15 | Notebook

114 14 5
                                    

Hwa Min POV

Sudah 2 hari berlalu tetapi aku masih begini. Seperti orang gila yang tidak boleh terima kenyataan. Kelas pun aku terpaksa ponteng. Aku ingat lagi yang Kai pernah kata Universiti ini bukan sekolah tinggi yang dahulu. Kalau di sekolah tinggi dahulu, aku boleh sesuka hati sahaja hendak cuti, tetapi Universiti ini peraturannya ketat. Silap hari bulan aku kena buang dari Universiti ternama ini.

Aku takut. Takut kalau hadir ke kelas, bayangan Kai selalu bermain di minda. Macam mana aku nak fokus?

"Hwa Min?" Suara Eunha yang kecil itu dapat didengari aku dengan jelas tetapi aku hanya mendiamkan diri.

"Sampai bila nak jadi macam ini?" Eunha mula melangkah setapak demi setapak ke arah aku.

"Hari ini awak mesti datang. Final exam dah nak dekat." Nasihat Eunha. Eunha ini terlalu lembut orangnya. Sepanjang bertahun-tahun aku duduk di sini dengannya, dia tidak pernah sesekali meninggikan suaranya.

"Hm, nanti saya datang."

"Tak, awak dah banyak kali cakap begitu. Sekarang saya nak awak siap. Nah, towel." Eunha sangkutkan tuala di bahu aku. Dengan malasnya aku terpaksa berdiri dan berjalan ke bilik air dengan langkah yang longlai. Cermin di hadapan aku ini aku pandang. Wajah aku yang terpantul ini aku teliti. Ada lingkaran hitam di bawah mata. Mata aku juga kelihatan besar sedikit kerana aku asyik menangis, mungkin. Badanku juga semakin kurus.

"Yang dah pergi takkan kembali."

Nasihat Eunha kembali terngiang di ingatan aku. Memang betul katanya tetapi, kami sudah bertahun-tahun menjalinkan hubungan dan tiba-tiba sahaja dia minta putus. Dan yang mengejutkannya lagi dia sudah tiada.

Macam mana aku harus menerima dua berita buruk itu dalam satu masa?

Lebih-lebih lagi semalam aku nampak Baekhyun. Lelaki yang aku benci itu sudah kembali setelah sekian lama dia menghilangkan diri.

Setelah siap membersihkan diri, aku terus keluar dari bilik air. Eunha masih lagi duduk di katil aku bermain dengan telefonnya. Mungkin masih lagi berbalas mesej dengan teman lelakinya. Wajah teman lelakinya dengan Kai pun ada iras, Taemin namanya.

"Eh, dah siap? Ini saya ada gosokkan baju awak. Saya tengok semua baju awak renyuk so saya terpaksa mandi peluh nak gosok." Aku hanya tersenyum tawar apabila Eunha mula ketawa. Baju yang sudah di gantung itu aku ambil dan aku pakai.

-

Seperti yang aku kata, aku tidak dapat fokus dengan apa yang lecture cakapkan di hadapan. Aku pandang wajah lecture lelaki itu seperti Kai walaupun perbezaan muka mereka berdua seperti langit dengan bumi.

Aku cuma rindukan Kai.

Sekarang aku berada di ćafeteria. Ramai pelajar yang berpusu-pusu membeli makanan tetapi tidak aku. Aku hanya duduk di meja mekan menunggu Eunha. Kalau dulunya aku sentiasa dengan Kai. Boleh dikatakan 'di mana ada Kai, di situ ada aku'.

Tapi sekarang tidak lagi.

"Nah." Eunha menghulurkan sebungkus roti berperisa vanilla kepada aku. Ini adalah perasa kegemaran aku tetapi tidak Kai. Dia sangat benci vanilla tetapi dia suka coklat.

"Thanks. Saya rasa saya nak pergi taman. Awak nak ikut?"

"Uhm, saya tak boleh rasanya. Taemin ajak jumpa." Aku hanya mengangguk apabila Eunha berkata begitu. Buku nota kecil yang aku bawa tadi aku pegang. Buku nota inilah yang aku sentiasa bawa di sekolah tinggi. Kenangan bersama Baekhyun pun masih aku simpan. Mana tahu aku boleh kasi anak aku tengok lelaki yang pernah sakitkan hati ibunya sendiri.

Seperti biasa aku akan duduk di bawah pokok. Tiba-tiba aku nampak satu tulisan di pokok-pokok itu. Ada nama aku dan juga Kai?

Oh, iya. Kai pernah mengukir nama kami berdua.

Aku lihat jam sebelum aku bersandar di pokok tersebut. Ada lagi beberapa minit sahaja lagi sebelum kelas mula. Biasanya waktu macam ini aku selalu menghabiskan masa aku dengan tidur di rumah ataupun menangis. Aku berasa bosan keseorangan di sini, jadi aku mengambil keputusan untuk tidur sahaja.

-

Baekhyun POV

Hari ini adalah hari pertama aku menjejakkan kaki ke kampus ini. Segala urusan lapor diri aku, Kai yang uruskan. Lelaki itu terlalu baik dengan aku. Baru sekarang aku merasa betapa pedihnya kehilangan rakan selain kehilangan perempuan. Semasa di sekolah tinggi dahulu, aku layan dia tak adalah baik mana. Cuma dia sahaja yang layan aku seperti abang dan adik walaupun sebenarnya aku lahir dahulu. Omma dan appa dia pun begitu juga, baik dengan aku.

Waktu rehat aku habiskan masa membaca buku di perpustakaan sehinggakan aku rasa bosan dan aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sini. Well, aku kan pelajar baru, jadi aku kena tahu selok belok kampus ini. Tempat pertama yang aku tuju ialah taman. Ramai yang kata taman di kampus ini cantik dan redup sebab banyak pokok-pokok yang redang.

Mataku menangkap jasad seorang perempuan yang sedang terbaring dari jauh. Aku fikir dia pengsan jadi aku berlari selaju mungkin ke sana. Sampai sahaja di sana, aku dihadiahi dengkuran halus olehnya.

Oh, dia tak pengsan.

Tapi dia tidur.

Tak guna.

Tangan aku gatal ingin menyelak rambutnya kerana lihat sahaja badannya, aku sepertinya kenal perempuan ini. Perlahan-lahan aku selak rambutnya kebelakang dan wajahnya sudah kelihatan jelas olehku.

Aku terkejut.

Setelah sekian lama aku tidak menatap wajahnya, akhirnya kami bertemu.

Aku bersyukur.

Wajahnya masih seperti dulu tetapi badannya seperti kurus sedikit.

Apa sudah jadi dengan dia?

Aku mahu menciumnya bertalu-talu tapi apakan daya? Aku bukan sesiapa lagi baginya.

Buku yang di pegangannya aku ambil dan selak helai demi helaian. Baru aku teringat sesuatu, buku inilah yang di bawanya semasa kami di rooftop dahulu dan di situlah dia menangis seperti perempuan lemah di dakapan aku. Aku selak lagi dan aku terjumpa sesuatu yang menarik perhatianku.

Nama aku?

Byun Baekhyun ♡

Aku tersenyum sendiri membacanya. Aku selak lagi muka surat seterusnya dan ada gambarku bersama gambarnya.

Oh, gambar ini sewaktu kami date.

Aku selak lagi dan nampak satu tarikh yang aku tidak pasti itu tarikh apa.

5/6 - 6/6 (1 month)

Aku agak ini adalah tarikh kami bercinta dan kami putus kerana dia menulis '1 month'. Pasti dia sedih kerana banyak lukisan hati retak di tepi perkataan itu. Aku selak lagi helaian seterusnya dan nama orang lain pula yang dia tulis.

Thanks Kim Jong In ♡

Kai?

Aku selak lagi. Banyak fotonya bersama dengan Kai berbanding foto dengan aku. Helain terakhir aku selak.

7/8/17-7/8/21 (4 years)

Aku jadinya hilang kata selepas membacanya.

Jangan cakap selama 4 tahun aku menghilang, dia bercinta dengan Kai.

Aku menghempas buku itu ke tanah dan sejurus itu Hwa Min terkebil-kebil membuka matanya. Baru sahaja aku mahu larikan diri, dia memanggil nama aku.

"Baekhyun.."

Ya tuhan, aku rindu suara ini..

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now