27 | Blushing

127 13 14
                                    

Baekhyun POV

Aku berdehem untuk menghilangkan rasa kekok. Mata appa dan omma Hwa Min tidak lekang dari memandang aku atas sehingga bawah.

"Omma appa, janganlah tengok Baekhyun begitu." Selepas Hwa Min berkata begitu, omma dan appa nya menyambung makan kembali. Aku menarik nafas lega.

"Omma dan appa dah buat keputusan. Memandangkan kamu berdua dah lama bercinta dan berdasarkan wasiat halmeoni, kamu kena cepat berkahwin Hwa Min." Mata aku membuntang. Kenapa Hwa Min tak ada cakap yang dia akan kahwin? Dan, dengan siapa dia akan kahwin?

"Jadi, omma nak kamu berkahwin.."

Please say my name.

Please say Byun Baekhyun.

"Dengan Byun Baekhyun."

"Yeay!"

Hwa Min POV

Aku menyepak kaki Baekhyun apabila dia menjerit keriangan. Sejak bila Baekhyun aku jadi childish ini?

"But aunty, Mina tengok Baekhyun langsung tak sesuai dengan budak mentah ini."

Aku memandang Mina tajam. Lupa pula malaun ini ada menyibuk nak join makan malam sekali.

"Budak mentah yang kamu kata itu anak aunty. Behave please." Mina memutarkan bola matanya. Elak aku cungkil saja.

"Bila majlis tu berlangsung eonnie?" Tanya Aunty Son pula.

"Lagi cepat lagi bagus kan? Kamu masih belajar ke Baekhun?" Appa yang dari tadi senyap mula bersuara.

"It's Baekhyun lah appa."

"Oh ya. Uncle susah lah nak ingat nama kamu."

"Takpe uncle. By the way, saya masih belajar lagi." Baekhyun menggaru belakang tengkuknya sambil tersenyum kekok. Aku hanya ketawa kecil. Comel pula tengok Baekhyun malu-malu depan his family-in-low. Eh.

"What do you think if next month?" Chopstick yang aku pegang terjatuh dari genggaman. Minhyuk ini bila bercakap memang merepek. Tak ke cepat sangat kalau nak kahwin bulan hadapan? Aku belum puas hidup membujang.

"Boleh juga. Baekhyun lepas ini tak payah belajar lagi, uruskan syarikat yang mendiang serahkan dekat Baekhyun." Baekhyun hanya mengangguk tanda setuju. Ah, sudah. Bosan lah nanti Baekhyun dah tak ada dekat kampus.

-

Aku hempaskan tubuh atas katil. Kejap sahaja lagi status aku akan berubah. Aku akan jadi isteri kepada Byun Baekhyun. Aku memang tak percaya. Dulunya lelaki itu banyak sakitkan hati aku sampai satu masa aku mahu bunuh diri. Dia juga pernah tinggalkan aku dengan tanda tanya sehingga 4 tahun. Dan selepas 4 tahun dia kembali dengan keyakinan dia mahu menjadikan aku sebagai kekasih dia dan sekarang mahu jadi isteri nya.

Terima kasih, tuhan.

"Min, kau termenung apa?" Aku segera bengun dari pembaringan apabila suara Baekhyun bergema di ruangan bilik.

"Sejak bila awak di situ?" Tanya aku dengan dahi berkerut.

"Oh, tak lama. Aku tak pandai tidur lah."

"Kenapa pula?" Baekhyun melangkah ke arahku dan baring di ribaku dengan selambanya.

"Aku tak sabar nak tunggu sebulan." Aku menampar lengan Baekhyun dan dia ketawa besar.

"Baekhyun, awak terfikir sesuatu tak?" Aku mengusap lembut rambut Baekhyun yang lembut itu. Baekhyun tersenyum dengan mata yang tertutup.

"Terfikir apa? Tak sabar nak satu bilik dengan aku?" Lagi sekali tangan Baekhyun menjadi mangsa tamparan lenganku.

"I'm serious kiddo."

"Kenapa babygirl aku suka sangat marah-marah. Tak comel tahu." Baekhyun menarik hidung aku lalu ketawa besar.

"Okay, apa yang kau terfikir sangat itu?"

"Taklah. Nanti kalau awak dah kerja, mesti awak sentiasa sibuk. Nanti dah tak ada nak teman saya dekat rumah." Mata Baekhyun terus terbuka dan dia smirk.

Oh Byun Baekhyun, aku tahu kau sangat hot dengan smirk kau yang gatal itu.

"That's way, kita kena buat cepat!" Katanya dengan teruja sekali. Dahi aku berkerut seribu. Cepat apa pula ini?

"Apa yang cepat?"

"Cepat buat anak lah sayang.."

Dan sejurus itu Baekhyun mencium bibirku yang dah lama tidak disentuhnya. Ciuman dia yang terlalu lama membuatkan aku tidak selesa. Aku mahu melepaskan tapi Baekhyun malah menolak aku baring di atas katil.

Jantung aku berdegup dengan pantas sekali bila aku perasan yang..

Byun Baekhyun on top.

Oh my god Byun Baekhyun, stop being like this. Tahu tak yang aku malu sekarang ini?

"Hey babygirl, kenapa muka kau pinky sangat? Jangan cakap yang kau tengah malu and now you're blushing babygirl. You know, after we married, I can do hardly from this."

Selepas menamatkan ayat itu, posisi kami terus berubah.

Son Hwa Min on top.

Baekhyun tidak boleh berhenti dengan smirknya apabila aku memperdalamkan lagi ciuman. Aish, ini semua Baekhyun yang ajar.

-

Baekhyun POV

'Untuk satu minggu ini jangan berjumpa dengan anak omma dulu, ya?'

Aku membaca berulang kali apa yang omma mesej kepada aku. Untuk pengetahuan, omma Hwa Min sudah menyuruh aku membiasakan diri untuk memanggilnya omma.

'Tapi kenapa?'

Petak send aku tekan dan mesej pun terus terhantar. Ada beberapa saat sebelum telefonku bunyi menandakan mesej masuk. Ish, cepat betul omma si Hwa Min ini type.

'Ini namanya seri pengantin. Kamu muda lagi mana tahu. No excuse right Mr Byun.'

Aku campakkan telefon di atas katil. Jadi, semalam adalah hari terakhir aku berjumpa dengan Hwa Min iaitu semasa kami berdua memilih baju untuk wedding ini.

Aish, kalau aku rindu bagaimana?

-

Hwa Min POV

"Seriouly you've talk with Baekhyun about this?" Tanyaku tidak percaya sambil mencuba merasa masakan omma.

"Ya. Omma dah text dia."

"Ish, omma tak kesian ke dekat Min dengan Baekhyun?" Aku memeluk tubuh dengan muka yang cemberut. Makanan yang aku mahu suap ke mulut tadi aku berhentikan kerana merajuk. Omma malah ketawakan aku.

"Kamu bayangkan ya, kamu dengan Baekhyun itu dah pernah sebilik.."

Mata aku terbuntang. Macam mana omma tahu?!

"Kamu tak payah nak terkejut sangat. Omma banyak kali nampak Baekhyun naik bilik kamu." Aku hanya tersengih, malah omma hanya membuat muka menyampah.

"Macam apa yang omma cakap tadi, kamu dengan Baekhyun itu pernah satu bilik. Buatnya kalau dalam minggu ini juga si budak Baekhyun itu tak tahan dengan kamu dan dia mahu satu bilik lagi dengan kamu dan faham-faham je lah apa yang kamu berdua buat. Nanti kalau lepas kahwin atau lebih tepat, first night nanti, mesti Baekhyun pernah merasa apa yang pernah dia rasa sebelum ini pada diri kamu. Min tak fikir dia akan rasa bosan dengan badan Min sebab sebelum ini dia pernah nampak, hmm?"

Muka aku terus panas. Omma mesti pernah merasakan pengalaman ini dengan appa.

"Apa omma merepek ini?" Tanya aku dengan nada yang teragak-agak. Aku faham sebenarnya, cuma omma terlalu stree to the point, tak malukan?

"Omma tak merepek. Ini kira kamu beruntung sebab omma halang Baekhyun dari jumpa kamu. Ini semua sebab omma nak kekalkan seri kamu sebagai dara lagi. Kamu boleh ambil masa ini untuk ubah diri kamu, ya?"

Aku tergelak kecil sebelum mengangguk dan berlalu ke bilik. Aku duduk di hadapan cermin.

Gosh, muka aku betul-betul merah sekarang ini!

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now