32 | Same

155 17 44
                                    

"Sayang.."

Aku terus mengalihkan pandangan ke arah Baekhyun yang masih lagi menutup matanya di atas katil. Aku tersenyum kecil saat dia menggeliat seperti kanak-kanak kecil.

"Ada apa, Baekhyun?" Aku mendekatinya lalu duduk di sebelahnya. Dia memeluk aku dalam keadaannya yang masih berbaring.

"Kau dah mandi?"

"Iya."

"Kenapa awalnya? Aku nak mandi dengan kau." Baekhyun mencebik. Aku menarik hidungnya lalu berdiri dan menarik tangannya untuk berdiri juga.

"Kenapa tarik aku ni? Aku nak tidur lagi."

"Saya mandikan awak, nak?" Baekhyun tersenyum senget lalu mengangguk laju. Apabila melihatnya pagi-pagi begini dengan keadaannya yang masih lagi tidak berbaju hanya menambahkan perasaan malu dalam diri aku tetapi aku tidak kisahkannya sekarang. Yang aku kisakan adalah Baekhyun, aku betul-betul mahu bersamanya sekarang ini.

----

Aku menilik diri aku di depan cermin sekali lagi. Pagi tadi, Baekhyun baru beritahu aku yang ada majlis makan malam hari ini dan aku sedikit mengeluh kerana aku belum buat persediaan apa-apa langsung.

Sungguh, sedih.

"Sudah siap?"

Aku hanya menggumam malas. Iya, memang aku betul-betul malas ke majlis makan malam itu kerana pakaian aku agak ringkas sahaja. Mungkin tetamu-tetamu yang hadir makan malam ini akan kelihatan glam sedangkan aku? Hanya mengenakan pakaian biasa.

"Kenapa diam ni, hmm?" Suara Baekhyun mematikan lamunan aku. Aku tetus sahaja memandangnya yang betul-betul dekat dengan aku. Aku meneliti setiap sudut badan Baekhyun dan lihatlah pakaiannya, sangatlah segak dan bergaya.

"Tengoklah pakaian saya, buruk awak tahu. Ini semua salah awak, cakap last minute. Kalau cakap awal sikit bolehlah saya prepare baju."

Aku memuncungkan bibir aku tanda merajuk tetapi Baekhyun malah mencium sekilas. Tidak termakan dengan ciumannya, aku terus mengambil beg tangan dan berjalan ke arah kereta dan pintu kereta aku tutup sekuat mungkin tanda aku betul-betul protes.

"Min, tak kisahlah kau pakai apa pun, tetap cantik."

Aku hanya diam sambil membuang pandangan ke luar tingkap.

"Kau tahu apa sebab aku tak mahu beritahu awal-awal?"

"Sebab apa?"

"Sebab, kalau aku beritahu awal-awal, kau pasti akan cari butik untuk ditempah. Itu aku tidak kisah, yang aku kisah, setiap pakaian kau boleh dikatakan menjolok mata tahu. Aku tak akan biarkan mana-mana lelaki meneroka badan kau hanya di sebabkan pakaian kau yang seksi itu."

Pernyataan Baekhyun membuatkan aku malu sendiri. Aku terus sahaja menjelingnya. Sengaja mahu perli aku atau apa.

"It's already late. Lebih baik awak start enjin sekarang dan kita bertolak."

"Sayang, takkan hal baju ni nak merajuk." Baekhyun memegang bahu aku lembut. Aku mengendahkannya. Pegangan tangan Baekhyun di bahu aku biarkan saja.

"Looks, kau pakai hodoh mana pun, kau itu isteri aku. Apa kau fikir kalau kau berpakaian hodoh aku akan tinggalkan kau? Sama sekali tak. Kau pakailah macam mana pun, kau tetap perempuan pertama yang aku sayang." Baekhyun memeluk aku lalu mencium aku bertalu-talu hanya untuk memujuk aku. Tipulah kalau aku kata yang aku tak terharu dengan lontaran ayat tang dikeluarkan oleh Baekhyun sebentar tadi.

"Baekhyun!"

Baekhyun serta merta melepaskan pelukan saat ada suara memanggilnya. Aku memandang Baekhyun dengan dahi berkerut.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now