12 | Miss

124 12 20
                                    

Baekhyun POV

Kecewa?

Jangan cakap.

Aku fikir lepas aku hantar teks begitu dekat Hwa Min, dia terus melembut dengan aku.

Tetapi tidak.

Dia masih benci aku.

Baekhyun memang bodoh, kan?

Iya, aku sedar.

"Baek, kau dengar tak?"

Aku terus palingkan muka ke tepi apabila ada yang bersuara. Eh, sejak bila Kai ada dekat sini?

"Dengar apa?" Tanya aku dengan dahi berkerut. Kai mengeluh terlebih dahulu sebelum menyambung ceritanya.

"Flight kau petang ini. I guess pukul 5 maybe." Aku hanya mengangguk. Lupa pula yang aku akan meninggalkan Korea tidak lama lagi. Bukan Korea sahaja tetapi Hwa Min. Gadis yang amat aku cintai. Sudah dekat 3 hari aku dimasukkan ke hospital tanpa pengetahuan Hwa Min. Aku berharap sangat yang dia akan tahu tentang ini. Sekurang-kurangnya sebelum bertolak ke London, aku dapat lihat wajahnya yang amat aku rindui, tetapi tidak. Mungkin sampai bila-bila aku tidak akan berjumpa dengan dia.

"Kai."

"Ya?"

"Tolong jagakan Hwa Min untuk aku."

-

Hwa Min POV

Seperti biasa, waktu rehat aku akan berjalan-jalan di taman belakang. Biasanya aku akan pergi dengan Baekhyun tetapi sekarang tidak lagi. Aku dengan dia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan selain kawan. Dia pun sudah lama tidak munculkan diri ke sekolah apatah lagi di hadapan aku.

Dia nak mengelak dari aku ke?

"Hi." Aku memandang ke belakang apabila ada seseorang menyapa aku. Oh, Kai.

Eh, kenapa dia tiba-tiba tegur aku?

"Pelik."

"Apa yang pelik?" Tanya Kai. Aku hanya menggeleng. Perkataan itu sahaja tiba-tiba keluar dari mulut aku.

"Kenapa tiba-tiba tegur saya?"

"Salah ke aku nak tegur bakal girlfriend aku?" Mata aku terus membuntang. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan sebentar tadi.

"Janganlah terkejut sangat Min." Kai ketawa kecil lalu menyelakkan rambut aku ke belakang. Langkah dia atur lalu pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

Mana tahu Baekhyun pula yang cabar dia untuk pikat aku, kan?

Okay, kali uni aku takkan termakan dengan ayat-ayat atau taktik dia untuk mengurat aku.

Hwa Min boleh!

"Hei!"

PANG!

Aku memegang pipi aku yang bahang akibat di tampar. Aku mendongakkam kepala ke atas kerana aku jatuh terduduk.

Hanna?

"Kenapa awak tampar saya Hanna?!" Bentak aku. Hanna tersenyum sinis.

"Kau memang kaki lelaki tak sedar diri kan?! Baekhyun itu masih lagi dekat hospital, kau dekat sini langsung tak kisah pasal dia sampaikan boleh bermesra-mesra lagi dengan Kai?" Segala pergerakan aku terhenti apabila Hanna mengatakan yang Baekhyun ada di hospital. Kenapa aku tidak mengetahui semua ini?

"Kenapa Baekhyun tak pernah bagitahu saya?" Kataku serak basah. Ini bukan suara aku yang normal tetapi ini suara apabila aku menangis.

Ya, aku memang lemah.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now