14 | Kim Jong In

113 13 13
                                    

4 tahun kemudian...

"Min, kau punya kekasih dah tunggu dekat luar!" Mendengar jeritan dari Eunha, rakan sebilik aku, aku terus campak selimut entah ke mana. Aku lupa hari ini merupakan cuti terakhir bagi pelajar di Universiti dan hari ini jugalah Kai mahu ajak aku keluar. Tuala aku capai dan masuk ke dalam bilik air. Tidak sampai 5 minit aku keluar lagi. Muka aku tepek dengan bedak ala kadar dan juga sedikit lipstik di bibir. Aku memilih baju berwarna kuning cair dan seluar jeans paras lutut.

Siap!

"Bye Eunha!" Aku terus tutup pintu dan keluar dari halaman rumah. Aku nampak Kai hari ini lain seperti yang lain. Dia memakai t-shirt hitam dan tak lupa juga jaket hitam juga di sarungkan di badannya. Seluarnya juga hitam dan bahagian lutut seluar itu koyak-koyak. Speak hitam juga dipakainya.

"Kai." Aku menegurnya dan memegang bahunya. Sejurus sahaja dia memandang aku, telefonnya terus di simpan di dalam kocek dan dia terus masuk ke dalam kereta tanpa berkata apa-apa. Aku hanya ikutkan sahaja langkahnya. Biasanya, kalau Kai diam begini, pasti moodnya tidak baik.

-

"Awak nak bawa saya pergi mana?"

Senyap.

Kai hanya memfokuskan matanya ke arah lebuhraya. Aku jadinya sentap sendiri. Tidak pernah sekalipun Kai mengabaikan aku tetapi sekarang kenapa dia begini? Sudah pastinya ada sesuatu yang aku tidak tahu lagi.

"Kai, awak okay?"

"Kau boleh diam?" Mendengarkan ayat itu keluar dari mulutnya, aku terus sahaja diam lalu membuang pandangan aku ke luar tingkap. Aku fikir dia mahu memujuk aku tetapi tidak sehinggakan kami berdua sampai ke destinasi.

Sampai sahaja di depan cafe, Kai terus sahaja keluar keluar dari kereta dan berjalan dengan biasa masuk ke dalam cafe. Apa dia tidak perasan aku masih bernyawa di sebelahnya? Sekurangnya-kurangnya ajaklah aku masuk bersama dengan dia. Aku sempat kutuk dia dengan beberapa carutan yang kurang elok didengari dan terus berlalu keluar. Mata aku meliar mencari kelibat Kai di dalam cafe tetapi tidak jumpa.

"Sini." Mendengarkan suara Kai memanggil aku, aku terus berlalu ke tempatnya duduk. Dia masih lagi memandang telefonnya dan kadang dahinya berkerut dengan sendiri.

"Memangnya telefon tu lagi penting dari saya?" Aku memeluk tubuh menanti jawapan darinya tetapi hampa. Kai masih lagi dengan telefonnya. Aku cukup bengang dan tanpa menunggu lama aku terus berdiri dan mahu berlalu pergi tetapi malang sekali, Kai terlebih dahulu menahan tangan aku.

"Min.."

Kali ini aku pula yang diam. Kai menghela nafas berat sebelum menyuruh aku duduk kembali.

"Aku minta maaf."

Masih lagi merajuk dengannya, aku hanya diam sambil berpeluk tubuh.

"Dengar ini baik-baik, aku cakap sekali saja." Mendengarkan suaranya mula serius, aku cuba mengabaikan ego aku dan aku memandangnya.

"Apa?"

"A-Aku..nak putus. Kita putus. Mulai sekarang kita buat haluan masing-masing." Selepas sahaja Kai berkata begitu, dia terus meninggalkan aku yang kehilangan kata. Dia berlalu keluar dengan tenang tetapi aku? Aku sudah teresak menangis di sini. Tanpa menghiraukan pandangan orang lain, aku menjerit dengan sekuat hati.

"BODOH!"

-

Kai POV

"Ah!" Aku menjerit dengan penuh frustasi. Kata-kata yang aku ungkapkan ke Hwa Min sebentar tadi asyik bermain di benak fikiran aku. Ikutkan hati, mahu sahaja aku melayannya buat kali terakhir tetapi mustahil. Ianya akan menjadikan aku berat hati untuk melepaskannya.

Kenapa aku putuskan dia?

Ini kerana, mesej yang Baekhyun beri malam semalam.

'Kai, besok aku dah pulang ke Korea. Jangan lupa jemput aku, ya? Soal Hwa Min pula, jangan beritahu dia apa-apa.'

Pastinya dia akan kecewa jika dapat tahu yang selama 4 tahun ini aku menjalinkan hubungan dengan Hwa Min. Aku mengeluh nafas berat apabila teringatkan kembali saat aku mengabaikan Hwa Min. Itu memang sengaja aku lakukan kerana aku tidak sanggup melihat kemanjaanya apabila dia berdekatan dengan aku.

Itu semua benar-benar menyakitkan.

Baru sahaja air mata air mata lelaki aku mahu tumpah, telefon aku bergetar menandakan mesej masuk. Laju sahaja aku membuka kerana aku fikir dari Baekhyun, tetapi Hwa Min.

'Beri saya alasan kenapa awak nak putus.'

'Kai, please..'

'Katakanlah saya perempuan tak tahu malu atau apa tapi tolonglah..jangan tinggalkan saya..'

Seperti dapat dengar suaranya yang sedang merayu kepada aku mengatakan isi hatinya. Aku betul-betul sebak sekarang ini. Aku meraup muka aku saat ada lagi satu mesej masuk. Kali ini bukan dari Hwa Min tetapi, Baekhyun.

'Kai..aku dah sampai ni. Aku tahu kau belum sampai so better kau cepat sikit sebelum aku bunuh kau.'

--

Baekhyun POV

Dekat 1 jam tetapi kelibat Kai masih belum kelihatan. Aku menghela nafas berat sebelum mendail nombor Kai berkali-kali sehinggakan aku hendak melempar telefon aku ke tanah.

Drtt.

Drtt.

Aku tersenyum kegirangan saat nama Kai terpapar. Dengan pantas aku segera menekan punat hijau untuk menjawab panggilannya.

"Yah! Kau dekat mana?!"

"Uhm..sorry. Ini siapa?"

Aku memandang skrin telefon kembali. Kenapa suara perempuan yang berada di talian?

"Ini siapa, ya?"

"Ah, saya Doktor Lee. Kalau encik kawan rapat mendiang Jong In, boleh datang ke hospital? Secepat mungkin."

Apa aku tak salah dengar?

Mendiang?

"Sekejap..awak cakap mendiang Jongin. Kim Jong In?"

"Iya. Maaf atas berita itu..pihak kami tidak dapat berbuat apa-apa sebab mendiang terlibat dalam kemalangan besar."

-

Hwa Min POV

"Hwa Min, hari ini majlis pemakaman Kai. Awak betul tak nak pergi?" Aku menggeleng lemah sambil menangis memeluk foto frame aku bersama Kai. Eunha duduk di sebelah aku lalu memeluk aku erat.

"Hwa Min, saya tahu awak kuat. Kita pergi sana sekejap, selepas itu kita balik, ya?"

Aku masih lagi menggeleng. Aku seperti tidak percaya yang aku akan menerima dua berita buruk dalam satu hari.

Pertama, Kai meminta putus.

Dan kedua, Kai sudah pergi dari dunia ini.

How can I accept this?

"Hwa Min, please..saya janji kita akan balik awal. Lagipula awak kan pernah jadi kekasih Kai, jadi tiada sebab untuk awak tidak hadir." Aku mengeluhkan nafas berat sebelum setuju dengan pelawa Eunha.

-

Aku hanya duduk di luar sahaja, menangis tidak henti-henti sehinggakan ada beberapa orang tegur dan aku itu hanya menambahkan hiba dalam diri aku.

"Hwa Min.." Eunha menepuk bahu aku lalu dia memeluk aku sekali lagi.

"S-Saya nak balik.."

"Okay, jom."

Aku langsung sahaja berdiri dan sempat aku mencuri pandang di bahagian dalam dan tiba-tiba mata aku terus sahaja bertembung dengan..

Baekhyun?

Wah..

Berita apa pula kali ini?

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now