2 | He's Again

213 22 2
                                    

Apa yang Mr. Park ajar dekat depan aku catat. Ini pertama kali dalam sejarah hidup, aku salin nota dekat papan hitam. Ini bukan atas kerelaan aku tapi atas paksaan. Aku tak nak lah satu kelas semua tahu yang aku pemalas tahap babun. Jadi nak tak nak aku terpaksa ikut step by step untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya.

Ceh, tak pernahlah aku impikan nak jadi pelajar cemerlang sebab aku yakin yang aku tak akan jadi seorang yang cemerlang sebab aku seorang yang pemalas tahap dewa.

"Baiklah, kelas kita tamat sampai sini sahaja. Besok saya akan periksa kerja yang saya kasi hari ini. Pastikan semua siap!" Tegas Mr. Park. Satu kelas mengiyakan apa yang Mr. Park arahkan tapi tidak aku. Aku hanya diam sambil pandang Mr. Park dengan bosan. Nota pun aku ambil sikit je. 20 patah perkataan pun tak sampai kut.

"Hwa Min! Awak ada masalah ke?" Aku tersentak dari lamunan apabila Mr. Park mention nama aku. Aku terus pandang mukanya dengan blur sambil kerutkan dahi.

"Saya tanya, awak ada masalah ke?" Aku hanya menggeleng. Sejurus selepas itu, Mr. Park pun keluar dan sekarang adalah waktu untuk aku tidur. Tidur dalam kelas adalah benda paling heaven yang pernah aku rasa.

"Hey" Okeyy kali ni malaun mana pulak yang tegur aku. Aku dongakkan kepala aku ke atas dan muncullah wajah lelaki yang hitam manis. Aku naikkan keningku. Lelaki di hadapanku ini hanya tersengih.

"Nama aku Jong In. Panggil je Kai" Aku hanya mengangguk lalu sambung niatku untuk tidur. Ahhh, malang sekali bila lelaki yang hitam manis ni duduk depan aku. Kalau duduk je takpe, ni aku perasan yang dia duk perhati aku. Okeyy, cuba dongak sikit..

Dan sikit..

Sikit lagi.

Yea, he's staring at me.

"Nak apa?" Tanyaku.

"Just, looking at you" Gila. Mamat ni memang gila.

"So stop it" Aku menjelingnya tajam. Aku ingat dia terus blah bila aku jeling dia, ini tak. Dia boleh pulak tayang gigi dia yang bersinar mengalahkan matahari yang selalu kacau aku untuk tidur. Malas punya pasal nak layan, aku sambung lentokkan kepala aku atas meja. Walaupun meja ni tak seempuk katil dekat rumah, tapi aku tetap suka tidur di atasnya.

Belum sempat aku nak pejam mata.

"Hey, Baekhyun!" Lagi sorang. Suara Hanna ni boleh mengalahkan petir tahu tak. Dahlah jerit sebelah aku. Tahulah tengah panggil kekasih dia. Eh kekasih? Pandai-pandai je kau ni Hwa Min.

Aku dengar kerusi di depan Hanna di tarik.

Aku biarkan.

Diorang mula berbual.

Aku biarkan.

Diorang mula berbual dengan kuat sampai ganggu lena aku.

Aku biar--.

Tak, aku tak biarkan. Aku terus berdiri dan hentak meja.

"You guys are bothering me right now" Aku terus berdiri dan keluar dari kelas tu. Sempat aku menjeling manusia tiga ekor itu. Stress wei stress. Hala tuju aku satu je sekarang ini.

Library.

-

Aman.

Selesa.

Ini yang aku impikan. Tak sah kalau aku datang sekolah tak tidur. Tak kisahlah tidur 5 minit pun, asalkan aku dapat tidur. Tidur, tidur dan tidur sampailah ada seseorang tegur aku.

"Bangun" Aku rasa badan aku digoncangkan. Aku dengan malasnya membuka kelopak mata aku perlahan-lahan.

He's again.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now