31| Candy

151 17 29
                                    

Hwa Min POV

"Min.."

Aku hanya mendiamkan diri dan berpura-pura tidur. Malas rasanya mahu melayannya malam-malam begini.

"Kau dah tidur?" Merasakan tempat di sebelah aku ini semakin tenggelam, entah kenapa hati aku terasa berat untuk meneruskan lakonan aku ini. Jadi dengan bodohnya, aku menggumam perlahan.

"Oh, belum tidur, ya?" Dia melingkarkan tangannya di sekitar pinggang aku. Aku biarkan sahaja tetapi Baekhyun semakin mengeratkan pelukan dan mencium batang leher aku.

"Baekhyun, mandilah dahulu.."

"Aku tak nak mandi."

"Habis awak nak apa?"

"Aku nak kau."

Hanya tiga perkataan itu yang dikeluarkan dari mulut Baekhyun membuatkan pipi aku merasa panas. Baekhyun ketawa kecil lalu memusingkan badan aku dengan mudahnya untuk menghadapnya.

"Mand--"

"Kau tak rindu aku?"

"Uh?"

"Rindu aku atau tak?"

Aku hanya diam tanpa sebarang jawapan. Baekhyun menjongketkan keningnya berharap agar aku dapat membalas soalannya, tetapi tidak. Aku hanya diam. Merenung setiap inci wajahnya yang seperti sudah lama aku tidak lihat.

Bohonglah jika aku tidak rindukannya.

"Kenapa diam?"

"Saya mengantuklah.." Aku cuba menolak badannya tetapi kekuatannya berlipat kali ganda lebih kuat daripada aku dan dengan senangnya, dia membawa aku ke dakapannya. Entah kenapa aku merasa hiba apabila berdekatan dengannya begini lalu aku menyembamkan muka di dadanya dan menangis.

"Min.."

"D-Diam, Baekhyun.." Suara aku seperti tersekat. Baekhyun mengeluh perlahan sebelum meleraikan pelukan dan mengangkat wajah aku supaya memandangnya.

"Ya tuhan, kau menangis?"

"Apa awak nampak saya sedang ketawa sekarang ini?" Baekhyun diam seketika mendengar jawapan dari aku. Bukan niat aku mahu melawannya, tetapi aku cuma geram. Geram dengan soalan bodoh yang di keluarkan sebentar tadi.

"Min.." Aku memandangnya dengan sisa air mata yang tinggal. Bibirnya mengukirkan senyuman lembut dan membuatkan aku terus-terusan memandang bibirnya yang seperti sudah lama tidak bersentuhan dengan bibir aku.

"Kau marah aku, ya?"

"Iya. Marah sangat." Baekhyun ketawa kecil lalu mendekatkan mukanya hanya untuk menggeselkan hidungnya dengan hidung aku. Aku masih lagi tidak memberikan sebarang reaksi kepadanya, diam seperti patung sehinggakan Baekhyun mendekatkan mukanya lagi dan mencium pipi, dahi, dagu, dan juga batang hidung aku. Pergerakannya terhenti saat melihat bibir aku.

"Bibir kau kering." Aku memegang bibir aku dan baru sahaja aku mahu membasahkannya dengan lidah aku, Baekhyun terlebih dahulu memegang tangan aku. Tahulah aku bahawa dia mahu aku berhenti dari melakukan perkara tersebut.

"Tadi kata bibir saya kering, saya nak basahkan awak halang pula."

"Biar aku sendiri yang basahkan."

Dan dengan pantasnya, Baekhyun terus menyambar bibir aku membuatkan aku tersenyum dalam ciuman.

"Sweet, like candy."

----

Aku membuka mata perlahan-lahan. Baru sahaja aku mahu bergerak untuk duduk, terasa tempat kemaluan aku seperti ngilu. Aku terjerit kecil dan tiba-tiba Baekhyun lantas memeluk dalam keadaannya yang tidak berbaju.

"Sakit, ya?"

Aku hanya mengangguk kecil. Baekhyun tersenyum kecil lalu dia mendekatkan dirinya dengan diri aku. Dia menepuk-nepuk perlahan peha aku yang terdedah ini.

"Jangan risau. Tak lama nanti baik." Aku hanya mengangguk lagi.

"Kenapa kau terjaga?"

"Uhm..saya mahu ke tandas." Baekhyun mengangguk tanda faham lalu dia mengangkat tubuh kecil aku ke tandas. Dalam keadaan kami yang sama-sama tidak berbaju menambahkan lagi kemaluan aku untuk terus-terus bercakap dengannya. Baekhyun meletakkan aku di atas mangkuk tandas dan aku segera menutup muka aku malu.

"Saya boleh pergi sendiri, Byun Baekhyun."

"Jangan degil, Byun Hwa Min."

"Keluarlah sana." Aku menolak badannya kasar tetapi Baekhyun masih lagi tidak berganjak, malah dia tersengih.

"Aku mahu tunggu kau."

"Yah! Sekurang-kurangnya tutup lah mata awak!" Baekhyun hanya mengumam lalu memusingkan tubuhnya dari menghadap aku dan dia menutup matanya.

"Sudah siap?"

"Ya."

Baekhyun memusingkan tubuhnya kembali lalu mendukung aku semula. Malas mahu melawan, aku hanya membiarkan apa yang dia mahu lakukan. Baekhyun meletakkan aku kembali di atas katil lalu dia mencium bibir aku sekejap.

"Round 2?" Baekhyum tersenyum gatal. Aku menepis tangannya memberi amaran.

"Pastikan kau lahirkan bayi kembar."

"Apa awak fikir saya ini kilang membuat bayi?"

"Iya, aku mesin di dalam kilang itu."

Aku ketawa riang saat mendengar Baekhyun berkata begitu. Iyalah, selama kami berkahwin, jarang sekali Baekhyun mahu membuat lawak sebodoh ini. Tetapi aku masih hairan, kenapa tiba-tiba dia mahu melayan aku sedangkan tadi dia sepertinya bengang sekali dengan aku.

"Baekhyun.."

"Ya?"

"Awak sayang saya?"

"Soalan apa kau tanya itu, Min. Sudah tentulah jawapannya, ya."

"Kalau awak sayang saya, saya tak nak awak berahsia dengan saya. Walau perkara itu kecil." Baekhyun memandang aku dengan dahinya berkerut. Melihatkan wajahnya yang keliru itu, aku mengusap rambutnya seperti anak-anak kecil.

"Memang aku ada rahsia dengan kau?"

"Iya. Tentang Eunji, siapa dia?"

"Oh, dia. Dia pekerja di syarikat aku. Kenapa?"

"Hanya pekerja?" Baekhyun mengangguk laju.

"Baguslah kalau hanya pekerja. Awak pun tahu yang saya memang jenis yang cemburu buta, jadi kalau saya tahu yang awak dengan dia ada apa-apa hubungan, saya tak teragak-agak akan jauhkan diri dari awak, ingat itu."

"Tolong, Min. Jangan pernah tinggalkan aku walau apa terjadi. Kau tahu, kita bercinta dari sekolah tinggi dan sekarang kita akhiri percintaan kita dengan berkahwin. Aku tak mahu kehilangan kau." Rintih sahaja Baekhyun berbicara. Aku mengangguk perlahan apabila menyedari keikhlasan dalam setiap kata yang diutarakan.

"Saya pun tak nak kehilangan awak."

"Janji dengan aku, walau apa terjadi, tolong dengar penjelasan dari mulut aku sendiri, ya?"

Baekhyun menghulurkan jari kelingkingnya tanda janji. Tanpa menunggu lama, aku segera membalas dan jari kami bertaut untuk beberapa saat dan Baekhyun lantas mencium bibir aku kembali.

Ya tuhan, kenapa rasa ini seperti kali terakhir kami bersama.

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now