25 | Changed

129 13 21
                                    

"Baekhyun, awak tinggal dekat rumah saya ya hari ini?" Aku agak Baekhyun tidak dengar apa yang aku cakap sebab dia sibuk bermain dengan telefonnya. Mungkin masih chat dengan Mina sebab tadi Mina sanggup datang rumah omma semata-mata nak nombor telefon Baekhyun.

"Baekhyun, awak dengar tak?" Tanya aku tidak puas hati. Baekhyun memandangku sekilas dan terus memandang telefonnya kembali.

"Ya, aku dengar. Kalau nak satu bilik pun boleh." Aku menjelingnya tajam. Baekhyun masih lagi sibuk bermain dengan telefonnya. Aku kerling telefon Baekhyun dan lihat nama si penghantar mesej.

Minaa ♡

Mata aku membesar lalu aku terus mengalihkan pandangan ke luar tingkap apabila aku merasa ada air jernih yang bakal keluar tidak lama lagi.

-

Bagasi aku keluarkan satu persatu tanpa bantuan Baekhyun. Berat bukan main sampaikan aku sendiri mengeluh.

"Cik nak tolong saya angkatkan?" Aku mengangguk sambil lap peluh apabila pemandu uber bertanya. Aku kerling Baekhyun yang masih belum keluar dari perut uber. Nampaknya dia sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Aku tidak mahu mengambil tahu kerana aku tahu itu Mina.

"Dah siap cik." Aku tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

"Ah, ahjussi. Duit tambang minta dekat lelaki dalam kereta tu, ya?" Pemandu teksi itu memandang Baekhyun yang masih di dalam kereta itu dan aku silih berganti. Mukanya seperti confuse.

"Tapi cik..lelaki dalam kereta tu suruh cik yang bayarkan."

The hell, Byun fucking Baekhyun.
-

Aku menghempas pintu bilik tanda geram. Ada ke patut Baekhyun suruh aku yang bayarkan? Wah, ini lebih. Dia sepatutnya di ajar. Dahlah dia yang ajak aku balik Korea, tapi dari dalam kereta sampai sekarang dia tak nak layan aku.

Tadi aku sempat tangkap yang Baekhyun mencarut. Aku pun dekatkan diri dengannya untuk mengetahui kenapa dia mencarut. Rupanya, bateri telefonnya habis. Disebabkan bateri telefon dia habislah, dia tak boleh contact dengan Mina. Aku pun tak tahu angin mana yang sampuk Baekhyun sampai dia terpedaya dengan Mina. Dekat hospital pagi tadi bukan main menyampah. Ish, elak tangan aku lekat dekat pipi dia sahaja.

Aku hempaskan tubuh ke atas katil. Mulut aku tidak berhenti terkumat-kamit mencarut pada Baekhyun.

Apa aku nak buat sekarang ini?

Kalau aku masih di Jepun, tentu aku sedang meluangkan masa bersama Seh--. Eh, aku lupa nak bagitahu Sehun yang aku sudah balik Korea. Aduh, bodoh Hwa Min. Lagipun dia mesti sibuk kerja dekat syarikat appa. Nak call pun mesti dia ada banyak kerja. Jadi, aku mengambil keputusan untuk call dia pada waktu malam sahaja.

Bagasi tadi aku buka dan mengambil pakaian yang aku hendak pakai. Rasanya aku perlukan udara luar untuk datangkan balik mood aku. Tidaklah aku rasa kesunyian dan terasa kena palau oleh 'boyfriend' sendiri.

Uh!

-

Suara kanak-kanak ketawa menerpa telinga aku. Sudah lama rasanya aku tidak ke taman. Banyak juga perubahan dekat taman ini. Aku labuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Mata aku tutup serapat-rapat yang boleh untuk lupakan tentang Baekhyun sampaikan ada seorang kanak-kanak memanggil namaku.

"Omma.." Aku terus sahaja membuka mata dan lihat seorang kanak-kanak lelaki sedang memegang kon aiskrim di tangan kirinya.

"Eh, saya bukan omma awak." Tutur aku perlahan untuk tidak menyinggung perasaan kanak kecil ini.

"Tapi muka aunty macam omma Jong In." Serta merta mulut aku terkunci apabila kanak lelaki ini menyebut nama tersebut.

"A-Apa nama adik tadi?" Tanya aku dengan ragu-ragu.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now