EPILOGUE

205 9 11
                                    

ENJOY !
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ianya benar-benar seperti mimpi. Baru semalam Baekhyun melamar aku dan hari ini majlis perkahwinan kami akan berlangsung. Siapa sahaja tidak terkejut? Rupanya Puan Oh yang mengaturkan semuanya. Tidak lupa juga anaknya yang bertuah itu dan juga keluarga aku. Semuanya sudah dirancang! Cuma aku sahaja yang tidak tahu.

"You really beautiful miss." Aku hanya tersenyum memandang jurusolek di hadapan aku ini. Aku menilik muka aku dihadapan cermin. Memang benar-benar lain dari yang biasa.

"Hwa Min, dah siap? Majlis dah nak mula." Aku memusingkan kepala ke belakang memandang Minhyuk. Aku terus berlari anak ke arah Minhyuk apabila Minhyun berada dalam gendongannya.

"Anak omma.." Aku mengambil Minhyun lalu dikucup wajah naif itu. Minhyun memang mempunyai ciri-ciri lelaki kacak apabila sudah besar nanti. Lihat sahaja mata sepetnya dan hidungnya yang tidak kurang mancung juga. Bibirnya juga..Ah! Semua sama seperti Baekhyun.

"Appa mana?"

"Ada dekat luar. Tunggu Min." Aku hanya mengangguk lalu mencium Minhyun buat kali terakhir sebelum memberi kepada Minhyuk semula. Aku hanya membontonti Minhyuk sehingga tiba di luar dewan. Aku segera berjalan ke arah appa yang sedang menunggu aku di pintu gerbang.

"Lepas ini Hwa Min bukan tanggungan appa lagi." Entah kenapa, aku terasa hiba apabila appa berkata begitu. Dia tersenyum kelat.

"Appa.."

"Dah, jom. Majlis dah nak mula."

Aku hanya tersenyum ke arah appa dan mengangguk lembut. Aku meraih tangan appa dan pintu gerbang mula terbuka perlahan-lahan. Bunyi alunan musik juga kedengaran. Walaupun ini kali kedua aku kahwin dengan Baekhyun, aku masih rasa seperti ini kali pertama kami berkahwin, membina mahligai bersama.

Aku berjalan beriringan appa. Dari sini sahaja aku dapat lihat Baekhyun dengan tuxedonya berwarna hitam. Tipu kalau aku kata dia tidak kacak! Rambutnya tersikat rapi dan bibirnya..tempat kegemaran aku! Bibirnya seperti memakai lipbalm kerana nampak lain dari bibir aslinya.

Tanpa aku sedar, appa sudah melepaskan tangan aku dan kini beralih tangan ke Baekhyun. Aku tersenyum malu. Baekhyun membawa aku ke tengah pentas, tempat paderi. Aku memandang semua tetamu yang hadir termasuk omma, appa, Minhyuk, Minhyun, Puan Oh, dan tak lupa juga Oh Sehun. Dia tersenyum manis ke arah aku.

"Byun Baekhyun.."

"Yes."

"Adakah awak berjanji akan menjaga Son Hwa Min hingga ke akhir hayat dan hanya ajal yang memisahkan kamu berdua?"

"Yes, I do."

Laju sahaja Baekhyun menjawab. Aku tersenyum lebar memandangnya, Baekhyun juga.

"Son Hwa Min.."

"Ya, saya."

"Adakah awak berjanji akan menjadi isteri yang taat kepada Byun Baekhyun dan berjanji akan menjaganya hingga akhir hayat kamu dan hanya ajal yang memisahkan kamu berdua?"

"Yes, I do."

Para hadirin menepuk tangan. Wajah Baekhyun kelihatan berseri sekali dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

"You may kiss--"

Mata aku membulat. Belum sempat paderi tersebut menghabiskan ayatnya, Baekhyun terlebih dahulu mencium aku. Aku jadinya malu. Pipi aku membahang. Dasar Baekhyun!

Gold Hearted | EXO BaekhyunWhere stories live. Discover now