam kocek seluarnya. Dia tersenyum ke arah aku membuatkan aku menjelingnya.

"Jangan masuk dalam bilik ini." Aku memberinya amaran tetapi itu hanya mengundang gelak tawa bagi Baekhyun. Dia dengan selamba masuk ke dalam bilik aku dan terus melabuhkan punggungnya di atas katil aku.

"Baekhyun, baliklah. Buat apa datang sini?" Aku memeluk tubuh, sejuk. Baekhyun hanya diam tidak membalas soalan aku tadi. Aku mahu tidur tetapi tidak selesa apabila Baekhyun asyik terus-terusan melihat aku. Tidak menghiraukannya, aku cuba geselkan tangan aku lalu tekupkan ke pipi aku, memberikan rasa hangat ke seluruh muka.

"Dah makan?" Tanyanya. Aku memandangnya sebelum mengangguk.

"Tipu kan? Puan Oh kata kau tak makan pun bubur yang dia buat tadi." Aku menjelingnya sebelum menutup mata aku rapat. Dah datang dah penyakit ni..

"Sakit sangat?" Aku mengangguk lalu mengurut kepala aku. Aku perasan yang Baekhyun semakin dekati aku dan dia mengalihkan tangan aku lalu dia mengurut kepala aku.

"Baekhyun, tak payah susah-susah." Baekhyun hanya menggeleng. Aku hanya katup mata rapat, menikmati setiap sentuhannya. Jujur aku kata, memang selesa. Mahu menolak tetapi aku benar-benar senang dengan urutannya yang cukup lembut dan selesa, seperti pakar.

Mata aku terus terbuka saat aku merasakan ada benda lembut yang menyentuh dahi aku.

Baekhyun cium aku.

Aku mahu menolak tetapi ciumannya betul-betul hangat. Aku memejam mata rapat, menikmati sentuhan dari bibirnya yang lembut itu. Ciumannya terputus saat Minhyun tiba-tiba menangis. Aku terus menolak tubuh Baekhyun dan mahu berdiri tetapi Baekhyun menghalang.

"Biar saya yang uruskan baby. Awak rehat." Aku kerutkan dahi aku saat aku tersedar yang Baekhyun cakap sesuatu. Awak-saya? Apa aku tak salah dengar? Aku hanya biarkan Baekhyun mengambil Minhyun ke dakapannya. Tanpa aku sedar, aku tersenyum kecil apabila melihat Baekhyun memujuk Minhyun tenang.

Sungguh, Baekhyun mempunyai ciri-ciri bapa yang penyanyang.

"Senyum apa, Min." Baekhyun menyindir. Aku hanya menjelingnya dan itu hanya mengundang tawa kecil untuk Baekhyun. Baekhyun mendekati aku dengan Minhyun yang masih di dalam gendongannya.

"Apa awak buat? Letaklah baby dalam tu je." Aku berdecit sebelum Baekhyun meletakkan Minhyun di sebelah aku. Baekhyun pula berbaring di sebelah Minhyun. Posisi kami sekarang, Minhyun berada di tengah-tengah di antara kami berdua.

"Apa awak buat ni Baekhyun?" Baekhyun diam. Dia memandang aku dan Minhyun silih berganti dengan senyumannya yang betul-betul kelihatan ikhlas di mata aku.

"Lihat ini.." Baekhyun mengambil jari telunjuk aku lalu diletakkan di bibir nipis milik Minhyun lalu mata aku terbuntang saat dia meletakkan jari aku di bibirnya pula. "..sama kan bibir kami?"

Oh, rupanya dia perasan juga yang bibir dia sama dengan anaknya ini.

Aku masih lagi diam. Tidak menggeleng mahupun mengangguk. Baekhyun menggeleng perlahan lalu tersenyum kecil.

"Baby, tengok omma tu, ego. Dia masih tak nak mengaku yang appa ni bapa kandung baby." Ada kedengaran nada kecewa di sebalik percakapan Baekhyun. Aku rasa betul-betul bersalah sekarang ini. Baekhyun mendekatkan mukanya dengan Minhyun lalu di cium pucuk hidung milik Minhyun.

"Appa minta maaf sebab dulu appa tak ada masa baby lahir. Appa memang bukan appa yang baik, tapi baby kena tahu, kasih sayang appa dekat baby dengan omma tak pernah kurang."

Ya tuhan, kenapa aku rasa nak menangis.

"Bila baby dah besar, jangan pernah melawan omma kalau appa dah tak ada. Jadi budak baik, dan yang paling penting, jangan jadi playboy yang tak guna macam appa." Bahu aku terhinjut saat Baekhyun tiba-tiba menggenggam tangan aku erat. Aku tersenyum lembut ke arahnya. Aku betul-betul terbuai sekarang ini.

"Appa tak nak baby sakitkan hati perempuan macam appa pernah sakitkan hati omma dulu, banyak kali. Kalau baby tahu perangai sebenar appa, mesti baby malu. Appa teruk. Teruk sangat." Aku mahu sahaja membidas kata-kata Baekhyun tetapi sepertinya mulut aku terkunci, membiarkan Baekhyun selesaikan percakapannya dahulu.

"Appa nak tahu baby ini anak kandung appa dari mulut omma sendiri. Bukan orang lain."

Baekhyun memandang aku. Aku cepat-cepat larikan anak mata daripada bertentangan dengannya. Aku betul-betul sebak sekarang ini. Menyedarkan aku tidak memberi apa-apa reaksi, Baekhyun melepaskan tangan aku lalu dia cium bibir Minhyun dan dahi Minhyun, lama.

"Appa balik dulu, sayang."

Baekhyun bangun dari katil dan melangkah ke arah aku. Aku jadinya mahu terkucil di sini juga. Baekhyun menundukkan badannya lalu dia mencium dahi aku buat kedua kalinya tanpa aku menolak.

"Baek--"

Aku mati kata saat bibir Baekhyun mula mencium bibir aku, lembut sekali. Entah kenapa, aku merasakan ciuman ini sungguh berat sekali. Aku betul-betul mahukan ciuman ini jadi aku membalas. Baekhyun tersengih lalu di dekatkan lagi kedudukan kami. Aku hanya mampu menahan malu.

Aku menghentikan ciuman dahulu kerana kehilangan nafas. Baekhyun pula hanya tersenyum manis.

"Saya balik dulu." Katanya separuh membisik. Aku hanya diam. Mahu sahaja aku menyuruhnya tinggal lebih lama di sini tetapi bila di fikirkan dia sudah mempunyai isteri. Baru sahaja Baekhyun mahu melangkan pergi, aku pegang tangannya.

"Ada apa?"

"Baby.." Aku menghela nafas berat. Aku pandang Baekhyun dan Minhyun sebelum sambung percakapan aku semula.

"Iya, dia anak awak. Anak kita."

Baekhyun tersenyum lembut lalu dia pantas memeluk aku. Air mata aku tidak usah cakap, laju sahaja mengalir. Baekhyun berkali-kali mencium ubun-ubun aku. Aku dapat lihat kegembiraannya apabila aku mengakui Minhyun anaknya.

"Syukurlah. Akhirnya awak mengaku juga." Baekhyun tersenyum. Aku jadinya tersenyum juga melihat senyumannya yang begitu manis itu.

"Nama dia apa?" Aku kerutkan dahi. Jadi Baekhyun belum tahu nama Minhyun apa. Patutlah dia asyik panggil Minhyun baby sahaja.

"Minhyun. Son Minhyun." Mata Baekhyun terbuka luas. Aku jadinya hairan, aku ada salah cakap ke?

"Saya fikir Minhyun itu kekasih awak sebab masa awak pengsan tempoh hari, awak tak habis-habis sebut nama dia." Baekhyun cemburut. Dengan tidak malu aku menarik pucuk hidungnya dengan tawa.

"Someone jealous here."

"Yes, I am."

Dan aku sama-sama tergelak bersama Baekhyun. Kalaulah, kami masih bergelar suami isteri, pasti kami bahagian tanpa orang ketiga iaitu Eunji.

Kalaulah..

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now